Monday 9 June 2014

Tip Tingkatkan Sistem Imun


Makan Dengan Betul.

Jangan makan berlebihan, makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. 

Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti:
  • makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli.
  • makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kekacang dan bijirin.
  • bawang putih 
  • makanan yang kaya dengan zink seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu.
  • makanan yang mengandungi bioflavonoid seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • makanan yang kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi.
Bersenam Selalu.

Senaman yang konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki 5 kali seminggu selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam.

Senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.

Dapatkan Tidur Yang Secukupnya.

Tidur yang cukup dapat merangsangkan dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7 hingga 8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan daripada minuman berkaffein seperti kopi dan teh, tembakau dan arak.

Menguruskan Tekanan.

Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. 
Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam 2 cara, sama ada menghapuskan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun.

Oleh itu, luangkanlah masa untuk melepaskan stres beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktivit yang anda gemari.

Sumber dari artikel asal Isihat Mei 2014



Maklumat lanjut:
Vitamin C menguatkan sistem imun.
Vitamin E tinggi anti oksidan.
Manfaat Zink.
Bioflavonoid, bahan baru dalam Sustained Release Vita C Plus.
Khasiat bawang putih.
Karotena dalam Carotomax.



Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

No comments:

Post a Comment