Showing posts with label Nutriferon (Immune Booster). Show all posts
Showing posts with label Nutriferon (Immune Booster). Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

ESP + Nutriferon Meredakan Ekzema

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal. Ia berlaku kerana penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut dan membuatkan pesakit senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan kulit lebih teruk.

Salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan suplemen dari Shaklee. Vitamin-vitamin di Shaklee adalah selamat kerana bahannya berasaskan semulajadi.

Di bawah adalah testimoni dari seorang pengguna yang menggunakan ESP & Nutriferon untuk mengurangkan ekzema. Testimoni kredit kepada Nur dari Sinergi Vitamin.



Fungsi kedua-dua suplemen ini adalah:

(1) ESP Soy Protein Isolate Powder
ESP di dalam kes Ekzema, berfungsi untuk membantu mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit yang rosak dan merangsang penghasilan sel kulit baru dan sihat. Ia juga membantu memudarkan parut.

(2) Nutriferon 
Pesakit Ekzema dikaitkan dengan imuniti jadi Nutriferon disarankan untuk mengukuhkan sistem imun. Nutriferon dari Shaklee ini adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun secara keseluruhan dengan mengerahkan sistem pertahanan badan berfungsi untuk membunuh sel jahat.

Interferon memang sedia ada di dalam badan namun jika interferon kita kurang, tiada banyak sel T dapat dibebaskan untuk bertindak membunuh virus yang sedang menyerang sel. Jadi, Nutriferon akan memastikan interferon kita di tahap yang baik untuk melawan virus-virus ini.
Jika anda mempunyai masalah ekzema dan mahu mencuba Shaklee untuk menyelesaikan masalah ekzema, anda boleh hubungi kami di talian di bawah.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Sunday, 20 April 2014

Vitamin Untuk Bekalan Jemaah Haji Dan Umrah

Seronoknya mendengar perkabaran dari seorang rakan yang dia dan suami akan ke Mekah tak lama lagi untuk menunaikan umrah. Saya berharap suatu hari nanti, saya juga berpeluang untuk ke sana. Mana tahu, dengan usaha saya berniaga bersama Shaklee ini saya dapat ke sana nanti secara percuma! Amin!

Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk persediaan melakukan umrah bersama Shaklee:


1. Performance Drink - minuman isotonik yang tidak bergas, mengandungi campuran Elektrolit Opti-Lyte untuk membekalkan tenaga berterusan sepanjang menunaikan ibadah tanpa mengganggu tahap gula di dalam darah. Ia mencegah masalah penghidratan ketika berada di sana terutama waktu panas terik. 

2. B Complex - bertindak sebagai penjana tenaga melalui tindak balas glukosa dan memberi ketenangan kepada tubuh badan. Sepanjang anda beribadah di sana nanti, anda pasti mahu menggunakan masa sebaik-baiknya jadi kita akan lebih berjaga dari tidur. B Complex akan membantu tubuh kita untuk rasa bertenaga  dan tenteram walaupun kekurangan waktu tidur.

3. Sustained Release Vita C - mengukuhkan sistem imun badan kita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan penting dalam melawan penyakit.

4. OsteMatrix - penting untuk mencegah kaki dari merasa kebas dan kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan. Suplemen kalsium ini lengkap dengan Magnesium dan vitamin D yang membantu menghilankan lenguh-lenguh badan dan mendapat kualiti tidur yang baik walaupun tak cukup tidur.

5. Advanced Joint Health Tablet - penting untuk jemaah yang ada masalah sakit-sakit sendi. Jika anda mempunyai rawan yang haus terutama di lutut atau sakit lutut semasa berjalan, perlu ada AJHT ini. 

6. Nutriferon - alternatif kepada panadol dan pain killer. Ia berfungsi untuk meningkatkan paras interferon dalam badan secara semulajadi jadi dan menguatkan sistem imun dari demam dan selsema. InshaAllah.

7. ESP - minuman protein soya untuk sumber tenaga segera, rasa kenyang yang lebih lama dan rendah indeks glisemik. Ianya selamat untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. 


