Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Testimoni : Suami Tegur Kulit Badan Lembut!

Selalunya saya didatangi bakal pembeli Shaklee yang mahukan vitamin untuk membantu masalah kesihatan mereka. Contohnya, untuk mengurangkan berat badan saya akan cadangkan Lecithin/ OmegaGuard dan Alfalfa Complex, ada masalah tekanan darah tinggi ambil OmegaGuard, ibu mengandung saya sarankan pengambilan ESP, kurangkan masalah senggugut dengan GLA Complex dan sebagainya.

Tanpa mereka sedari, suplemen yang mereka ambil ini punya kebaikan untuk kesihatan yang lain. 

Mari kita lihat testimoni pengguna Shaklee ini:

Testimoni kredit : Ratu Nutrisi
Di bawah adalah suplemen Shaklee yang diambil oleh saudari ini. Jadi, bagaimanakah suplemen ini membantu dalam mencantikkan kulit?

Saya terangkan secara ringkas kebaikan vitamin yang telah diambil oleh saudari ini:

ESP -Salah satu manfaat ESP untuk kulit ialah ia membantu memperbaharui dan membina sel, tisu kulit, rambut, kuku, otot dan organ. Ia menjadikan kulit lebih anjal, gebu dan mengurangkan parut-parut di muka dan badan. 

Vita E Complex - Suplemen anti oksidan yang melembapkan kulit kering, mengatasi masalah jerawat dan memperbaiki parut. Bahan Selenium di dalamnya melindungi kulit secara semulajadi dari kerosakan sinaran matahari. 

GLA Complex - GLA Shaklee diesktrak daripada minyak borage adalah 3 kali ganda lebih berkesan daripada EPO biasa. Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E. Kebaikannya ialah ia menyeimbangkan hormon untuk kulit cantik, sihat dan berseri, menguatkan kuku dan rambut. Ia juga dapat membantu masalah eczema.

OmegaGuard - Minyak ikan Omega-3 yang diperkaya dengan EPA dan DHA membantu melambatkan kesan penuaan akibat daripada sinaran UV matahari. Ia membentuk lapisan pelindung dalam kulit untuk mengurangkan kehilangan lembapan kulit. Ia juga mencegah inflamasi pada kulit bermasalah seperti eczema dan ruam dengan mengurangkan simptom-simptom kemerahan pada kulit. 

Alfalfa Complex - Alfalfa mendetoksifikasi tubuh dengan membersih usus dan darah. Jika tubuh bersih dari zat-zat radikal bebas maka banyak manfaat yang anda akan perolehi. Kulit pun menjadi lebih sihat dan cerah.

Lecithin - Diesktrak dari kacang soya organik, non GMO. Kebaikannya untuk kulit ialah ia membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma dan melambatkan penuaan. Ia juga memperbaiki alergi kulit (dermatitis)

Inilah bagusnya apabila anda makan suplemen, ia bukan khusus untuk satu tujuan tetapi secara tak langsung ia menjaga kesihatan anda yang lain.

Dapatkan konsultasi berterusan apabila anda mendapatkan produk Shaklee dari saya.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com

>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Thursday, 6 March 2014

Minyak Ikan Omega-3 Bantu Tekanan Darah Tinggi

Saya hendak berkongsi pengalaman seorang sahabat saya yang baru-baru ini telah selamat melahirkan seorang cahaya mata. Tahniah buat dia. Sewaktu dalam pantang,bacaan tekanan darah dia teramatlah tinggi  iaiatu 197/115 (category Hypertensive Crisis). Jadi saya telah mencadangkan OmegaGuard buat dia. 

Pagi ini dia beritahu saya bacaan tekanan darahnya sudah turun ke 130/70. Alhamdulillah dengan izin tuhan dan dia konsisten makan ubat doktor dan OmegaGuard. Selain OmegaGuard, dia juga ambil Lecithin untuk turunkan berat badan.

Mari kita tengok komen dia:


Testimoni: Shaklee OmegaGuard & Lecithin

Apakah itu Darah Tinggi?

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Darah dalam badan kita dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah tinggi kita.

Tekanan darah dicatat dalam 2 angka. Angka pertama dikenali sebagai tekanan darah sistolik mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka kedua dibawah pula dikenali sebgai tekanan darah diastolik yang mengukur tekanan apabila jantung berehat.

120/80 mm HG
(dibaca sebagai 120 over 80 milimiters over mercury)

Sumber dari: www.heart.org

Tekanan darah kita berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam seharian aktiviti kita dan ia perlu dipantau beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat. 

Bila anda dikatakan mendapat tekanan darah tinggi, ia bermaksud salauran darah telah menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Darah pula akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluanya ke tisu badan. Lama kelamaan mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Jadi, bila jantung terpaksa berkerja keras,tekanan darah akan tercatat lebih tinggi walaupun dalam masa tenang. 

