Showing posts with label Kanser. Show all posts
Showing posts with label Kanser. Show all posts

Tuesday, 3 June 2014

Keistimewaan Vita - E Complex Shaklee.

Vitamin E yang paling lengkap di pasaran!

Vita-E Complex Shaklee mengandungi 400 IU vitamin E semulajadi yang diesktrak dari d-alpha tocopheryl iaitu dari minyak sayur-sayuran. Kebaikannya ialah ia mudah diserap oleh badan 2 kali ganda lebih mudah dari vitamin E sintetik. 

Kandungan lengkap dengan Selenium dan Ekstrak Biji Anggur.


Vita-E Complex mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E dengan lebih berkesan. Ia berfungsi memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.

Vitamin E dan Selenium berkerja sebagai anti oksidan yang menghalang dan melambatkan proses penuaan.

Selenium diperlukan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri. Lelaki memerlukan Selenium lebih berbanding wanita kerana separuh dari bekalan badan tertumpu pada testicle (zakar) dan mereka kehilangan selenium dari pengeluaran air mani.

Gabungan vitamin E dan Selenium menghasilkan pengeluaran sperma yang berkualiti.

Selenium juga dipercayai melambatkan atau menghentikan pembesaran kalenjar tiroid. Kajian mengenal pasti selenium membantu masalah kekurangan iodin bagi pesakit tiroid. Beguk (hyperthyroid) adalah petanda kekurangan iodin dalam badan.

Anda penggemar Anggur? Biji Anggur?

Biji anggur mengandungi vitamin E, flavonoid, asid linoleic, dan oligomeric proanthocyanidin complexes (OPCs) iaitu kuasa anti oksidan 20 kali lebih baik dari vitamin E sahaja dan 50 kali lebih baik dari vitamin C. Ia dipercayai membantu mencegah masalah jantung, kanser dan baik untuk awet muda.

Anti oksidan adalah bahan penting yang membantu memusnahkan radikal bebas yang merosakkan dan mematikan sel-sel badan kita. Radikal bebas membuatkan kita nampak tua dari umur sebenar dan punca kepada penyakit kronik.

Resveratrol adalah lagi satu bahan yang terdapat di dalam anggur. Ia sangat popular sebagai anti oksidan, menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol dan anti radang.

Menarik bukan? Pastikan anda dapatkan suplemen vitamin E yang terbaik!



Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Saturday, 10 May 2014

CoQ10, Tenaga Tanpa Batasan!


Bagaimana CoQ10 menghasilkan tenaga?

Dalam setiap sel  tubuh terdapat enjin selular yang dipanggil 'mitokondria' iaitu kilang penjana tenaga. Di sinilah makanan akan ditukarkan menjadi ATP (adenosine triphosphate) iaitu bahan kimia untuk menjana tenaga untuk sel tubuh badan. 

CoQ10 pula pemain utama di dalam proses menjana tenaga ini dan ia tidak boleh digantikan dengan nutrien yang lain. CoQ10 dikenali sebagai  ubiquinol iaitu sejenis enzim yang ada di setiap sel dalam badan. Hati kita menghasilkan ubiquinol ini dan mengubahnya kepada CoQ10 tetapi penghasilan ubiquinol yang berkualiti oleh hati akan menjadi semakin berkurangan apabila usia kita meningkat. Malah, pengambilan diet harian melalui makanan untuk memelihara paras CoQ10 adalah kurang daripada 10mg sehari.

Saraf, otot, jantung, hati, pankreas, buah pinggang dan sistem imun memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan baik, jadi ia memerlukan banyak mitokondria. Jika anda kekurangan CoQ10, penghasilan sel tenaga akan berkurangan dan menjadikan sel tubuh lemah dan anda rasa lekas letih dan radikal bebas lebih senang menyerang sewaktu sel-sel dalam keadaan lemah.

Oleh kerana tenaga adalah penting, kekurangan CoQ10 akan menuakan organ dalaman seperti jantung, hati, otak dan otot. Organ-organ ini bergantung pada penjanaan tenaga sepenuhnya untuk berfungsi dengan baik. Apabila sel organ-organ kita lemah, bukan saja kita rasa senang penat, sel-sel seperti sel sperma, sel telur, sel jantung dan sel otot semua tidak akan berfungsi secara normal. Bahaya bukan?

Tahukah anda?

Keperluaan CoQ10 meningkat bila individu mengalami tekanan kerana sel-sel tubuh menggunakan CoQ10 lebih banyak dan cepat.

Jika anda pengguna statin iaitu ubat yang digunakan oleh pesakit kolestrol untuk mengawal paras kolestrol, ia mengurangkan CoQ10 semulajadi dalam badan sehingga 50%!

Manfaat CoQ Health Plus
CoQ Health Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi dari campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.