Vitamin-vitamin di atas juga sesuai dijadikan hadiah buat ibubapa anda yang  akan menjadi tetamu Allah, supaya mereka mendapat kemudahan dan kesihatan yang baik di sana.

Tak punya bajet yang besar? Saya akan utamakan vitamin yang perlu mengikut keadaan kesihatan anda. Hanya perlu hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saturday, 15 March 2014

Kekal Sihat Ketika Jerebu

Sedang kerajaan kita sibuk mencari MH370, Malaysia dilanda pula masalah jerebu. Jerebu ini dikatakan berpunca dari kebakaran di Muadzam Shah, Pekan dan Gambang di Pahang. Selangor mencatatkan kebakaran besar di sekitar Banting dan Hulu Selangor dan juga berlaku kebakaran di kawasan terpencil di Pantai Timur Johor.
Bacaan tertinggi IPU (Indeks Pencemaran Udara) untuk semalam, 14 March 2014 di kawasan Kuala Lumpur ialah 147 (tidak sihat). Pelabuhan Kelang mencecah IPU paling tinggi iaitu 358 (berbahaya) pada pukul 8 pagi. 
Bacaan IPU pada tahap 5-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).

Anda boleh rujuk link di sini, untuk dapatkan bacaan IPU yang rasmi dari Department of Environment.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:

(1) Kanak-kanak
(2) Orang tua
(3) Mereka yang mengalami penyakit: asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung dan alahan.
(4) Perokok
(5) Mereka yang sentiasa berkerja di luar pejabat atau rumah.

Tanda-tanda dan Gejala Kesan Jerebu:

(1) Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
(2) Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
(3) Mata terasa pedih dan berair
(4) Hidung berair dan kerap bersin.
(5) Kulit badan terasa gatal-gatal.
(6) Terasa sakit dada.

Pastikan anda mendapat rawatan dan nasihat doktor sekiranya anda mempunya tanda-tanda dan gejala di atas.

Alternatif, saya cadangkan jaga kesihatan anda dengan suplemen atau produk Shaklee sewaktu keadaan jerebu ini:


(1) Di nasihatkan supaya senantiasa meminum air yang banyak, tetapi air bersih juga boleh dicemari habuk halus. Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Ia merupakan sistem penapis jag yang menggunakan blok karbon yang boleh di isi semula. Ia berupaya menapis air 303 liter air bagi setiap turasan. Ia disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium, klorin dan bahan-bahan cemar yang lain. Rasa air yang dituras menggunakan Get Clean Water Pitcher ini lebih enak. Keistimewaan jag ini ialah saiznya yang kecil dan ringan, mudah di bawa ke mana-mana. Ia juga menjimatkan dan air tak perlu dimasak.

(2) Performance Drink membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penghidratan.

(3) Sustained Release Vita-C Plus 500mg, antioksidan yang kuat dan menyokong kesihatan imun, jantung, keutuhan sel dan kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

(4) OmegaGuard berfungsi sebagai anti radang untuk mengatasi masalah penyakit radang paru-paru, bronkitis, penyakit jantung dan alahan.

(5) Meal Shakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang sesuai diambil untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa yang sukar menelan pil.

(6) Chewable Vita-C Plus 100mg, sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet.

(7) Nutriferon, meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun. Ia adalah campuran ekstrak tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Selain itu, sentiasa pakai penutup hidung (nasal mask) bila anda di luar dan meminum air yang banyak. Jika boleh kurangkan aktiviti di luar rumah. Perokok juga dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat iaitu IPU yang melebihi 100.

Sumber Rujukan: Info Sihat; Shaklee Malaysia


*Berminat untuk dapatkan suplemen di atas? Order dari kami dan anda akan dapat konsultasi percuma secara berterusan dari saya, hanya untuk pelanggan Vitalife2u sahaja.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju & Jalan Maktab. Penghantaran melalui Poslaju seluruh Malaysia.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.

Friday, 7 February 2014

Vivix membantu Pesakit Kanser!

