Friday 27 December 2013

Omega-3 Cairkan Kahak & Sembuhkan Batuk

Mukus, bendalir licin yang berada di seluruh badan kita dihasilkan oleh membran mukus bertujuan untuk melawan jangkitan. Walaupun ia memainkan peranan yang penting untuk kesihatan kita, ia menjadi satu masalah bila mukus dihasilkan lebih banyak dari normal. Mukus ini akan berkumpul dengan banyaknya di kawasan paru-paru dan bertukar menjadi kahak. Kemudian, kita akan batuk tak berhenti-henti, rasa sukar untuk bernafas, sakit dada dan terasa letih akibat mukus sudah berada di tahap membahayakan kesihatan. 

Perbandingan saluran normal dan saluran tidak sihat

Cara alternatif selain rawatan perubatan, terdapat makanan lain yang dapat membantu merawat mukus berlebihan secara semulajadi. Antaranya ialah:

(1) Minyak Ikan Air Sejuk (Asid Lemak Omega-3)

Sewaktu keradangan dalam paru-paru berlaku, badan akan menghasilkan mukus lebih banyak dari normal. Minyak ikan air sejuk yang mengandungi Asid Lemak Omega-3 yang tinggi boleh mengurangkan inflamasi dan mengawal penghasilan mukus. Untuk mendapat kebaikan Omega-3 lebih baik, pilih ikan air sejuk yang dimasak cara bakar (baked), panggang (broiled) atau rebus (poached). Elakkan pemakanan daging merah dan daging yang diproses kerana kandungan lemak inflamasi yang tinggi. Ikan yang tinggi dengan khasiat Omega-3 ialah ikan seperti salmon, albacore tuna, herring, lake trout, flounder, halibut, sardines dan mackerel.

(2) Minum air suam

Minum air yang banyak terutama cecair suam seperti air suam, hot chocolate, teh herba dan sup kerana ia  membantu mencairkan mukus dan melegakan tekak yang perit. Air suam mampu mencairkan kahak dan membawa keluar kahak dan toksin dari badan.

(3) Buah-buahan dan sayur-sayuran

Untuk menguatkan sistem imun, badan kita memerlukan anti oksidan seperti Vitamin C dan Beta Carotene (CarotoMax Shaklee). Anti oksidan membantu membaik pulih dan menghalang mukus dari berleluasa.
Contoh terbaik buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai untuk kurangkan mukus adalah bawang, cili benggala (bell peppers), sayur daun hijau, seleri, daun parsley, bawang putih, brokoli, tomato, buah kiwi, buah beri, kiwi, ceri dan oren.
Elakkan kubis, pisang, kentang kerana meraka dipercayai boleh menggalakkan penghasilan mukus.

(4) Supplemen tambahan

Vitamin C, Vitamin E, Zinc dan minyak ikan dari OmegaGuard Shaklee adalah suplemen tambahan yang menghalang penghasilan mukus. Suplemen tambahan ini berkesan dalam membantu memecah dan menghapuskan mukus.

(5) Alternatif Susu adalah Kacang Soya

Elakkan minum susu dan minuman berkafein ketika ini kerana ia dipercayai akan memekatkan lagi kahak dalam badan.  Minuman soya seperti ESP Shaklee yang kaya dengan protein semulajadi adalah alternatif suplemen kalsium selain susu.


Bagi anda yang mahu mencuba vitamin semulajadi dari Shaklee, anda boleh mencuba Sustained Release Vitamin C 500mg ( Chewable Vitamin C 100gm untuk kanak-kanak) dan Garlic Complex untuk meningkatkan sistem imun. Tambahkan dengan OmegaGuard bagi anda yang batuk berkahak kerana Asid Lemak Omega-3 mampu memanaskan dada dan mencairkan kahak.

Di bawah adalah testimoni dari pengguna OmegaGuard Shaklee:

Testimoni Credit: FB Shaklee Exclusive PitStop


Sumber: Live Strong, Genki Momma

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2U
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

No comments:

Post a Comment