Friday 30 May 2014

Testimoni : Rambut Kurang Gugur!


Testimoni kredit : Puan 'N'

Masalah rambut gugur adalah normal buat wanita selepas bersalin kerana waktu ini paras hormon estrogen menurun dan folikel-folikel rambut masuk peringkat berehat dan lebih banyakrambut akan gugur.

Pengambilan makanan berkhasiat dengan sumber protein, zat besi dan vitamin B adalah penting untuk mengatasi dari rambut gugur lebih banyak. 

Anda boleh mengamalkan B Complex (Vitamin B), Energising Soy Protein (sumber protein), Vitalea (sumber multivitamin bersama zat besi) dan Zinc Complex. Bertukar syampu dan konditioner kepada produk yang menggunakan bahan semulajadi dan kurang bahan kimia juga membantu dalam menguatkan akar-akar rambut dan membersih tanpa menarik minyak penting semulajadi dan seterusnya menghentikan pertumbuhan rambut.

Boleh baca di sini produk-produk lanjut mengatasi rambut gugur dengan Shaklee.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Wednesday 28 May 2014

Resipi Mudah Meal Shakes



Resipi Pantas Meal Shakes

Bahan-bahan:
1 hingga 2 sudu besar Meal Shakes Shaklee
250 ml susu pilihan anda (low fat/ fresh milk)
1 sudu yoghurt perisa asli
2 atau 3 biji kurma yang dibuang bijinya
Beberapa kiub ais

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam blender dan dikisar untuk 1 hingga 2 minit.

Cadangan lain bagi menggantikan kurma ialah:

  • Strawberry
  • Any berries
  • Pisang 
  • Mangga
  • Milo
  • Horlick
  • Oats
  • Avocado
  • Buah kering eg. kismis, prun, aprikot dan buah tin.
Jom dapatkan Meal Shakes sebelum promosi berakhir pada 31 Mei 2014!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Tuesday 27 May 2014

Kenapa Produk Shaklee Unik?

Tahukah anda?



Dr. Forest C. Shaklee menubuhkan Shaklee Corporation pada tahun 1956:

  • Dr. Shaklee adalah seorang chiropractor dan pelajar di sekolah yang sama dengan rakannya, B.J. Palmer, "the father of chiropractic"
  • Dr. Shaklee mempunyai Degree in Nutrition, Biochemistry dan Philosophy.
  • Dia berkerja sebagai seorang chiropractic sehingga umurnya 65 tahun sewaktu dia melancarkan Shaklee Corporation.
  • Impiannya untuk berkongsi produk yang diusahakan sepanjang hidupnya dengan pesakit-pesakit terlaksana.
  • Produk dan garis panduan Shaklee berkonsepkan hidup secara alami.



Makanan Vs. Ubat-ubatan
  • Kerajaan AS telah mengiktiraf produk nutrisi Shaklee sebagai makanan, bukan ubat.
  • Kebanyakan syarikat nutrisi dianggap sebagai syarikat ubat-ubatan.



Terbesar di Dunia
  • Shaklee pembekal vitamin, mineral dan produk berasaskan herba terbesar di dunia!
  • Ia dikira sebagai pemimpin di dalam industri nutrisi.




Ujian klinikal

Produk Shaklee diuji secara rawak, rabun dwi pihak (double blind) dan ujian terkawal yang dijalankan oleh laboratorium bebas seperti Stanford, Harvard, Scripps Institute dan George Washington University. Ratusan keputusan ujian ini telah dipaparkan di dalam jurnal perubatan seperti:

- Journal of The American Medical Association
- The American Journal of Clinical Nutrition
- The Journal of The American Dietetic Association
- The Journal of Applied Physiology
- The American Journal of Cardiology
- The Journal of Nutrition

Tiada syarikat nutrisi yang pergi sejauh ini untuk memastikan produk mereka adalah selamat dan berkesan.





Makanan Seimbang Yang Sempurna

Vitamin Shaklee adalah seimbang dan suplemennya berasaskan bahan-bahan semulajadi. Ia mengandungi nutrien penting, phytochemical dan enzim buat tubuh manusia.





