Sunday 6 July 2014

Vitalife2u Kini WWW.KEDAINUTRISI.COM


Salam semua,

Ini adalah entry terakhir saya di sini kerana kami telah berpindah ke website baru iaitu Kedai Nutrisi .

Sila jemput ke www.kedainutrisi.com untuk info terkini!

Terima Kasih di atas sokongan anda.

Farah Rahim
012-205 0904
farahkedainutrisi@gmail.com

Saturday 14 June 2014

Group Coaching Bersama VK

Bulan lepas, saya telah menghadiri diskusi berkumpulan bersama upline saya iaitu Puan Yana dari Vitamin Kita (VK). Akhirnya, dapat juga berjumpa dan berkenalan dengan anak-anak buah VK yang lain kerana selama ini kami cuma berbual dan belajar ilmu secara online. Kiranya, pertemuan di rumah Puan Yana ini adalah yang pertama kali secara offline bersama anak-anak VK. Untuk yang tidak tahu, kami ini adalah anak, cucu, cicit di bawah susur galur Master Arnie dari GenkiMomma

Pertemuan kami ini ditemani oleh anak-anak dan suami yang menambahkan lagi kecerian dan keseronokan berniaga Shaklee di antara kami. Inilah sebab utama saya suka buat bisnes Shaklee kerana keutamaan pada suami dan anak-anak masih tidak diabaikan. Selain matlamat menjana pendapatan, kami juga dapat mengenali rakan-rakan baru dan belajar memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Puan Yana dari Vitamin Kita.

Bercoaching dan makan-makan bersama Team Vitamin Kita.


Mahu sertai keluarga besar GenkiMomma bersama kami?

Maklumat lanjut mengenai kelebihan menjadi ahli Shaklee di sini. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Friday 13 June 2014

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee



Kenapa anda patut menjadi ahli Shaklee?

  • Harga yang ditawarkan buat ahli Shaklee adalah lebih rendah dari harga pasaran. Penjimatan sehingga 20%.
  • Keahlian Shaklee adalah untuk seumur hidup! Tidak perlu renewal fee setiap 2 tahun. Tiada syarat untuk maintain point mahupun belian setiap bulan.  
  • Anda dapat kumpul mata daripada belian anda sendiri! Bila cukup syarat, anda akan layak untuk menerima cash back atau bonus tunai dari Shaklee di bulan seterusnya. Bonus tunai akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda! Bukan dalam bentuk cash voucher tau, tidak perlu susah-susah.
  • Anda layak membeli promosi Buy 6, Free 1 pada harga ahli setiap bulan.
  • Ahli Shaklee dapat menyertai seminar, bengkel, konsultasi dan health check yang dikendalikan oleh Shaklee Malaysia.
  • Pesanan boleh dibuat terus secara online atau terus ke HQ atau mana-mana cawangan Shaklee. 

Berminat nak jadi ahli Shaklee? Bagaimana?

Untuk keterangan lanjut cara-cara mendaftar sebagai ahli Shaklee, sila klik sini


Cara yang lebih mudah ialah hubungi saya terus di talian di bawah. 

Sila sertakan maklumat di bawah kepada saya:
  1. Nama dan no. IC 
  2. Nama suami/ isteri dan no. IC
  3. Alamat email
  4. Telefon no.
  5. Alamat 
  6. Nama Bank
  7. No. Bank Akaun

Dengan menjadi ahli, anda juga berpeluang untuk memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami iaitu di bawah susur galur GenkiMomma.


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Thursday 12 June 2014

5 Suplemen Penting Untuk Kesihatan Lelaki

Kebiasaannya, kaum lelaki sungguh susah hendak berjumpa dengan doktor bila mereka jatuh sakit. Inikan pula nak suruh mereka mengamalkan suplemen. Samada lelaki itu suami, bapa atau teman lelaki anda, adalah amat penting bagi seorang lelaki untuk mengambil suplemen asas untuk kesihatan yang optimum. 

Sempena Hari Bapa yang akan datang ini, apa kata anda hadiahkan suplemen buat lelaki yang anda sayang itu. Galakkan mereka untuk mengamalkan suplemen untuk melengkapi kekurangan nutrisi dalam tubuh.

Mencegah kan lebih baik dari merawat. Masalah kesihatan yang selalu dihadapi oleh lelaki adalah seperti penyakit jantung, kencing manis,sakit sendi, ketidaksuburan, darah tinggi dan berat badan berlebihan.

