Thursday 27 February 2014

'Homemade Face Mask' untuk Kulit Cantik Semulajadi


Vitamin E mengandungi antioksidan yang tinggi, di mana ia berfungsi untuk melindungi sel dari rosak dan memperbaiki tisu yang sudah rosak. Selain dari pengambilan Vitamin E dalam bentuk makan, ada yang menyapu minyak Vitamin E ke atas kulit untuk memudarkan parut. Cara lain, anda boleh buat masker wajah buatan sendiri dengan minyak Vitamin E untuk menyuburkan kulit, melindungi kulit  dan paling penting untuk menggalakkan pembaikan kulit. Kompaun di dalam Vitamin E terbaik untuk kulit supaya ia lembut, licin dan mengekalkan kelembapan kulit.

3 cara mudah membuat masker Vitamin E ini ialah:

(1) Hanya bancuhkan dalam 1 sudu ESP Soy Protein Isolate Powder dengan 1 kapsul minyak vitamin E yang diperolehi dari Shaklee Vita-E Complex. (Tips pecahkan kapsul ialah antara mencucuknya dengan jarum bersih, gunting kapsul di bucunya atau gigit sikit bucu kapsul). 

(2) Bancuh 1 sudu ESP Soy Protein Isolate Powder dengan 1 kapsul Shaklee Vita-E Complex dan tambahan, 1 sudu besar yoghurt perisa natural. 

(3) Untuk buat masker lebih best lagi, mangga segar di buang kulitnya dan hanya 1/4 mangga di blend bersama 1 sudu ESP Soy Protein Isolate Powder dan 1 kapsul Shaklee Vita-E Complex. (selebih mangga itu boleh dibuat makan atau diblend jadi fresh juice). Sapu rata seluruh muka yang telah dibersihkan. Biarkan masker kering selama 20 minit dan bilas.

Ha... kenapa mangga? Mangga kaya dengan sumber vitamin E dan karatenoid, antioksidan yang melindungi kulit dari tekanan oksidatif dan keradangan. Tambahan mangga dalam masker menjadikan ia masker buatan sendiri yang 'powerful' untuk pembaikan kulit.

Cubalah buat masker ini sendiri di rumah dan amalkannya 2 kali seminggu, hasilnya complexion kulit lebih licin, memudarkan parut dan prevention tebaik untuk menghalang garis-garis halus dan kedutan.

Rupa lebihan masker dari bancuhan ESP &Vitamin E.
Lebihan masker yang dibancuh boleh diletak di dalam bekas dan simpan ia di dalam peti sejuk. Lebihan yang lebih seminggu dinasihatkan supaya dibuang kerana takut bahan tadi terutama yoghurt dan mangga sudah tidak elok.

Sumber: Home Made Face Mask

Dapatkan produk Shaklee melalui saya dan anda akan dapat konsultasi berterusan percuma dari saya.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalifue2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju

Shaklee ID no. 914948.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.

Tuesday 25 February 2014

Khasiat & Kebaikan Bawang Putih

Picture Credit: Top 10 Home Remedies

Bawang putih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Kalau dapat makan 2 ulas bawang putih setiap hari sudah mencukupi untuk meningkatkan sitem imun tubuh terhadap serangan virus dan bakteria. Ia bertidak sebagai expectorant dan decongestant untuk melegakan selsema. Ia juga membantu menghalang alergi seperti sinus dan asma.

Selain meningkatkan fungsi sistem imunisasi, bawang putih berperanan membantu menstabilkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Bawang putih dipercayai mampu menaikkan metabolisma untuk menggalakkan penurunan berat badan. Kajian pula menunjukkan pengambilan ekstrak bawang putih dalam dos yang besar pula dapat mencegah dari kanser kerana ia mempunyai antioksidan.

Pengambilan bawang putih secara konsisten akan mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan strok. Ia menurunkan paras kolestrol, menghalang dari lemak dalam darah melekat pada dinding arteri dan menurunkan tekanan darah tinggi. Bawang putih menghalang badan melepaskan 'thromboxan B2', iaitu bahan yang mencerut pembuluh darah dan menyempitkan laluan bronkial. 