Penyelidikan dan Kemajuan
  • Shaklee mempunyai makmal Research and Development mereka sendiri di Hayward, California.
  • Makmal baru telah dibina sempena Stanford University di Palo Alto.
  • Shaklee menghasilkan suplemen mereka sendiri di Norman, Oklahoma menggunakan kemudahan 'state of the art' iaitu menggunakan alat-alatan, teknik dan sains bertaraf tinggi.
  • Kebanyakan syarikat nutrisi tiada membuat penyelidikan ke atas produk mereka dan vitamin-vitamin mereka dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal yang lain. Mereka hanya mengubah pelekat label, warna dan bentuk kapsul dari bahan yang sama untuk jenama baru.
  • Shaklee telah belanja hampir US$100 juta untuk penyelidikan vitamin mereka dengan bergabung 6 syarikat besar yang lain.
  • Shaklee mempunyai 150 saintis dan lembaga penasihat mereka tediri daripada doktor-doktor, professor-professor dan saintis dari universiti terkemuka.
  • 176 ujian berasingan telah dijalankan untuk memastikan ketulenan, potensi dan keselamatan ke atas material mentah yang digunakan ke atas setiap produk.
  • Produk Shaklee melalui ujian kualiti jaminan sepanjang proses perkilangan.
  • Kesemua produk Shaklee mempunyai dokumen penyelidikan saintifik untuk menguatkan lagi keunikan produk Shaklee.

Produk Shakle adalah 100% gerenti terbaik!


Dapatkan produk anda dari saya pengedar sah Shaklee!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  




Saturday 24 May 2014

Vivix Mengurangkan Ketagihan Kopi


Biji kopi adalah satu sumber makanan yang kaya dengan chlorogenic acids (CGA) yang merupakan salah satu daripada polifenol yang terkenal. CGA mempunyai kesan anti hipertensi yang baik, walau bagaimanapun hydroxyhydroquinone (HHQ) akan terhasil semasa proses pemanggangan biji kopi. Proses ini akan menghalang kesan baik CGA tersebut.

Satu kajian disiarkan di American Journal Clinical Nutrition 2000, menunjukkan bahawa pengambilan kopi yang berlebihan boleh meningkatkan paras homosistein di dalam darah. Apabila paras  homosistein tinggi, ia akan menyebabkan penyumbatan salur darah oleh gumpalan darah. Ini akan mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Lagi satu kajian oleh Valentina Rakic, pengambilan 5 cawan kopi sehari boleh meninggikan tekanan darah pesakit hipertensi.

Selain itu, minuman yang mengandungi kafein akan meningkatkan kadar degupan jantung, menyebabkan gegaran, kebimbangan dan insomnia.

Bagaimana pula pengambilan kopi tanpa kafein (decaffinated coffee)? 

Kajian oleh Robert Superko ke atas kedua-dua kopi biasa dan kopi decaff menunjukkan bahawa terdapat peningkatan paras kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) yang ketara. 

Kolestrol LDL ialah bahan pengangkut lemak dan kolestrol dan dimendapkan di dinding salur darah. Keadaan ini juga akan mengakibatkan salur darah tersumbat dan juga menaikkan berat badan.

Satu garis panduan telah dibuat oleh American Heart Association (AHA) iaitu pengambilan kopi yang mengandungi kafein atau kopi tanpa kafein seharusnya tidak melebihi 2 cawan dalam sehari. Ini kerana pengambilan secara sederhana ini dipercayai tidak memberikan kesan yang buruk kepada penggemar kopi.

-Sumber artikel dari Majalah iSihat Disember 2013-

Anda peminat tegar kopi? Mahu mengurangkan pengambilannya dengan Shaklee?

Cubalah Vivix untuk mengurangkan ketagihan kopi atau minuman berkafein.

Vivix ini adalah tonik campuran botani yang mengandungi resveratrol dan polifenol. Ia merawat sel badan secara selular melalui 4 cara:

  1. membaikpulih sel-sel yang rosak akibat daripada minuman berkafein. 
  2. memberi tenaga kepada sel-sel badan.
  3. melindungi sel-sel. 
  4. memastikan fungsi selular pada tahap yang sihat. 


Vivix tonik anti-penuaan yang telah terbukti berkesan memperbaiki 4 mekanisme utama penuaan selular.

Maklumat lanjut mengenai Vivix:

Testimoni dari peminat tegar kopi yang telah menggunakan Vivix untuk mengurangkan ketagihannya:

Testimoni kredit : Laili, Shaklee Carnation.


Hubungi saya untuk dapatkan Vivix anda!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Thursday 22 May 2014

Perbezaan Vita - C Plus 500mg dan Chewable Vita - C Plus 100mg

Kali ini saya nak berkongsi informasi tentang dua produk panas di Shaklee. Kedua-dua produk ini amat popular sehingga ada kala mereka bergilir-gilir ambil tempat 'Out of Stock' seluruh Malaysia. Ya, seluruh Malaysia!