Suplemen ini terkenal dalam memberikan kesan positif terhadap beberapa penyakit berikut:

  1. Sakit jantung
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Asma
  4. Migrain
  5. Parkinson
  6. Alzheimer
  7. Beberapa jenis kanser
CoQ10 juga dipercayai boleh membantu menghalang penuaan, meningkatkan tenaga minda, meningkatkan kesuburan dan memberi tenaga (energy booster) tanpa batasan!


Bukan mudah untuk mendapat jumlah 28mg CoQ10 melalui makanan harian.
Sel Sihat dan bertenaga akan memberikan perubahan ketara terhadap kesihatan dan tahap kecerdasan harian anda.

Harga runcit: RM 124.00 untuk 30 kapsul.

Rujukan: 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 
.

Friday, 11 April 2014

Beta Karotena, Provitamin A Karotenoid.


Beta Karotena Lebih Selamat Dari Vitamin A.
Vitamin A adalah sejenis vitamin larut lemak. Pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan ia terkumpul di hati dan kemudian mendatangkan kesan sampingan. Lain pula dengan Beta Karotena, pengambilan berlebihan tidak akan menyebabkan toksisiti seperti Vitamin A. Ahli saintis telah menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan Beta Karotena didapati selamat untuk pengambilan. Beta Karotena hanya akan ditukar oleh badan kepada Vitamin A apabila badan memerlukannya. Ianya selamat walaupun di dalam kuantiti yang besar.

Beta Karotena adalah kumpulan pigmen warna merah, oren dan kuning yang dikenali sebagai karotenoid. Ia dihasilkan dari rangkaian buah-buahan dan sayur-sayuran:


Carotomax mengandungi 6 jenis karotenoid penting iaitu Astaxanthin, Alpha Karotena, Beta Carotena, Lycopene, Lutein dan Zeaxanthin yang kaya dengan sifat anti oksidan yang lengkap. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsetrasi Beta Karotena di dalam darah. Ia perlu untuk:

1. Memelihara kesihatan mata secara keseluruhan.
2. Meningkatkan penglihatan pada waktu malam.
3. Memelihara kesihatan kulit.
4. Mencegah Kanser.

Berapa banyakkah Dos Beta Karotena yang disarankan:

Mengikut soal selidik, secara purata penduduk Amerika mengambil 2,500 IU Beta Karotena sehari. Pengambilan suplemen adalah lebih mudah kerana sukar untuk mendisiplinkan diri untuk mengambil dari sumber makanan setiap hari. Ini adalah kerana kebanyakan makanan yang mengandungi Beta Karotena adalah tidak sedap.


Untuk kesihatan am, dicadangkan 15-50mg (25,000 to 83,000 IU) sehari.

Mengapa perlu pilih Carotomax Vs. Jenama lain?

Sumber: Shaklee Malaysia
Alpha Carotene (1.5mg) :
Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.

Beta Karotena (3mg):
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Mempertingkatkan sistem imun badan.
Mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

Lycopene (5mg):
Bersifat anti-oksidan dan menghalang penuaan organ.
Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun.
Mengurangkan penyakit kalenjar prostat.

Astaxanthin (400mcg):
Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon yang lebih poten dan tulen.
Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

Lutein (5mg):
Menyekat pembentukan katarak, penyakit makular berkaitan umur (AMK) dan Glaukoma.

Zeaxanthin (200mcg):
Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek yang merbahaya.
Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.

Kebaikan & Manfaat Utama Carotomax:

1. Mempertingkatkan penglihatan mata.
Ia menghasilkan ungu visual yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia membantu mengatasi masalah rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism,xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.

2. Membantu meredakan penyakit kulit.
Seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat, pustule, scabies dan ulser kulit.

3. Melindungi Epithelial.
Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

4. Malawan Kanser dan Oksidasi. 
Pengambilan kerap Beta Karotena mengukuhkan sistme imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Mengurankan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

5. Menghalang jangkitan.
Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti, batuk, hepatitis, asma dan selsema.

6. Menggalakkan perkembangan tubuh yang sihat.
Merangsang perkembangan kanak-kanak dan remaja. Menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Membantu penghasilan sperma yang sihat. 

Bolehkah anda pastikan anda makan semua ini untuk mendapat khasiat yang sama dalam 1 kapsul Carotomax?
Sumber Karatenoid Utama dalam setiap kapsul Carotomax bersamaan dengan:-
Beta Carotene dalam hidangan 102 biji pisang.
Alpha Carotene dalam hidangan 89 biji raspberries.
Lycopene dalam hidangan 714 biji aprikot.
Astaxanthin dalam hidangan 113g ikan salmon.
Zeaxanthin & Lutein dalam hidangan 285 biji Limau Gedang (pink grapefruit).

Selain Carotomax, Vitamin A juga boleh didapati di dalam Shaklee Vita-Lea.