Suplemen penting buat kesihatan lelaki dari Shaklee


Berikut adalah vitamin utama yang patut menjadi pilihan mereka:

1. Zinc untuk paras testosterone yang optimal

Paras testosterone seorang lelaki berkurangan kepada 3 faktor utama iaitu:

  • apabila usia meningkat, 
  • obesiti
  • tekanan atau stress
Adalah penting buat seorang lelaki mengekalkan paras testosterone yang seimbang kerana rendahnya testosterone akan berkait kepada masalah kemurungan, osteoporosis, obesiti dan penyakit jantung. Beri galakkan buat suami atau ayah anda mengambil suplemen Zinc Complex setiap hari kerana ia berfungsi untuk mengekalkan paras testosterone dalam darah dan merembeskan LH, iaitu hormon yang mendorong penghasilan testosterone.

Zinc juga menyekat penukaran testosterone ke estrogen.


2.Minyak ikan untuk kesihatan jantung dan prostat

Minyak ikan OmegaGuard adalah anti radang (anti inflamasi) dan pelindung buat jantung, otak, mata dan saluran darah. Ia membantu melindungi otak dari gangguan disebabkan tekanan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian dari Cancer Prevention Research, lelaki yang mengalami kanser prostat bila mengamalkan diet rendah lemak bersama suplemen minyak ikan, ia melewatkan pertumbuhan sel kanser. Perubahan ini dapat dilihat seawal 4 minggu.

Kajian lain pula menunjukkan minyak ikan berkebolehan untuk menurunkan paras triglerisida sebanyak 25-30%. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan kerosakkan otak yang teruk selepas terkena strok.

3. Antioksidan untuk anti-penuaan dan tekanan darah

Antioksidan seperti Sustained Release Vita-C, Vita-E Complex, CoQ Health Plus dan Vivix adalah suplemen penting untuk anti-penuaan dan memberi kesihatan menyeluruh. Suplemen-suplemen ini membantu mencegah kerosakan selular yang disebabkan oleh pencemaran, pendedahan pada matahari, tekanan dan proses metabolik oleh badan. 

Dalam satu kajian, lelaki yang mempunyai vitamin C yang tinggi dalam badan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser. 

Pengambilan CoQ Health Plus merendahkan tekanan darah dan menggalakkan paras ecSOD (Extracellular Superoxide Dismutase) iaitu enzim dalam badan yang melindungi saluran darah dari rosak dan meningkatkan kualiti sperma dan kesuburan. 

Vivix, kandungan polifenol yang diekstrak dari anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, lobak unggu dan Elderberry Europe menggalakkan penuaan yang lebih sihat dan dapat meningkat tenaga dalam badan.

Vitamin E bermanfaat dalam merawat kemandulan lelaki dan mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu ia bagus untuk mencantikkan kulit.

4. Sterol untuk kolestrol, tekanan dan imuniti.

Sterol dari tumbuh-tumbuhan membantu mengatur sistem imun. Jika sistem imun anda lemah, Sterol membantu menguatkannya dan melindung badan dari jangkitan. Jika sistem imun anda terlebih aktif, iaitu penyakit autoimmune atau alergik, Sterol akan membantu mengurangkan dari terlalu aktif. Mengawal sistem imun yang terlebih aktif membantu mengurangkan kerosakan pada sendi.

Kajian menunjukkan fitosterol menurunkan paras kolestrol dengan mencegah penyerapan kolestrol dalam usus. 

Kandungan fitosterol boleh didapati di dalam Phytocol - ST Shaklee yang terdiri daripada Sterol dan Stanol tumbuh-tumbuhan.

5. Vitamin D untuk kesihatan reproduktif dan testosterone

Vitamin D telah terbukti merendahkan insulin, memperbaiki paras serotonin, meningkatkan sistem imun, mengawal nafsu makan dan membantu mengurangkan lemak. 

Satu kajian yang dikendalikan di University Copenhagen menunjukkan pertalian vitamin D dan kesihatan reproduktif. Lelaki yang mengamalkan vitamin D mempunyai sperma motiliti yang baik. 

Kajian juga menunjukkan lelaki rendah testosterone mempunyai vitamin D yang rendah dalam badan.

Kandungan vitamin D boleh didapati di dalam Ostematrix Shaklee.