"Kajian menunjukkan resveratrol menghalang pembesaran kanser dalam tubuh manusia termasuk kanser payudara, prostat, perut, kolon, pankreas dan tiroid"
- Journal  of Cellular Physiology: Volume 226, Number 3, March 2011 - 

Kanser disebabkan oleh perubahan dalam gen yang mengawal pembesaran dan pemusnahan sel. Kanser boleh merosakkan tisu bersebelahan. Ia boleh merebak ke bahagian lain badan dan berkembang menjadi tumor baru.


Faktor Risiko Kanser

Merokok dan pendedahan terhadap bahan tembakau.
-Asap tembakau mengandungi sekurang-kurangnya 80 jenis penyebab kanser

Alkohol
-Meningkatkan risiko untuk kanser: peti suara, esafagus, hati, payu dara dan kemungkinan dalam kolon dan  rektrum.

Pendedahan berlebihan pada sinar matahari.
-Kerosakan akibat radiasi ultraviolet menyebabkan kanser kulit.

Pendedahan terhadap pencemaran dan toksik.

Faktor genetik.
-Sejarah keluarga adalah faktor risiko untuk kanser: payudara, ovari, kolon dan prostat.

8 Perkara yang perlu untuk mengurangkan risiko mendapat kanser:

(1) Elakkan produk tembakau, asap rokok dan alkohol.
(2) Capai dan kekalkan berat badan ideal.
(3) Bersenam selalu.
(4) Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran & bijiran penuh.
(5) Ambil langkah keselamatan bila berada di bawah matahari dan periksa kulit untuk apa-apa perubahan.
(6) Kurangkan pendedahan terhadap bahan karsinogen - zat yang menyebabkan kanser.
(7) Ketahui sejarah keluarga anda dan lakukan pemeriksaan : kanser payudara, kanser kolon dan rektal, kanser pangkal rahim dan kanser prostat
(8) Pilih supplemen anda dengan bijak.


Dianggarkan 40% daripada kesemua jenis kanser boleh dielakkan.

> Cadangan Suplemen untuk Pesakit Kanser:

(1) VIVIX  mengandungi resveratrol, berfungsi membaiki DNA yang rosak dan mengurangkan inflamasi. Antioksidan di dalam Vivix melambatkan kitaran sel dan kematian sel sekaligus melambatkan proses penuaan. 
Satu sudu besar Vivix mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wine merah! Tidak mengandungi alkohol dan Halal.

Vivix merupakan sumber rujukan hampir lebih 2,000 kajian yang telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal saintifik terkenal termasuk kajian oleh Universiti Harvard, National Institutes on Aging dan National Institute of Environmental Health Sciences.

Untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Vivix, sila klik sini.

Bagaimana Vivix membantu pesakit kanser?              
 - Ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan dan rawatan kemoterapi.
- Ia membantu pesakit kanser menghadapi kesan sampingan rawatan seperti kemoterapi dengan lebih baik.
-Ia meningkatkan sistem ketahanan badan bagi membolehkan pesakit melawan kanser.





VIVIX menyekat pertumbuhan sel-sel kanser dari merebak secara berkesan.



Akar Polygonum Cuspidatum adalah salah satu dari 4 bahan yang digunakan di dalam VIVIX, menghalang pembiakan sel barah.



(2) Nutriferon

Nutriferon menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan bagi meningkatkan kesihatan sistem imun bagi melawan sel-sel tumor dan kanser . Ia juga mampu mengurangkan ketidak selesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

(3) ACE Programme ( Carotomax, Vita-C dan Vita-E)

Ketiga-tiga vitamin di atas berfungsi untuk:

- Menguatkan sistem imun badan.
- Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas-toksin dan bahan pencemaran.
- Kajian telah menunjukkan karotenoid, vitamin C dan vitamin E boleh mengurangkan insiden kanser: 
paru-paru, pundi kencing, mulut, kerongkong, perut, esofagus, kolon-rektum, prostat, kepala, leher dan hati.

(4) Ostematrix

Ostematrix Shaklee lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D. Protein di dalam susu mampu  memperlahankan pertumbuhan sel kanser dengan memberi DNA lebih masa untuk membetulkan diri.  (sumber dari iSihat, Mac 2013).