Harga pasaran: 
RM 74.00 (30 biji) 

Testimoni dari Pengguna-penguna Carotomax:

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

 

Friday, 7 February 2014

Vivix membantu Pesakit Kanser!

"Kajian menunjukkan resveratrol menghalang pembesaran kanser dalam tubuh manusia termasuk kanser payudara, prostat, perut, kolon, pankreas dan tiroid"
- Journal  of Cellular Physiology: Volume 226, Number 3, March 2011 - 

Kanser disebabkan oleh perubahan dalam gen yang mengawal pembesaran dan pemusnahan sel. Kanser boleh merosakkan tisu bersebelahan. Ia boleh merebak ke bahagian lain badan dan berkembang menjadi tumor baru.


Faktor Risiko Kanser

Merokok dan pendedahan terhadap bahan tembakau.
-Asap tembakau mengandungi sekurang-kurangnya 80 jenis penyebab kanser

Alkohol
-Meningkatkan risiko untuk kanser: peti suara, esafagus, hati, payu dara dan kemungkinan dalam kolon dan  rektrum.

Pendedahan berlebihan pada sinar matahari.
-Kerosakan akibat radiasi ultraviolet menyebabkan kanser kulit.

Pendedahan terhadap pencemaran dan toksik.

Faktor genetik.
-Sejarah keluarga adalah faktor risiko untuk kanser: payudara, ovari, kolon dan prostat.

8 Perkara yang perlu untuk mengurangkan risiko mendapat kanser:

(1) Elakkan produk tembakau, asap rokok dan alkohol.
(2) Capai dan kekalkan berat badan ideal.
(3) Bersenam selalu.
(4) Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran & bijiran penuh.
(5) Ambil langkah keselamatan bila berada di bawah matahari dan periksa kulit untuk apa-apa perubahan.
(6) Kurangkan pendedahan terhadap bahan karsinogen - zat yang menyebabkan kanser.
(7) Ketahui sejarah keluarga anda dan lakukan pemeriksaan : kanser payudara, kanser kolon dan rektal, kanser pangkal rahim dan kanser prostat
(8) Pilih supplemen anda dengan bijak.


Dianggarkan 40% daripada kesemua jenis kanser boleh dielakkan.

> Cadangan Suplemen untuk Pesakit Kanser:

(1) VIVIX  mengandungi resveratrol, berfungsi membaiki DNA yang rosak dan mengurangkan inflamasi. Antioksidan di dalam Vivix melambatkan kitaran sel dan kematian sel sekaligus melambatkan proses penuaan. 
Satu sudu besar Vivix mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wine merah! Tidak mengandungi alkohol dan Halal.

Vivix merupakan sumber rujukan hampir lebih 2,000 kajian yang telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal saintifik terkenal termasuk kajian oleh Universiti Harvard, National Institutes on Aging dan National Institute of Environmental Health Sciences.

Untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Vivix, sila klik sini.

Bagaimana Vivix membantu pesakit kanser?              
 - Ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan dan rawatan kemoterapi.
- Ia membantu pesakit kanser menghadapi kesan sampingan rawatan seperti kemoterapi dengan lebih baik.
-Ia meningkatkan sistem ketahanan badan bagi membolehkan pesakit melawan kanser.





VIVIX menyekat pertumbuhan sel-sel kanser dari merebak secara berkesan.



Akar Polygonum Cuspidatum adalah salah satu dari 4 bahan yang digunakan di dalam VIVIX, menghalang pembiakan sel barah.



(2) Nutriferon

Nutriferon menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan bagi meningkatkan kesihatan sistem imun bagi melawan sel-sel tumor dan kanser . Ia juga mampu mengurangkan ketidak selesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

(3) ACE Programme ( Carotomax, Vita-C dan Vita-E)

Ketiga-tiga vitamin di atas berfungsi untuk:

- Menguatkan sistem imun badan.
- Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas-toksin dan bahan pencemaran.
- Kajian telah menunjukkan karotenoid, vitamin C dan vitamin E boleh mengurangkan insiden kanser: 
paru-paru, pundi kencing, mulut, kerongkong, perut, esofagus, kolon-rektum, prostat, kepala, leher dan hati.

(4) Ostematrix

Ostematrix Shaklee lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D. Protein di dalam susu mampu  memperlahankan pertumbuhan sel kanser dengan memberi DNA lebih masa untuk membetulkan diri.  (sumber dari iSihat, Mac 2013).



Testimoni pesakit Kanser Payudara - Peringkat 4.
Kesihatannya bertambah baik selepas 2 minggu mengamalkan Vivix dan Anti Kanser program.
Jika anda berminat untuk mencuba Shaklee Vivix dan suplemen tambahan untuk kanser, anda boleh dapatkannya melalui saya, Farah.

Pembelian sebotol Vixiv melayakkan anda mendapat pos PERCUMA dari saya.

Sumber: Shaklee Malaysia

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak.