Thursday 12 June 2014

5 Suplemen Penting Untuk Kesihatan Lelaki

Kebiasaannya, kaum lelaki sungguh susah hendak berjumpa dengan doktor bila mereka jatuh sakit. Inikan pula nak suruh mereka mengamalkan suplemen. Samada lelaki itu suami, bapa atau teman lelaki anda, adalah amat penting bagi seorang lelaki untuk mengambil suplemen asas untuk kesihatan yang optimum. 

Sempena Hari Bapa yang akan datang ini, apa kata anda hadiahkan suplemen buat lelaki yang anda sayang itu. Galakkan mereka untuk mengamalkan suplemen untuk melengkapi kekurangan nutrisi dalam tubuh.

Mencegah kan lebih baik dari merawat. Masalah kesihatan yang selalu dihadapi oleh lelaki adalah seperti penyakit jantung, kencing manis,sakit sendi, ketidaksuburan, darah tinggi dan berat badan berlebihan.

Suplemen penting buat kesihatan lelaki dari Shaklee


Berikut adalah vitamin utama yang patut menjadi pilihan mereka:

1. Zinc untuk paras testosterone yang optimal

Paras testosterone seorang lelaki berkurangan kepada 3 faktor utama iaitu:

  • apabila usia meningkat, 
  • obesiti
  • tekanan atau stress
Adalah penting buat seorang lelaki mengekalkan paras testosterone yang seimbang kerana rendahnya testosterone akan berkait kepada masalah kemurungan, osteoporosis, obesiti dan penyakit jantung. Beri galakkan buat suami atau ayah anda mengambil suplemen Zinc Complex setiap hari kerana ia berfungsi untuk mengekalkan paras testosterone dalam darah dan merembeskan LH, iaitu hormon yang mendorong penghasilan testosterone.

Zinc juga menyekat penukaran testosterone ke estrogen.


2.Minyak ikan untuk kesihatan jantung dan prostat

Minyak ikan OmegaGuard adalah anti radang (anti inflamasi) dan pelindung buat jantung, otak, mata dan saluran darah. Ia membantu melindungi otak dari gangguan disebabkan tekanan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian dari Cancer Prevention Research, lelaki yang mengalami kanser prostat bila mengamalkan diet rendah lemak bersama suplemen minyak ikan, ia melewatkan pertumbuhan sel kanser. Perubahan ini dapat dilihat seawal 4 minggu.

Kajian lain pula menunjukkan minyak ikan berkebolehan untuk menurunkan paras triglerisida sebanyak 25-30%. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan kerosakkan otak yang teruk selepas terkena strok.

3. Antioksidan untuk anti-penuaan dan tekanan darah

Antioksidan seperti Sustained Release Vita-C, Vita-E Complex, CoQ Health Plus dan Vivix adalah suplemen penting untuk anti-penuaan dan memberi kesihatan menyeluruh. Suplemen-suplemen ini membantu mencegah kerosakan selular yang disebabkan oleh pencemaran, pendedahan pada matahari, tekanan dan proses metabolik oleh badan. 

Dalam satu kajian, lelaki yang mempunyai vitamin C yang tinggi dalam badan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser. 

Pengambilan CoQ Health Plus merendahkan tekanan darah dan menggalakkan paras ecSOD (Extracellular Superoxide Dismutase) iaitu enzim dalam badan yang melindungi saluran darah dari rosak dan meningkatkan kualiti sperma dan kesuburan. 

Vivix, kandungan polifenol yang diekstrak dari anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, lobak unggu dan Elderberry Europe menggalakkan penuaan yang lebih sihat dan dapat meningkat tenaga dalam badan.

Vitamin E bermanfaat dalam merawat kemandulan lelaki dan mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu ia bagus untuk mencantikkan kulit.

4. Sterol untuk kolestrol, tekanan dan imuniti.

Sterol dari tumbuh-tumbuhan membantu mengatur sistem imun. Jika sistem imun anda lemah, Sterol membantu menguatkannya dan melindung badan dari jangkitan. Jika sistem imun anda terlebih aktif, iaitu penyakit autoimmune atau alergik, Sterol akan membantu mengurangkan dari terlalu aktif. Mengawal sistem imun yang terlebih aktif membantu mengurangkan kerosakan pada sendi.

Kajian menunjukkan fitosterol menurunkan paras kolestrol dengan mencegah penyerapan kolestrol dalam usus. 

Kandungan fitosterol boleh didapati di dalam Phytocol - ST Shaklee yang terdiri daripada Sterol dan Stanol tumbuh-tumbuhan.

5. Vitamin D untuk kesihatan reproduktif dan testosterone

Vitamin D telah terbukti merendahkan insulin, memperbaiki paras serotonin, meningkatkan sistem imun, mengawal nafsu makan dan membantu mengurangkan lemak. 

Satu kajian yang dikendalikan di University Copenhagen menunjukkan pertalian vitamin D dan kesihatan reproduktif. Lelaki yang mengamalkan vitamin D mempunyai sperma motiliti yang baik. 

Kajian juga menunjukkan lelaki rendah testosterone mempunyai vitamin D yang rendah dalam badan.

Kandungan vitamin D boleh didapati di dalam Ostematrix Shaklee.

Reference: Chatelaine Magazine

Jom dapatkan pilihan vitamin anda dari saya sekarang!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

3 comments:

  1. Thanks for such a factual blog. I ordered pain-relief medicines from Unitedmedicines. I would highly recommend you to check Unitedmedicines online store as it has 2021 offers and their services are on par.

    ReplyDelete
  2. buy Filagra Gel Shots Black Currant Flavour is one of the important medications for treating erectile dysfunction in men. The black currant flavor in this oral jelly has made this pill very unique; the effect out of it is not just due to chemical composition but these fruity flavors act in the composition as a natural relaxant. This medicine treating impotence is manufactured by Fortune Healthcare Pvt Ltd. https://cheapamericandrugstore.co/filagra-oral-jelly-black-currant-flavour

    ReplyDelete
  3. Nice blog .
    If you are suffering from ED problem then you must visit our Fortunehealthcarestore.net and you will get all the products from there at a reasonable price and good quality and you will get your order well without any loss of any kind. You will also find 50% off and free shipping on each product at our Fortunehealthcarestore.net

    ReplyDelete