Reference: Chatelaine Magazine

Jom dapatkan pilihan vitamin anda dari saya sekarang!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Wednesday 11 June 2014

Testimoni : Ibu mengalami Low Milk Supply.

Hari ini saya hendak berkongsikan satu testimoni dari seorang ibu yang sedang menyusu anaknya yang berumur 1 tahun. Masalah ibu ini ialah dia mengalami low milk supply. Pengambilan suplemen Shaklee adalah salah satu usaha ibu ini utuk menambah bekalan susunya dengan harapan dia dapat menyusu anaknya sehingga cukup 2 tahun. Jom kita baca testimoni beliau selepas seminggu mengamalkan Shaklee.


Testimoni kredit dari Puan Sara.

Selain dari menggunakan teknik power pumping untuk merangsang badan menghasilkan susu yang lebih banyak, cuba cek balik jika ada penyebab lain yang mungkin anda tidak sedari telah menganggu badan kita menghasilkan susu.

10 perkara yang boleh menyebabkan bekalan susu menurun:
  1. Stress atau tekanan.
  2. Ibu keletihan kerana tidak mendapat rehat yang cukup.
  3. Ibu tidak sihat kerana dijangkiti demam atau selsema. Sakit lain seperti anemia dan fungsi tiroid rendah juga boleh mengganggu penghasilan susu.
  4. Sesetengah ubat preskripsi boleh mengganggu proses let down reflex, iaitu tindakan reflek oksitosin. Pastikan anda memberitahu doktor anda yang anda sedang menyusu supaya doktor boleh tentukan ubat yang sesuai.
  5. Minum minuman berkafein yang terlalu banyak akan mengurangkan air dalam badan. Ia akan memberi kesan negatif pada baby. Ia juga akan menganggu tidur si ibu.
  6. Merokok menganggu rembesan hormon oksitosin yang merangsang let down reflex. Let down reflex ini membenarkan susu keluar dari payudara buat baby.
  7. Pil pencegah kehamilan memberi kesan kepada bekalan susu kerana ia mengandungi estrogen yang menurunkan penghasilan susu.
  8. Jika anda mengandung dan sedang menyusu, hormon hamil mengurangkan penghasilan susu.
  9. Rempah dan herba seperti sage, parsley, oregano, peppermint, jasmine dan yarrow dipercayai memberi kesan negatif kepada bekalan susu apabila diambil berlebihan.
  10. Diet sepatutnya tidak menunjukkan memberi kesan yang besar tetapi ibu menyusu digalakkan untuk mengambil diet yang seimbang dan minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Set untuk ibu menyusu.

Set Menyusu. Boleh diambil secara berasingan mengikut bajet.
Reference: About

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Tuesday 10 June 2014

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate + Hand Dish Wash Concentrate

Ramai yang sudah tahu Shaklee ini syarikat vitamin, tapi tahukah anda Shaklee juga ada  sistem pencucian GET CLEAN untuk cuci baju, softener untuk baju, pencuci pinggan dan pencuci serbaguna.

Antara 4 produk mereka ini, saya telah menggunakan 2 produk GET CLEAN mereka iaitu Basic H2 dan Hand Dish Wash.

Kiri: Basic H2 , Kanan: Hand Dish Wash

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate

Saya beli Basic H2 di awal bulan November 2013. Gambar di atas ialah botol Basic H2 yang masih ada di dapur saya sejak 7 bulan yang lepas! Ia memang tahan lama kerana hanya perlukan sedikit untuk membuat bancuhan pencuci.

Apa yang saya suka tentang Basic H2 ini?
  • Basic H2 ini sesuai untuk segala perkerjaan di dalam dan di luar rumah seperti mencuci lantai, menghilangkan kotoran gris di dapur, mencuci cermin/ tingkap, menghilangkan kotoran di permukaan mana-mana termasuk dinding dan sofa diconteng oleh anak saya dengan crayon. Saya dah tak perlukan berbotol-botol pencuci berasingan dan ia sungguh menjimatkan!
  • Kepekatan 1 botol ini boleh membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa bila dicampurkan dengan air. 48 gelen bersamaan dengan 182 litre air! 
  • Tiada toksik. Pencuci ini selamat digunakan untuk mengelap dalam peti ais dan permukaan dapur. Saya tak perlu risau jika makanan terdedah kepada bahan racun. Anak saya suka melekapkan muka di sliding door cermin dan adakala dia jilat cermin tu pula. Kalau dulu, saya gunakan window cleaner tu saya agak risau tapi sekarang saya rasa selamat sebab Basic H2 tiada bahan beracun. Ia pencuci yang selamat buat anda yang ada anak-anak kecil di rumah.
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran minyak.
  • Tidak memerlukan bilasan selepas mengemop kerana ia tidak meninggalkan sisa.
  • Tanpa bahan pewangi dan pewarna.
  • Ramuan semulajadi daripada jagung dan kelapa.