(Sumber: http://jknselangor.moh.gov.my/)

Bagaimana OmegaGuard membantu pesakit Tekanan Darah Tinggi/ Hipertensi?

Omega-3 di dalam OmegaGuard membantu menurunkan paras trigliserida, kolestrol jahat iaitu LDL dan memelihara kolestrol baik iaitu HDL. Ia juga memperlahankan pemendapan kolestrol pada dinding saluran darah dan mengurangkan kerosakan arteri melalui sifatnya sebagai anti radang.
Di samping itu, Omega-3 mencegah pembentukan plague dalam arteri yang menyebabkan pembentukan darah beku. Ini mengurangkan risiko seseorang mendapat tekanan darah tinggi dan sakit jantung. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan Shaklee OmegaGuard, boleh klik di sini.

Beberapa kajian klinikal telah menunjukkan Omega-3 berjaya menurunkan tekanan darah pesakit. Kajian analisa mendapati pengambilan minyak ikan walaupun serendah 3 gram atau lebih sehari, berpotensi menurunkan tekanan darah pesakit.

Tekanan darah tinggi dikenali sebagai Pembunuh Senyap kerana ia tidak menunjukkan tanda-tanda. Ia boleh mengancam nyawa seseorang jika tidak dirawat. Pesakit tekanan darah tinggi mempunyai risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ yang lain. 

Nasihat saya, jika anda mempunyai orang yang terdekat mempunyai sakit tekanan darah tinggi, saya cadangkan pengambilan Vivix. Kenapa saya tidak syorkan Vivix pada kawan saya tadi? Vivix tidak sesuai untuk perempuan mengandung dan menyusu badan. Jadi alternatifnya ialah OmegaGuard. Saya syorkan untuk anda yang mementingkan kesihatan untuk amalkan pengambilan OmegaGuard dalam diet seharian anda.

*Berminat untuk dapatkan OmegaGuard atau Vivix? Order dari kami dan anda akan dapat konsultasi percuma secara berterusan dari saya, hanya untuk pelanggan Vitalife2u sahaja.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju & Jalan Maktab. Penghantaran melalui Poslaju seluruh Malaysia.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.

Wednesday, 22 January 2014

Shaklee Malaysia Halal Atau Tidak?

Isu halal ke atas produk Shaklee timbul apabila ada yang was-was apabila mengetahui kesemua produk Shaklee diimport dari USA. Kemudian ditambah lagi, apabila dapat tahu produk Shaklee yang berkapsul dibuat daripada Bovine Gelatin. Ha! Mari saya terangkan satu persatu supaya segala perasaan was-was anda bertukar kepada 'Saya YAKIN produk Shaklee adalah HALAL'.

Sijil Halal Shaklee

Jika di Malaysia kita ada JAKIM, di USA mereka ada 2 badan, iaitu:

(1) Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
(2) Islamic Services of America (ISA) - Badan yang telah keluarkan sijil halal untuk Shaklee USA

Sijil Halal Produk Shaklee untuk tahun 2013 di bawah telah dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA), yang telah pun diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):



Sila klik Shaklee Malaysia jika mahu lihat imej sijil ini dengan lebih jelas.

Sijil halal dari ISA ini sah sehingga 31 Disember 2013 dan akan diperbaharui setiap tahun dalam bulan Februari. Oleh itu, sijil halal untuk 2014 akan di update di laman Shaklee Malaysia tidak lama lagi.

Islamic Services of America (ISA)

Di bawah ialah bukti bahawa ISA telah diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh semak sendiri senarai penuh badan Islam di luar negara yang disahkan oleh JAKIM di sini.

ISA juga telah mengesahkan yang mereka telah mendapat akreditasi halal dari JAKIM yang boleh di semak di sini.


Ok. Masih ragu-ragu? Saya juga mendapat tahu ada segelintir anda yang mahu kepastian telah cuba menghubungi JAKIM sendiri. Saya tekankan sekali lagi, JAKIM tidak mengeluarkan Sjiil Halal buat Shaklee Malaysia kerana produk Shaklee telah mendapat Sijil Halal dari ISA yang telah pun diiktiraf oleh pihak JAKIM sendiri.  

Di bawah adalah penjelasan yang telah diberikan oleh JAKIM dari Facebook FanPage mereka:

Status kami perolehi dari FanPage JAKIM di Facebook.

Bovine Gelatine

Senarai jenis-jenis gelatin yang digunakan oleh industri perubatan ialah:

- Bovine Gelatine (lembu)
- Porcine Gelatine (khinzir)
- Avian Gelatine (burung)
- Fish Gelatine (ikan)
- Human Gelatine (manusia)
- Vegetable Gelatine (sayur-sayuran)

Produk Shaklee yang berkapsul menggunakan Bovine Gelatine ialah: 

Lecithin, OmegaGuard, CarotoMax, Vitamin E Complex, GLA Complex & CoQ Health Plus.