Testimoni pesakit Kanser Payudara - Peringkat 4.
Kesihatannya bertambah baik selepas 2 minggu mengamalkan Vivix dan Anti Kanser program.
Jika anda berminat untuk mencuba Shaklee Vivix dan suplemen tambahan untuk kanser, anda boleh dapatkannya melalui saya, Farah.

Pembelian sebotol Vixiv melayakkan anda mendapat pos PERCUMA dari saya.

Sumber: Shaklee Malaysia

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 


Monday, 16 December 2013

Testimoni: Set Immune Booster

Awal minggu lepas, suami saya terkena demam yang sangat teruk, batuk-batuk dan suhu badannya tidak mahu turun. Saya dah mula risau sebab selalunya saya pun akan demam kerana antibodi saya lemah. Dah mula terdetik, jika saya demam kesian pada anak-anak saya nanti. Anak-anak saya masih kecil berumur 4 tahun dan 2 tahun. Mana nak kemas rumah lagi dengan masak lagi. Kemudian hati saya tergerak untuk cuba Nutriferon, Garlic bersama Vita C 500mg dari Shaklee. Ini bukan kerana saya takut nak demam tapi sebab niat nak kena kuat untuk anak-anak dan suami saya. Kebetulan anak paling muda saya yang 2 tahun dah mula tunjuk tanda-tanda mahu demam. 

Apa yang terjadi pada saya lepas pengambilan vitamin-vitamin tersebut?

Saya seorang sahaja yang gagah berani tidak terkena demam minggu tu! Memang ajaib. Adalah juga tanda-tanda saya nak demam seperti hidung mula gatal-gatal dan bersin satu malam tu tapi demam tak menjadi. Seperti yang dijangkakan, anak-anak saya pun demam tapi kerana yang 2 tahun itu masih menyusu badan jadi tempoh pemulihan dia cuba mengambil masa dua hari (selalunya seminggu). Kemudian kakaknya pula demam tinggi,  tapi masih terkawal kerana dia saya berikan minuman susu Meal Shake dan Chewable Vita C Plus juga dari Shaklee. Oh! Ayahnya memang 7 hari 'down with fever' sebab dia berhenti ambil Shaklee suplemen sewaktu demam.

Mari kita tengok khasiat 3 gabungan vitamin-vitamin ini:

NutriFeron
NutriFeron adalah formula eksklusif dan di paten oleh Shaklee. Hanya boleh didapati dari Shaklee sahaja. Ia berfungsi menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan Interferon semulajadi di dalam badan. NutriFeron dihasilkan dengan kombinasi 4 tumbuhan semulajadi iaitu:

(1) Biji Labu - merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh dan menentang radikal bebas termasuk faktor penyebab kanser.

(2) Benih Plantago - mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

(3) Kuntuman bunga Honeysuckle Jepun - menentang pencerobohan virus dan kuman.

(4) Bunga Safflower - menghasil dan memperkuatkan keupayaan makforaj memusnahkan virus dan kuman.

Garlic Complex
Shaklee Garlic Complex merupakan satu formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen  semulajadi 'Alisin' yang mempunyai pelbagai manfaat. Alisin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria yang anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 

Garlix Complex menggabungkan Rosemary dan Spearmint bagi meningkatkan lagi kuasa antioksida.

Vitamin C
2 produk Vitamin C oleh Shaklee:

(1) Sustained Release Vita-C Plus 500mg 
Daripada ekstrak kanji jagung, sumber semulajadi vitamin C. Keistimewaan vitamin ini ia kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam. Ia membantu mencegah jangkitan selsema.

(2) Chewable Vita C Plus 100mg
Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak yang sukar makan pil. 1 biji Chewable Vita C Plus ini bersamaan 1/2 biji oren.

Testimoni Set Immune Booster:
Ini adalah salah satu lagi testimoni yang saya ambil dari FB Shaklee Exclusive Pitstop:



Sumber rujukan: GenkiMomma, FB Shaklee Exclusive Pitstop

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com