Kelebihan Shaklee Garlic Complex

Shaklee Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA. Ia bebas dari penggunaan racun perosak.

Pembuatan Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba bertujuan untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. Allicin juga bermanfaat untuk mengawal dan mencegah kenaikan berat badan.

Ia mengandungi Vitamin E untuk tingkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya dalam tubuh kita.

Setiap 2 biji Shaklee Garlic Complex = 1,000 mg ektrak bawang putih tulen = 2 ulas bawang putih segar
Testimoni Shaklee Garlic Complex:

Testimoni kredit : Vitamin Kita

Testimoni kredit : GenkiMomma




Berminat untuk dapatkan Garlic Complex ini untuk anda? Saya akan berikan konsultasi percuma secara berterusan bila anda mendapatkan produk Shaklee dari saya.

Sumber: Dr. Atkins Vita-Nutrient, Vitamin Kita


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalifue2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju

Shaklee ID no. 914948.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.

Testimoni Vitamin E, Rahsia Kulit Cantik.



Wow! Itulah yang keluar dari mulut saya selepas rakan saya, Yana kongsikan gambar testimoni ini dengan saya. Saudari di atas cuma mengamalkan Shaklee Vita-E Complex selama seminggu berserta 2 kali masker yang dibancuh sendiri dengan Shaklee Vita-E Complex. Baguskan? 

Vitamin E sebenarnya makanan tambahan yang perlu ada di dalam diet harian kita. Vitamin E adalah sangat kaya dengan antioksidan yang melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas merbahaya kerana ia penyebab penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Contoh makanan yang kaya dengan Vitamin E ialah minyak sayur-sayuran, kekacang dan biji bunga matahari. Selain dari makanan, anda boleh mendapatkan Vitamin E dalam bentuk suplemen.

Manfaat Vitamin E Bagi Kulit Anda:

Vitamin E adalah suplemen kecantikan yang paling efektif dalam membantu masalah:

(1) Kedut (Wrinkles)
Vitamin E mengurangkan pembentukan kedut-kedut di wajah dengan merencat kerosakan sel-sel  oleh radikal bebas. Ia meningkatkan penghasilan kolagen kulit. Ia merawat kedut dengan menyokong pertumbuhan sel kulit baru dan mempercepatkan pertumbuhan semula sel baru.

(2) Kulit kering
Minyak Vitamin E melembapkan kulit kering dari dalam dan antioksidannya membaiki keadaan kulit secara intense. Ia hanya sesuai dijadikan pelembap di waktu malam kerana minyaknya yang likat dan melekit.

(3) Parut
Parut yang lama memang susah untuk dihilangkan tetapi dengan penggunaan Vitamin E secara konsisten, ia boleh membantu dalam penyembuhan parut. Vitamin E mampu meresap jauh ke dalam kulit dan menghalang radikal bebas dari menganggu proses penyembuhan luka.
Menurut Diane Irons, penulis buku bertajuk '911 Beauty Secrets', kandungan antioksidan yang tinggi di dalam Vitamin E menggalakkan penghasilan kolagen. Ia kemudian memberi elastisiti pada kulit dan mengurangkan kesan parut.

(4) Tompok hitam (Brown Spots)



Tompok-tompok seperti ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti umur yang semakin meningkat, gangguan dari radikal bebas dan prestasi fungsi hati menurun. 
Pengambilan Vitamin E dapat membantu mengelak dan memperbaiki kerosakan sel-sel tubuh akibat radikal bebas. Sapuan Vitamin E ke atas kulit boleh membantu mencerahkan tompok-tompok ini dan melicinkan kulit yang kasar.

(5) Kutikula (Cuticle)
Vitamin E adalah rawatan efektif untuk kutikula yang kering dan pecah. Ia melembapkan kawasan kutikula dengan hanya beberapa titisan minyak Vitamin E dan mencegah dari kuku pecah.