Mari kita lihat perbezaan kedua-dua vitamin C Shaklee ini supaya ia dapat membantu anda memahami dan membuat keputusan yang tepat.

(1) Perbandingan kandungan 2 produk ini:

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg (Vitamin C & Citrus Bioflavonoids) 180 tablets




Mempunyai Ascorbic Acid 95% (Vitamin C)  553.00 mg
Citrus Bioflavonoids Complex                       120.00 mg
 - membekalkan:  7.50 mg Lemon Bioflavonoids
                          7.50 mg OrangeBioflavonoids
                          7.50 mg Grapefruit Bioflavonoids
                          7.50 mg Hesperidin
*Mengandungi Rose Hips Flavor.

Chewable Vita- C Plus 100 mg (Vitamin C, Rose Hips & Citrus Bioflavonoids)  90 tablets



Mempunyai Ascorbic Acid  (Vitamin C)        117.90 mg
Rose Hips Powder (Rosa Canina)                  40.00 mg
Citrus Bioflavonoids Complex                        24.00 mg
 - membekalkan:   2.00 mg Lemon Bioflavonoids
                           1.50 mg OrangeBioflavonoids
                           0.50 mg Grapefruit Bioflavonoids
                           2.00 mg Hesperidin


(2) Perbandingan bagaimana 2 produk ini bertindak:

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg 

  • Bertindak secara "Sustained Release" iaitu perlepasan perlahan-lahan secara berterusan dalam tempoh 5 jam. Setiap sejam, ia akan melepaskan 100 mg vitamin C yang bersamaan dengan 1.5 biji oren.
  • 1 tablet Sustained Release Vita-C Plus ini membekalkan7.5 biji buah oren termasuk kulitnya sekali.
  • Pengambilan 2 tablet sehari mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.
  • Uniknya, fungsi Sustained Release oleh Shaklee ini mengelakkan pembaziran kerana vitamin C adalah vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Vitamin jenis ini mudah larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Kelebihannya, ia memastikan badan dapat menyerap vitamin C sepenuhnya dalam masa 5 jam itu.
Sesuai untuk dewasa yang tiada masalah untuk menelan pil. Kelebihannya ialah ia tidak perlu diambil berulang kali.

Chewable Vita- C Plus 100 mg
  • 1 tablet kunyah bersamaan dengan 100 mg vitamin C.
  • Apabila dikunyah, air liur akan membantu menghadamkan ia dan memudahkan penyerapan apabila sampai ke usus perut. 
  • Kajian mengatakan, kebaikan mengambil vitamin C dalam dos yang kecil dan dijarakkan masanya adalah lebih baik untuk penyerapan optimum jika dibandingkan pengambilan sekaligus dalam dos yang besar.
Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa yang punya kesukaran untuk menelan pil, mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit.


    (3) Persamaan 2 produk ini:
    • Jumlah kuantiti kandungan Chewable Vita - C Plus adalah hampir sama apabila dimakan 5 biji sehari untuk mendapatkan khasiat 500 mg vitamin C.
    • Kedua-duanya mengandungi Citrus Bioflavonoids yang berfungsi meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh. Ia mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida. Ia juga melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

    Siapa yang memerlukan Vitamin C?
    • Perokok
    • Orang yang mudah stress kerana keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C.
    • Orang yang mengambil pil perancang dan kontraseptif, juga menyusutkan vitamin C yang banyak.
    • Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah. Selalu dijangkiti demam dan selsema.
    • Orang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan eczema. 

    Jadi anda bolehlah pilih vitamin C Shaklee mengikut kesesuaian anda.

    Entry lain yang mungkin anda berminat:
    (1) Kelebihan Sustained Release Vita - C Plus
    (2) Masalah jeragat?
    (3) Vitamin untuk anak-anak

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u

    Wednesday 21 May 2014

    Rahsia Kembali Dara!

    Teruja saya nak berkongsi testimoni dari seorang pengguna yang mengamalkan Collagen Powder dan Vivix ini. Yang istimewanya, testimoni kali ini dari seorang pengguna berumur 60 tahun. Apa yang istimewa sangat? 