Saya nak kongsikan satu point dari buku "Green Goes With Everything" dari Sloan Barnett

" We have been trained to believe that clean smells like vanilla, lime pine, cinnamon oranges. But it doesn't. Real clean doesn't have a smell. More important, real clean can't hurt you "

Kebanyakan All-Purpose Cleaners yang ada di pasaran mengandungi bahan toksik yang membahayakan. Tapi kenapa kita masih menggunakannya? Sebab ia lebih murah dari pembersih organik? Ia membersih dengan baik dan berbau harum?

Adakah anda atau ahli keluarga anda punya masalah alergik seperti ekzema atau masalah asma?

- Bahan toksik dalam pencuci boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau dari sistem pernafasan.
- Bahan pelarut sintetik boleh menganggu keseimbangan hormon.
- Morfolin boleh merosakkan hati dan ginjal.
- Ammonia dalam pencuci tingkap adalah bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
- Butyl Cellosolve iaitu neurotoksin boleh merengsakan hidung.

Tetapi, pekatan pencuci Super Organik Basic H2 tidak mengandungi bahan-bahan di atas yang membahayakan anda sekeluarga.


Cara penggunaan Basic H2:

Hanya sedikit untuk bancuhan yang berkesan!



Hand Dish Wash Concetrate

Hand Dish Wash Concentrate ini memang special. Saya pun macam tak percaya dengan hanya beberapa titisan sudah cukup untuk mencuci segala pinggan mangkuk, kuali dan periuk! Kalau produk lain memang saya guna banyak tapi tidak dengan pencuci Shaklee ini. Paling seronok bila saya dapati pencucinya tidak membuatkan kulit tangan kering.

Keistimewaan Hand Dish Wash Concentrate
  • Bahannya adalah semulajadi dari tumbuh-tumbuhan seperti jagung dan kelapa.
  • Tahan lama kerana kepekatannya.
  • Hanya beberapa titisan mencuci pingan mangkuk yang penuh dalam satu sinki.
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak.
  • Lembut pada tangan.
  • Buih sabun yang tahan lama.
  • Tidak bertoksik.
  • PH seimbang.

 Siapa yang menggunakan GETS CLEAN produk dari Shaklee ini?

Mulanya Roger Barnett (keluarganya adalah pemilik Burberry dan Experian Credit Company) menggunakan GET CLEAN kerana anak lelakinya punya masalah asma. Setelah jatuh hati dengan Shaklee, beliau terus membeli Shaklee. Malah, seluruh White House juga menggunakan produk
Get Clean!
Harga pasaran:
Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate (16 oz) RM 46.00
Hand Dish Wash Concentrate (16 oz) RM 22.00

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  


Monday 9 June 2014

Tip Tingkatkan Sistem Imun


Makan Dengan Betul.

Jangan makan berlebihan, makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. 

Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti:
  • makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli.
  • makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kekacang dan bijirin.
  • bawang putih 
  • makanan yang kaya dengan zink seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu.
  • makanan yang mengandungi bioflavonoid seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • makanan yang kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi.
Bersenam Selalu.

Senaman yang konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki 5 kali seminggu selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam.

Senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.

Dapatkan Tidur Yang Secukupnya.

Tidur yang cukup dapat merangsangkan dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7 hingga 8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan daripada minuman berkaffein seperti kopi dan teh, tembakau dan arak.

Menguruskan Tekanan.

Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. 
Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam 2 cara, sama ada menghapuskan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun.

Oleh itu, luangkanlah masa untuk melepaskan stres beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktivit yang anda gemari.

Sumber dari artikel asal Isihat Mei 2014



Maklumat lanjut:
Vitamin C menguatkan sistem imun.
Vitamin E tinggi anti oksidan.
Manfaat Zink.
Bioflavonoid, bahan baru dalam Sustained Release Vita C Plus.
Khasiat bawang putih.
Karotena dalam Carotomax.



Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u