(6) Rambut kering
Selain kulit, rambut juga mendapat manfaat dari Vitamin E. Pertumbuhan dan tekstur rambut sangat bergantung pada kesihatan kulit kepala. Vitamin E dipercayai dapat melancarkan sirkulasi darah ke kulit kepala sehingga dapat meningkatkan kesihatan rambut anda. Ia mencegah tanda-tanda penuaan seperti rambut beruban atau botak. 

Keistimewaan  Shaklee Vita-E Complex

Shaklee Vitamin E mengandungi:

  • 400 IU Vitamin E (d-alpha tocopherol) dari sumber semulajadi, minyak sayuran.
  • 65 mcg Selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.
  • 39.40 mg Ekstrak biji Anggur (Grape Seed Extract).
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, perwarna dan bahan pengawet tambahan.
Selenium, bertindak sebagai antikanser dan antioksidan. Ia berfungsi lebih baik sebagai antioksidan apabila bergabung dengan Vitamin E.

Grape Seed Extract, juga mengandungi antioksidan membantu mengatasi kanser. Ia juga menguatkan sistem imunisasi badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku dan merencat pembengkakan dan keradangan.


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju

Shaklee ID no. 914948.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.

Thursday 20 February 2014

B Complex dan Ostematrix Penawar Migrain



Migrain adalah sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dan boleh melarat sehingga 48 jam. Lebih teruk lagi ada yang rasa mual, muntah-muntah dan peka terhadap cahaya. Migrain sebenarnya adalah kombinasi dari pembengkakan pembuluh darah serta pelepasan beberapa zat kimia di sekitar pembuluh darah. Rasa sakit akan muncul diikuti arteri akan membesar menyebabkan keradangan dan pembengkakan pembuluh darah.

Kebiasaannya bila diserang migrain, kita akan bergantung pada panadol atau pain killer seperti Ponstan. Ia berkesan untuk hilangkan kesakitan itu tetapi pengambilan ubat-ubatan seperti ini dalam jangka masa panjang mempunyai kesan sampingan. Ada yang tidak bernasib baik, tidak boleh ambil langsung pain killer kerana risikonya buat pesakit jantung. Alternatif, saya cadangkan suplemen semulajadi dari Shaklee yang tiada kesan sampingan malah ia mempunyai bonus tambahan untuk kesihatan anda.


Vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk pesakit migrain:


(1) B-Complex with Folic Acid

Beberapa kajian telah mendapati Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride), B12 (Cyanocobalamin) dan Folic Acid (Folate) dipercayai membantu mengurangkan kekerapan dan kesakitan pesakit migrain. Shaklee B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang lengkap. Ia adalah penenang saraf (stress relief) yang membantu melawan simptom tekanan. 


(2) OsteMatrix (Calcium, Magnesium, Vitamin D & more)

Kalsium:
Kalsium amat penting untuk bahagian badan lain selain tulang. Ia membantu menyelesaikan masalah insomnia, kekejangan otot, mengurangkan kolestrol dalam darah dan membantu menetapkan ritma jantung. Kalsium juga diperlukan untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot.
Pesakit insomnia disarankan untuk mengambil kalsium sebelum masuk tidur untuk mendapar tidur yang lena.

Magnesium:
Magnesium adalah mineral yang amat penting kerana lebih 300 enzim di dalam tubuh badan kita bergantung pada magnesium. Magnesium membantu mengurangkan kesakitan pesakit migrain dan mengurangkan frekuensinya. Ia dipercayai boleh mencegah pesakit daripada diserang migrain sekali lagi untuk lebih dari 24 jam. Ia juga menggalakkan tidur yang aman dan mengurangkan masalah kisar gigi sewaktu tidur.


Vitamin D:
Vitamin D penting untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin ini terdedah pada risiko masalah batu dalam ginjal dan pundi kencing.

Sumber: Dr Atkins

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju

Shaklee ID no. 914948.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.