Showing posts with label Vitamin D. Show all posts
Showing posts with label Vitamin D. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

5 Suplemen Penting Untuk Kesihatan Lelaki

Kebiasaannya, kaum lelaki sungguh susah hendak berjumpa dengan doktor bila mereka jatuh sakit. Inikan pula nak suruh mereka mengamalkan suplemen. Samada lelaki itu suami, bapa atau teman lelaki anda, adalah amat penting bagi seorang lelaki untuk mengambil suplemen asas untuk kesihatan yang optimum. 

Sempena Hari Bapa yang akan datang ini, apa kata anda hadiahkan suplemen buat lelaki yang anda sayang itu. Galakkan mereka untuk mengamalkan suplemen untuk melengkapi kekurangan nutrisi dalam tubuh.

Mencegah kan lebih baik dari merawat. Masalah kesihatan yang selalu dihadapi oleh lelaki adalah seperti penyakit jantung, kencing manis,sakit sendi, ketidaksuburan, darah tinggi dan berat badan berlebihan.

Suplemen penting buat kesihatan lelaki dari Shaklee


Berikut adalah vitamin utama yang patut menjadi pilihan mereka:

1. Zinc untuk paras testosterone yang optimal

Paras testosterone seorang lelaki berkurangan kepada 3 faktor utama iaitu:

  • apabila usia meningkat, 
  • obesiti
  • tekanan atau stress
Adalah penting buat seorang lelaki mengekalkan paras testosterone yang seimbang kerana rendahnya testosterone akan berkait kepada masalah kemurungan, osteoporosis, obesiti dan penyakit jantung. Beri galakkan buat suami atau ayah anda mengambil suplemen Zinc Complex setiap hari kerana ia berfungsi untuk mengekalkan paras testosterone dalam darah dan merembeskan LH, iaitu hormon yang mendorong penghasilan testosterone.

Zinc juga menyekat penukaran testosterone ke estrogen.


2.Minyak ikan untuk kesihatan jantung dan prostat

Minyak ikan OmegaGuard adalah anti radang (anti inflamasi) dan pelindung buat jantung, otak, mata dan saluran darah. Ia membantu melindungi otak dari gangguan disebabkan tekanan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian dari Cancer Prevention Research, lelaki yang mengalami kanser prostat bila mengamalkan diet rendah lemak bersama suplemen minyak ikan, ia melewatkan pertumbuhan sel kanser. Perubahan ini dapat dilihat seawal 4 minggu.

Kajian lain pula menunjukkan minyak ikan berkebolehan untuk menurunkan paras triglerisida sebanyak 25-30%. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan kerosakkan otak yang teruk selepas terkena strok.

3. Antioksidan untuk anti-penuaan dan tekanan darah

Antioksidan seperti Sustained Release Vita-C, Vita-E Complex, CoQ Health Plus dan Vivix adalah suplemen penting untuk anti-penuaan dan memberi kesihatan menyeluruh. Suplemen-suplemen ini membantu mencegah kerosakan selular yang disebabkan oleh pencemaran, pendedahan pada matahari, tekanan dan proses metabolik oleh badan. 

Dalam satu kajian, lelaki yang mempunyai vitamin C yang tinggi dalam badan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser. 

Pengambilan CoQ Health Plus merendahkan tekanan darah dan menggalakkan paras ecSOD (Extracellular Superoxide Dismutase) iaitu enzim dalam badan yang melindungi saluran darah dari rosak dan meningkatkan kualiti sperma dan kesuburan. 

Vivix, kandungan polifenol yang diekstrak dari anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, lobak unggu dan Elderberry Europe menggalakkan penuaan yang lebih sihat dan dapat meningkat tenaga dalam badan.

Vitamin E bermanfaat dalam merawat kemandulan lelaki dan mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu ia bagus untuk mencantikkan kulit.

4. Sterol untuk kolestrol, tekanan dan imuniti.

Sterol dari tumbuh-tumbuhan membantu mengatur sistem imun. Jika sistem imun anda lemah, Sterol membantu menguatkannya dan melindung badan dari jangkitan. Jika sistem imun anda terlebih aktif, iaitu penyakit autoimmune atau alergik, Sterol akan membantu mengurangkan dari terlalu aktif. Mengawal sistem imun yang terlebih aktif membantu mengurangkan kerosakan pada sendi.

Kajian menunjukkan fitosterol menurunkan paras kolestrol dengan mencegah penyerapan kolestrol dalam usus. 

Kandungan fitosterol boleh didapati di dalam Phytocol - ST Shaklee yang terdiri daripada Sterol dan Stanol tumbuh-tumbuhan.

5. Vitamin D untuk kesihatan reproduktif dan testosterone

Vitamin D telah terbukti merendahkan insulin, memperbaiki paras serotonin, meningkatkan sistem imun, mengawal nafsu makan dan membantu mengurangkan lemak. 

Satu kajian yang dikendalikan di University Copenhagen menunjukkan pertalian vitamin D dan kesihatan reproduktif. Lelaki yang mengamalkan vitamin D mempunyai sperma motiliti yang baik. 

