Tuesday 10 June 2014

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate + Hand Dish Wash Concentrate

Ramai yang sudah tahu Shaklee ini syarikat vitamin, tapi tahukah anda Shaklee juga ada  sistem pencucian GET CLEAN untuk cuci baju, softener untuk baju, pencuci pinggan dan pencuci serbaguna.

Antara 4 produk mereka ini, saya telah menggunakan 2 produk GET CLEAN mereka iaitu Basic H2 dan Hand Dish Wash.

Kiri: Basic H2 , Kanan: Hand Dish Wash

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate

Saya beli Basic H2 di awal bulan November 2013. Gambar di atas ialah botol Basic H2 yang masih ada di dapur saya sejak 7 bulan yang lepas! Ia memang tahan lama kerana hanya perlukan sedikit untuk membuat bancuhan pencuci.

Apa yang saya suka tentang Basic H2 ini?
  • Basic H2 ini sesuai untuk segala perkerjaan di dalam dan di luar rumah seperti mencuci lantai, menghilangkan kotoran gris di dapur, mencuci cermin/ tingkap, menghilangkan kotoran di permukaan mana-mana termasuk dinding dan sofa diconteng oleh anak saya dengan crayon. Saya dah tak perlukan berbotol-botol pencuci berasingan dan ia sungguh menjimatkan!
  • Kepekatan 1 botol ini boleh membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa bila dicampurkan dengan air. 48 gelen bersamaan dengan 182 litre air! 
  • Tiada toksik. Pencuci ini selamat digunakan untuk mengelap dalam peti ais dan permukaan dapur. Saya tak perlu risau jika makanan terdedah kepada bahan racun. Anak saya suka melekapkan muka di sliding door cermin dan adakala dia jilat cermin tu pula. Kalau dulu, saya gunakan window cleaner tu saya agak risau tapi sekarang saya rasa selamat sebab Basic H2 tiada bahan beracun. Ia pencuci yang selamat buat anda yang ada anak-anak kecil di rumah.
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran minyak.
  • Tidak memerlukan bilasan selepas mengemop kerana ia tidak meninggalkan sisa.
  • Tanpa bahan pewangi dan pewarna.
  • Ramuan semulajadi daripada jagung dan kelapa.

Saya nak kongsikan satu point dari buku "Green Goes With Everything" dari Sloan Barnett

" We have been trained to believe that clean smells like vanilla, lime pine, cinnamon oranges. But it doesn't. Real clean doesn't have a smell. More important, real clean can't hurt you "

Kebanyakan All-Purpose Cleaners yang ada di pasaran mengandungi bahan toksik yang membahayakan. Tapi kenapa kita masih menggunakannya? Sebab ia lebih murah dari pembersih organik? Ia membersih dengan baik dan berbau harum?

Adakah anda atau ahli keluarga anda punya masalah alergik seperti ekzema atau masalah asma?

- Bahan toksik dalam pencuci boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau dari sistem pernafasan.
- Bahan pelarut sintetik boleh menganggu keseimbangan hormon.
- Morfolin boleh merosakkan hati dan ginjal.
- Ammonia dalam pencuci tingkap adalah bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
- Butyl Cellosolve iaitu neurotoksin boleh merengsakan hidung.

Tetapi, pekatan pencuci Super Organik Basic H2 tidak mengandungi bahan-bahan di atas yang membahayakan anda sekeluarga.


Cara penggunaan Basic H2:

Hanya sedikit untuk bancuhan yang berkesan!



Hand Dish Wash Concetrate

Hand Dish Wash Concentrate ini memang special. Saya pun macam tak percaya dengan hanya beberapa titisan sudah cukup untuk mencuci segala pinggan mangkuk, kuali dan periuk! Kalau produk lain memang saya guna banyak tapi tidak dengan pencuci Shaklee ini. Paling seronok bila saya dapati pencucinya tidak membuatkan kulit tangan kering.

Keistimewaan Hand Dish Wash Concentrate
  • Bahannya adalah semulajadi dari tumbuh-tumbuhan seperti jagung dan kelapa.
  • Tahan lama kerana kepekatannya.
  • Hanya beberapa titisan mencuci pingan mangkuk yang penuh dalam satu sinki.
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak.
  • Lembut pada tangan.
  • Buih sabun yang tahan lama.
  • Tidak bertoksik.
  • PH seimbang.

 Siapa yang menggunakan GETS CLEAN produk dari Shaklee ini?

Mulanya Roger Barnett (keluarganya adalah pemilik Burberry dan Experian Credit Company) menggunakan GET CLEAN kerana anak lelakinya punya masalah asma. Setelah jatuh hati dengan Shaklee, beliau terus membeli Shaklee. Malah, seluruh White House juga menggunakan produk
Get Clean!
Harga pasaran:
Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate (16 oz) RM 46.00
Hand Dish Wash Concentrate (16 oz) RM 22.00

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  


No comments:

Post a Comment