Friday 14 March 2014

Hilangkan Jeragat Dengan Vitamin.

Jeragat atau nama medikalnya 'melasma' adalah masalah utama kaum wanita Asia.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jeragat ialah:

(1) Wanita di antara umur 25 hingga 50 tahun.

(2) Wanita yang mengandung. Ketika ini mereka mengalami tambahan  hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) di trimester kedua dan ketiga.

(3) Wanita yang mengambil terapi pengganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause. Sewaktu ini hormon estrogen menguasai tubuh wanita. (Pil Perancang)

(4) Terdedah kepada cahaya matahari terik.

(5) Punca keturunan.

(6) Penggunaan kosmetik atau rawatan yang tidak sesuai.

Cara rawatan:
(1) Pengelupasan kimia (Chemical Peeling)
(2) Laser
(3) Microdermabrasion
(4) Krim dan sunblock
(5) Mengambil rawatan dalaman seperti ubat-ubatan atau vitamin semulajadi

Vitamin yang disyorkan untuk memperbaiki masalah jeragat dari dalam ialah:


Vitamin C
Salah satu vitamin yang penting untuk kesihatan seluruh badan. Ia memainkan peranan dalam penghasilan kolagen kulit secara semulajadi. Vitamin C juga adalah antioksidan dan berfungsi mencerahkan warna kulit. Shaklee Sustained Released Vita-C Plus diperbaharui dengan bahan baru iaitu 'Citrus Bioflavonoids' yang bermanfaat untuk mencegah jeragat kerana ia menghalang tyrosinase. Bioflavonoids ini membantu mencegah enzim dalam badan menghasilkan melanin (pigmen kulit) yang berlebihan. Apabila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan, pembentukan tompok-tompok hitam pada kulit akan terjadi.

Kebaikan Vitamin C yang lain ialah ia melambatkan penuaan, menguatkan sistem imun badan, membaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, antioksidan meningkat interferon dalam badan untuk memerangi kanser, membantu masalah insomnia dan mengekalkan kolestrol yang sihat.


Vitamin B
Hiperpigmentasi menjadikan kulit sesetengah kawasan badan bertukar menjadi tompokan hitam. Salah satu sebab ia terjadi kerana dipercayai mereka kekurangan Vitamin B12 (Cyanocobalamin). Fungsi Vitamin B12 ialah membantu mengatur penghasilan pigmen, dengan itu ia mencegah hiperpigmentasi dari mengganggu dan merosakkan warna kulit. Cara terbaik untuk mendapat nutrisi Vitamin B12 ialah mengambilnya dalam bentuk suplemen.

Shaklee B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang lengkap : Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B2 (Riboflavin), Vitamin B3 (Niacin), Vitamin B5 (Pantothenic Acid), Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride), Vitamin B7 (Biotin), Vitamin B9 (Folic Acid) dan Vitamin B12 (Cyanocobalamin).

Jadi paling mudah dan tak perlu pening-pening kepala, ambil B Complex lengkap kesemuanya dan kebaikannya adalah seperti membekalkan tenaga dan mempertingkatkan metabolisma, membantu penghadaman menukar karbohidrat, lemak dan protin kepada tenaga, memelihara rambut kulit dan kuku, melawan tekanan dan meredakan alahan.

Vitamin A
Vitamin A mempunyai pelbagai fungsi dalam merawat kulit dan salah satu kebaikannya ialah merawat tompok-tompok hitam dengan mengurangkan warna pigmen. Anda boleh menggunakan krim yang mempunyai bahan Vitamin A untuk meratakan warna kulit atau mengambil Vitamin A sebagai suplemen harian anda.

Beta Carotene, salah satu bentuk Vitamin A yang boleh didapati dengan pengambilan Carotomax Shaklee. Ia mengandungi 6 jenis karotenoid penting iaitu: Astaxanthin, Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Lutein dan Zeaxanthin. Ia berfungsi meredakan masalah kulit seperti psoriosis, senile plague, kulit kering, jerawat dan jeragat, anti penuaan, menjaga kesihatan mata dan kesihatan paru-paru.

GLA Complex
Jeragat juga boleh berlaku disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. GLA Complex membantu dalam mengawal paras hormon anda terutama sewaktu menopause. GLA Complex adalah asid lemak Omega-6 tak tepu. Shaklee menggunakan minyak borage kerana ia mempunyai kepekatan GLA yang paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain. Ia juga mengandungi Vitamin E semulajadi yang baik untuk rawatan kulit dari bahagian dalam epidermis. Kebaikan GLA Complex yang lain ialah ia mengurangkan sakit senggugut, menjadikan kulit berseri dan membantu mengurangkan neuropati pesakit kencing manis.


Protin juga sangat membantu menghilangkan jeragat kerana protin membantu dalam menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat dari kulit muka. Boleh tambahkan ESP Soy Protein Isolate Powder untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas dari jeragat

Sumber Rujukan: LiveStrong


*Berminat untuk dapatkan suplemen untuk jeragat ini? Order dari kami dan anda akan dapat konsultasi percuma secara berterusan dari saya, hanya untuk pelanggan Vitalife2u sahaja.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju & Jalan Maktab. Penghantaran melalui Poslaju seluruh Malaysia.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.


No comments:

Post a Comment