    Katanya:
    " I baru borak dengan mak I, dia malu nak bagi testimoni. Dia dah makan Collagen Powder dari bulan Disember 2013. Vivix baru habis satu botol. Baru nak mula Vivix botol yang kedua. Mak saya berumur 60 tahun. Dia cakap (hahaha dah masuk bahagian 18SX). Suami cakap bila bersama rasa ketat! U makan apa? Jamu ke? Dia cuma ambil Collagen Powder secara konsisten satu kotak setiap bulan, diselang seli kan dengan Vivix"

    Sebahagian besar wanita yang mengalami menopause akan mengalami kehilangan elastisiti dan kolagen di bahagian muka, sendi, dinding arteri dan tisu vagina. Semua ini terjadi disebabkan oleh penurunan kadar estrogen yang dihasilkan oleh tubuh. Ia menyebabkan vagina menjadi kering dan mengakibatkan rasa pedih ketika bersama.

    Shaklee Collagen Powder membantu mengetatkan kembali vagina yang telah longgar, sesuai diamalkan buat wanita yang sudah melahirkan anak dan menopause. Anak dara juga boleh amalkan minuman kolagen ini kerana penghasilan kolagen berkurangan pada setiap tahun selepas umur 25 tahun.

    Vivix pula adalah jus anti penuaan yang mengandungi resveratrol paling power, Ia telah terbukti memberi kesan positif kepada 4 mekanisme utama penuaan selular iaitu: pertahanan sel, menjana tenaga sel, memperbaiki sel dan prestasi sel. 
    Di zaman ini, tekanan persekitaran dan pemakanan yang tidak sihat punca kepada kerosakan dan kelemahan sel DNA. Jadi, bukan umur yang meningkat yang membuat badan sakit-sakit tetapi faktor persekitaran membuatkan kita menjadi tua daripada umur yang sebenar. Majoriti wanita kelihatan lebih cepat tua daripada umur sebenar. Untuk memperlambatkan diri dari kelihatan tua dari usia, kenalah makan Vivix.

    Jom amalkan kedua-dua suplemen ini sebagai rahsia kebahgiaan rumahtangga, awet muda dan bertenaga. Ia juga sesuai untuk kaum Adam di luar sana.

    Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
    1) Lagi testimoni tentang Shaklee Collagen Powder.

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

    ☆ Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang produk dan cara pengambilan apabila anda membuat pembelian dari saya.

    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u



    Pengedar Shaklee Bukit Damansara dan Shah Alam Seksyen 8


    Pengedar Sah Shaklee Bukit Damansara dan Shah Alam, Seksyen 8

    Berita baik buat anda yang berada di kawasan Bukit Damansara dan Shah Alam, Seksyen 8!

    Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari pengedar Shaklee di sana iaitu Puan Nik Amelia. 

    Bagaimana nak hubungi Puan Nik Amelia?
    • WhatsApp atau SMS di talian 012-286 5601
    • boleh juga hubungi beliau di Facebook Nik Amelia
    • atau email di amelia.johan@gmail.com

    Jom dapatkan produk Shaklee dari Puan Nik Amelia yang sedia membantu dan membimbing anda!


    Tuesday 20 May 2014

    Zinc Shaklee Kini 'Gluten Free'


    Zinc Complex adalah suplemen yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil dan ia penting untuk kesihatan tubuh badan. Bintik putih di kuku adalah tanda kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, anemia dam lemah penglihatan.

    Manfaat Zinc Complex
    1. Mempercepatkan pemulihan luka di dalam dan luar terutama buat ibu baru bersalin.
    2. Menggalakkan pertumbuhan sihat (immune booster).
    3. Mengurangkan kekerapan diserang demam, diserang jangkitan telinga dan mencegah jangkitan respiratori.
    4. Digunakan untuk pesakit malaria dan sakit lain yang disebabkan oleh parasit.
    5. Memperbaiki radang kulit seperti jerawat, eczema dan psoriasis.
    6. Membantu masalah ketidaksuburan dan mati pucuk.
    7. Memperbaiki masalah prostat. 
    8. Mengurangkan masalah rambut gugur atau uban sebelum waktu.
    9. Memperbaiki diabetes dengan membantu pengeluaran insulin.
    10. Memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meniggikan kiraan sperma.


    Zinc Complex Shaklee Kini BEBAS GLUTEN !

    Apa itu Gluten? Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam kanji terutama tepung gandum, barli, gandum hitam dan sebagainya. Gluten ini digunakan dalam adunan membuat roti, kuih muih untuk kesan elastisiti lebih baik. Kemudian, adunan ini dibakar dan membuatkan adunan mengembang dan menghasilkan roti yang kenyal.