Kajian juga menunjukkan lelaki rendah testosterone mempunyai vitamin D yang rendah dalam badan.

Kandungan vitamin D boleh didapati di dalam Ostematrix Shaklee.

Reference: Chatelaine Magazine

Jom dapatkan pilihan vitamin anda dari saya sekarang!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Tuesday, 22 April 2014

Kekurangan Vitamin D Punca Berat Badan Tak Mau Turun!

Kekurangan nutrisi boleh mempengaruhi berat badan. Kajian yang disiarkan dalam Journal of Women's Health menunjukkan wanita dengan kadar vitamin D yang rendah cenderung mengalami kenaikan berat badan sekitar 1 kg atau lebih jika dibandingkan dengan wanita yang mendapat kadar vitamin D yang mencukupi.
(Kredit info dari RashiaVitamin.com)

Fungsi Vitamin D Dalam Menurunkan Berat Badan
Vitamin D memudahkan proses turun badan dengan mengawal gula dalam darah, tekanan darah dan menjadikan anda rasa lebih sihat. Apabila badan kita mendapat cukup Vitamin D, ia menghasilkan diri yang lebih ceria dan tenang dalam proses diet.

Penting ke Vitamin D?
Usaha anda untuk turun berat badan perlu digandakan untuk mendapat berat badan yang sama dengan individu yang mengambil suplemen Vitamin D.

Bagaimana Untuk Dapatkan Vitamin D?
  • makan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti susu yang telah difortikasikan dengan vitamin D,  margerin, yoghurt, kuning telur, ikan salmon, ikan tuna dan keju.
  • berjemur di bawah sinar matahari yang mencukupi antara jam 7 hingga 9 pagi untuk badan menghasilkan vitamin D semulajadi. Perlu lakukan ini 2 atau 3 kali seminggu selama 15 minit.
  • atau, lebih mudah ambil dalam bentuk suplemen.
Di Shaklee, Vitamin D boleh diperolehi dengan mengambil suplemen Ostematrix.


Selain daripada itu, vitamin D berfungsi:
  • meningkatkan kekebalan tubuh.
  • membunuh virus dan bakteria yang membahayakan tubuh.
  • membantu dalam penyerapan kalsium.
  • mencegah penyakit berbahaya seperti 
  • mengatur sistem saraf, sistem kardiovaskular dan otak.
  • mengelakkan kemurungan dan hipertensi.
  • meningkatkan kesihatan tulang.
  • memelihara metabolisma yang sihat.
  • menguatkan gigi dan mengelakkan gigi dari berlubang, mencegah kehausan enamel.
  • menurunkan risiko katarak.
  • meningkatkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.
Harga OsteMatrix  ( 120 tablets) : RM 61.00

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Sunday, 6 April 2014

Kelebihan & Kebaikan Ostematrix

Lebih daripada sekadar kalsium.

(1) Kandungan Ostematrix:



  • 1,000 mg (100% DV, Daily Value) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling concentrated dan mudah diserap.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang.
  • 400 IU Vitamin D (100% DV) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisma tulang.
  • Mangan, Copper dan Zink co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.
(2) Perbezaan Ostematrix dengan Jenama Kalsium yang lain:

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formula dalam Ostematrix adalah unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, mangan dan boron.
Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Kebanyakan suplemen kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, paling ketara ia menyebabkan sembelit. Dengan Ostematrix anda akan merasa kelainan dan kesan yang sangat cepat!

Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Selepas umur 40 tahun, kepadatan tulang mula menurun dengan cepat.

Ostematrix terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium. Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan suplemen. Dengan hanya 2 biji Ostematrix menyebabkan dalam peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam.


(3) Manfaat utama Ostematrix.
  • Menguatkan tulang - Kalsium mencegah osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), eczema, kekejangan, gusi berdarah.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, sakit sendi dan artritis,
  • Meringankan stress - Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saaf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki depresi dan sakit kepala. Risiko preeclampsia buat ibu mengandung dengan tekanan darah tinggi dapat dikurangkan.
  • Memperbaiki masalah PMS - meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - kalsium memastikan imbangan pH tubuh.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan masalah gastrik.
  • Dipercayai boleh mencegah cancer endometrium, pancreas dan colon. Menurut Dr. Atkins "with a daily 1,250mg of calcium carbonate, the proliferation (percambahan) of colonic epithelial cells decreases"
  • Vitamin D - meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal (gum disease), mampu merawat penyakit rickets. 
  • Magnesium - Ia penting di dalam suplemen kalsium kerana ia menghalang endapan kalsium menyebabkan batu karang atau batu hempedu. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan jantung.

Kekurangan kalsium di dalam badan boleh mengakibatkan:
- Kekejangan otot.
- Insomnia.
- Gigi rosak.
- Osteoporosis.
- Pertumbuhan terbantut.


Sumber rujukan : Shaklee Malaysia, Dr. Atkins.

Untuk merasai keunikan Ostematrix Shaklee atau berminat untuk jadi ahli Shaklee dan nikmati privillege ahli Shaklee, anda bolehlah hubungi saya untuk mendapatkannya.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u