Thursday 6 March 2014

Minyak Ikan Omega-3 Bantu Tekanan Darah Tinggi

Saya hendak berkongsi pengalaman seorang sahabat saya yang baru-baru ini telah selamat melahirkan seorang cahaya mata. Tahniah buat dia. Sewaktu dalam pantang,bacaan tekanan darah dia teramatlah tinggi  iaiatu 197/115 (category Hypertensive Crisis). Jadi saya telah mencadangkan OmegaGuard buat dia. 

Pagi ini dia beritahu saya bacaan tekanan darahnya sudah turun ke 130/70. Alhamdulillah dengan izin tuhan dan dia konsisten makan ubat doktor dan OmegaGuard. Selain OmegaGuard, dia juga ambil Lecithin untuk turunkan berat badan.

Mari kita tengok komen dia:


Testimoni: Shaklee OmegaGuard & Lecithin

Apakah itu Darah Tinggi?

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Darah dalam badan kita dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah tinggi kita.

Tekanan darah dicatat dalam 2 angka. Angka pertama dikenali sebagai tekanan darah sistolik mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka kedua dibawah pula dikenali sebgai tekanan darah diastolik yang mengukur tekanan apabila jantung berehat.

120/80 mm HG
(dibaca sebagai 120 over 80 milimiters over mercury)

Sumber dari: www.heart.org

Tekanan darah kita berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam seharian aktiviti kita dan ia perlu dipantau beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat. 

Bila anda dikatakan mendapat tekanan darah tinggi, ia bermaksud salauran darah telah menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Darah pula akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluanya ke tisu badan. Lama kelamaan mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Jadi, bila jantung terpaksa berkerja keras,tekanan darah akan tercatat lebih tinggi walaupun dalam masa tenang. 

(Sumber: http://jknselangor.moh.gov.my/)

Bagaimana OmegaGuard membantu pesakit Tekanan Darah Tinggi/ Hipertensi?

Omega-3 di dalam OmegaGuard membantu menurunkan paras trigliserida, kolestrol jahat iaitu LDL dan memelihara kolestrol baik iaitu HDL. Ia juga memperlahankan pemendapan kolestrol pada dinding saluran darah dan mengurangkan kerosakan arteri melalui sifatnya sebagai anti radang.
Di samping itu, Omega-3 mencegah pembentukan plague dalam arteri yang menyebabkan pembentukan darah beku. Ini mengurangkan risiko seseorang mendapat tekanan darah tinggi dan sakit jantung. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan Shaklee OmegaGuard, boleh klik di sini.

Beberapa kajian klinikal telah menunjukkan Omega-3 berjaya menurunkan tekanan darah pesakit. Kajian analisa mendapati pengambilan minyak ikan walaupun serendah 3 gram atau lebih sehari, berpotensi menurunkan tekanan darah pesakit.

Tekanan darah tinggi dikenali sebagai Pembunuh Senyap kerana ia tidak menunjukkan tanda-tanda. Ia boleh mengancam nyawa seseorang jika tidak dirawat. Pesakit tekanan darah tinggi mempunyai risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ yang lain. 

Nasihat saya, jika anda mempunyai orang yang terdekat mempunyai sakit tekanan darah tinggi, saya cadangkan pengambilan Vivix. Kenapa saya tidak syorkan Vivix pada kawan saya tadi? Vivix tidak sesuai untuk perempuan mengandung dan menyusu badan. Jadi alternatifnya ialah OmegaGuard. Saya syorkan untuk anda yang mementingkan kesihatan untuk amalkan pengambilan OmegaGuard dalam diet seharian anda.

*Berminat untuk dapatkan OmegaGuard atau Vivix? Order dari kami dan anda akan dapat konsultasi percuma secara berterusan dari saya, hanya untuk pelanggan Vitalife2u sahaja.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju & Jalan Maktab. Penghantaran melalui Poslaju seluruh Malaysia.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.

No comments:

Post a Comment