    Dalam Zinc Complex mengandungi serbuk barli maka Shaklee Improved Formula nya dengan bahan tanpa gluten.

    Gambar hiasan.

    Adakah Gluten tidak baik untuk kesihatan?

    Gluten tidak semestinya tidak baik tetapi sesetengah orang tiada toleransi atau alah dengan gluten. Badan mereka akan menghasilkan tindak balas imun yang tidak normal apabila badan tidak mampu mencerna gluten itu. Seterusnya, ia akan merosakkan usus dan menghalang nutrien diserap oleh badan.

    Tanda dan gejala alahan dari gluten:
    • sakit perut, cirit birit, muntah-muntah.
    • depresi dan lekas marah.
    • ruam kulit.
    • cram pada otot.
    • rasa letih.
    • sukar untuk bernafas.
    Hasil campuran gluten sebenarnya menganggu metabolisma badan kerana ia tiada kandungan serat. Serat sangat diperlukan oleh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan dan mencegah penyakit diabetes, jantung dan kanser.

    Harga Zinc Complex : RM 33.75 (120 biji untuk 4 bulan)

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u





    Performance Drink Minuman Bertenaga


    Performance Drink merupakan minuman sukan yang pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Ia juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA. 
    Performance Drink ini  pilihan terbaik buat penggemar minuman isotonik kerana ia adalah satu-satu minuman bebas gas dan kurang gula. Selain memberi tenaga, hidrasi dan stamina, Performance Drink ini mempunyai lebih banyak elektrolit dan mineral yang penting seperti magnesium dan kalsium yang tidak terdapat di dalam jenama isotonik yang lain.


    Ciri-ciri Utama Performance Drink
    • Ia mengandungi campuran Elektrolit Opti-Ltye proprietari dengan campuran unik 3 karbohidrat yang memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
    • Mengandungi formula karbohidrat unik iaitu OptiCarb yang membekalkan tenaga serta merta tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
    • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
    • Baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot).
    • Minuman tanpa karbonat, perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet tambahan.



    Manfaat Performance Drink
    • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan : memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
    • Membekalkan Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal : mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.
    • Mencegah dehydration : mengurangkan kehausan dan melembapkan kulit.
    • Mengekalkan paras gula : memeliahara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.


    Terbukti Secara Klinikal
    • Rumusan ekslusif OptiCarb meningkatkan tenaga otot 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.
    • Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.
    Shaklee Performance terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap dehidrasi berbanding air.
    Ia mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

    Sesuai diambil ketika :
    • Cuaca panas melampau
    • Badan tidak sihat akibat demam/ selsema/ cirit-birit
    • Bersukan
    • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik akibat dari morning sickness dan tiada selera makan.

    Golongan yang sesuai mengambil Performance :
    1. Para atlet.
    2. Mereka yang berpuasa.
    3. Sebelum dan selepas pembedahan.
    4. Tidur lewat malam.
    5. Rendah paras gula.
    6. Pesakit gout.
    7. Ibu menyusu.
    8. Ibu hamil.
    9. Mereka yang kurang minum air.
    10. Pesakit migrain.
    11. Kanak-kanak.

    Di bawah ialah testimonial yang saya perolehi dari pengguna-pengguna Shaklee Performance Drink, kredit Shaklee Exclusive PitStop.

    Ibu menyusu.


    Anak berpuasa.

    Penat berkerja.

    Bersukan.

    Harga Performance Drink (Orange) : RM 82.50 - 539gm

    Sumber rujukan : Shaklee Malaysia & GenkiMomma.

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u 




    Sunday 18 May 2014

    Bijak Pilih Suplemen



    Untuk penjagaan kesihatan yang berpanjangan, suplemen dilihat sebagai antara jalan penyelesaian kerana suplemen mampu menggantikan zat-zat atau nutrien yang tidak dapat diperoleh melalui makanan.

    Suplemen merupakan makanan tambahan sekiranya tidak mampu untuk memperoleh nutrien yang mencukupi melalui makanan seharian bagi memastikan kita bergerak aktif. Makanan tambahan itu perlu dan harus diambil setiap hari seperti vitamin C yang bagus untuk daya tahanan badan dan juga kulit serta kalsium, besi, vitamin E, zink dan sebagainya.

    Sebagai contoh vitamin C, jika kita membasuh sesuatu makanan berulang kali dan terdedah kepada udara atau cahaya matahari untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan ia mudah teroksida. Ditambah pula dengan proses memasak menyebabkan kita kehilangan nutrien tersebut. Dengan adanya pengambilan multivitamin dan multimineral, kita dapat kembali nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

    Wanita digalakkan untuk mengambil suplemen bagi mencukupkan pengambilan kalsium, zat besi, asid folik dan vitamin-vitamin yang lain. Seperti yang kita tahu setiap bulan golongan ini akan mengalami kitaran haid di mana mereka akan kehilangan banyak zat besi. Selain itu, kebanyakan orang Asia tidak minum susu kerana masalah toleransi terhadap laktosa.

    Untuk golongan lelaki, multivitamin, kalsium, omega-3 dan serat kerana kebanyakan lelaki gemar mengambil banyak daging dalam makanan mereka yang mana makanan tersebut tinggi kandungan protein. Mereka juga kurang mengambil ikan sebagai hidangan. Hal ini menambahkan risiko untuk mengalami masalah jantung terutama ketika menjelang andropaus.

    Oleh sebab terdapat lambakan suplemen di pasaran, pastikan anda memilih syarikat yang benar-benar boleh dipercayai dan suplemen tersebut diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 

    Artikel asal : iSihat Januari 2014

    Saturday 17 May 2014

    Testimoni : Suami Tegur Kulit Badan Lembut!

    Selalunya saya didatangi bakal pembeli Shaklee yang mahukan vitamin untuk membantu masalah kesihatan mereka. Contohnya, untuk mengurangkan berat badan saya akan cadangkan Lecithin/ OmegaGuard dan Alfalfa Complex, ada masalah tekanan darah tinggi ambil OmegaGuard, ibu mengandung saya sarankan pengambilan ESP, kurangkan masalah senggugut dengan GLA Complex dan sebagainya.

    Tanpa mereka sedari, suplemen yang mereka ambil ini punya kebaikan untuk kesihatan yang lain. 

    Mari kita lihat testimoni pengguna Shaklee ini:

    Testimoni kredit : Ratu Nutrisi
    Di bawah adalah suplemen Shaklee yang diambil oleh saudari ini. Jadi, bagaimanakah suplemen ini membantu dalam mencantikkan kulit?

    Saya terangkan secara ringkas kebaikan vitamin yang telah diambil oleh saudari ini:

    ESP -Salah satu manfaat ESP untuk kulit ialah ia membantu memperbaharui dan membina sel, tisu kulit, rambut, kuku, otot dan organ. Ia menjadikan kulit lebih anjal, gebu dan mengurangkan parut-parut di muka dan badan. 

    Vita E Complex - Suplemen anti oksidan yang melembapkan kulit kering, mengatasi masalah jerawat dan memperbaiki parut. Bahan Selenium di dalamnya melindungi kulit secara semulajadi dari kerosakan sinaran matahari. 

    GLA Complex - GLA Shaklee diesktrak daripada minyak borage adalah 3 kali ganda lebih berkesan daripada EPO biasa. Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E. Kebaikannya ialah ia menyeimbangkan hormon untuk kulit cantik, sihat dan berseri, menguatkan kuku dan rambut. Ia juga dapat membantu masalah eczema.

    OmegaGuard - Minyak ikan Omega-3 yang diperkaya dengan EPA dan DHA membantu melambatkan kesan penuaan akibat daripada sinaran UV matahari. Ia membentuk lapisan pelindung dalam kulit untuk mengurangkan kehilangan lembapan kulit. Ia juga mencegah inflamasi pada kulit bermasalah seperti eczema dan ruam dengan mengurangkan simptom-simptom kemerahan pada kulit. 

    Alfalfa Complex - Alfalfa mendetoksifikasi tubuh dengan membersih usus dan darah. Jika tubuh bersih dari zat-zat radikal bebas maka banyak manfaat yang anda akan perolehi. Kulit pun menjadi lebih sihat dan cerah.

    Lecithin - Diesktrak dari kacang soya organik, non GMO. Kebaikannya untuk kulit ialah ia membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma dan melambatkan penuaan. Ia juga memperbaiki alergi kulit (dermatitis)

    Inilah bagusnya apabila anda makan suplemen, ia bukan khusus untuk satu tujuan tetapi secara tak langsung ia menjaga kesihatan anda yang lain.

    Dapatkan konsultasi berterusan apabila anda mendapatkan produk Shaklee dari saya.

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com

    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u