Kesemua produk Shaklee yang diimport dari USA buat pasaran Malaysia telah disahkan HALAL. Ini bermaksud, isu bovine Gelatine (yang mungkin tidak disembelih mengikut cara Islam) dan isu produk Shaklee dibuat dari USA adalah diyakini HALAL.

Saya harap maklumat ini jelas. Anda patut yakin yang produk Shaklee Malaysia adalah 100% Halal. 

Jika berminat untuk membeli produk Shaklee, sila hubungi nombor saya di bawah. 

Sumber: GenkiMomma

☆Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>PM di Facebook Vitalife2u
>Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 

Sunday, 12 January 2014

Kegemukan Mengundang Pelbagai Penyakit

Kegemukan terjadi ketika jumlah cadangan lemak dalam tubuh berlebih. Jika dibiarkan, ia akan sampai kepada kes obesiti. Ibarat lampu lalu lintas, kegemukan itu lampu kuning memperingatkan anda untuk berhati-hati.



11 sebab kenapa anda perlu kurangkan berat badan:

(1) Wanita gemuk terdedah kepada risiko kanser endometrial (kandungan) & payudara. 

(2) Mereka yang gemuk & berperut besar di usia 40an, terdedah kepada penyakit dementia. Di mana otak gagal berfungsi dengan baik, punca hilang ingatan dan tidak waras. 

(3) Kegemukan terdedah kepada diabetes. Lebihan lemak akan mempengaruhi kemampuan tubuh menyeimbangkan gula darah.

(4) Kegemukan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Lebihan lemak akan meningkatkan tahap kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan trigliserida. Dalam masa yang panjang, lemak darah ini akan membentuk timbunan lemak (plak) pada arteri iaitu punca penyakit jantung koroner & strok.

(5) Kegemukan membuat seseorang itu rasa tertekan (depress).

(6) Wanita gemuk paling senang mengalami sakit badan bila melakukan senaman. 

(7) Wanita gemuk adalah 2 kali lebih berisiko mendapat gangguan di kawasan pundi kencing (pelvic floor disorder) dari wanita biasa. Masalah selalu dihadapi oleh wanita gemuk ialah tidak dapat menahan kencing dan selalu mengalami kebocoran(urinary incontinence).

(8) Kegemukan menyebabkan buah pinggan rosak (Chronic Renal Failure). Wanita lebih berisiko tinggi terdedah kepada CRF berbanding dengan lelaki.

(9) Terpaksa menanggung kos perubatan yang mahal. Pesakit diabetes mempunyai perbelanjaan yang besar untuk kos perubatan mereka.

(10) Kegemukan terdedah kepada penyakit asma. Malah, ubat glucocorticoids yang membantu masalah semput didapati kurang berkesan kepada pesakit yang gemuk.

(11) Kegemukan akan selalu mengalami tekanan di bahagian sendi dan terdedah kepada penyakit Arthritis.

Demi kesihatan anda, walaupun dengan menurunkan berat badan sebanyak 10% saja mampu memberi kesan positif pada kesihatan anda.

Di Shaklee kita ada suplemen vitamin untuk membantu anda mengurangkan berat badan tetapi perlu diingatkan, bergantung hanya pada vitamin tanpa melakukan senaman dan mengurangkan pemakanan tidak akan membantu anda. Jadi, anda kena tukar kepada gaya hidup lebih sihat dan bersemangat untuk turunkan berat badan.

Vitamin berikut dipercayai membantu dalam mengurangkan berat badan:

HerbLax - Membantu membuang toksin dalam badan dan melancarkan pembuangan
Lecithin - Berfungsi memecahkan lemak berlebihan dalam badan
OmegaGuard - Membakar lemak. 
Alfalfa Complex - fiber yang mengangkut lemak yang telah diemulsi oleh Lecithin/ OmegaGuard keluar dari badan
Cinch Shake - Protein diperlukan untuk membina otot dan menahan diri dari lapar. Mengelakkan kulit geleber sewaktu berdiet.

Vitamin/ Suplemen di atas adalah set lengkap yang baik jika diambil semua sekaligus. Walaupun begitu tak semua yang mahu berbelanja besar atau tidak punya budget yang cukup. Oleh itu, kita ada Set Slimming Budget yang tak kurang hebatnya. 

Gambar ihsan dari Google Search. Testimonial credit: IbuHakimHaikal.
Set Slimming Budget terdiri daripada HerbLax, Lecithin & Alfaflfa Complex. Sempena promosi Januari 2014, anda boleh dapatkan set ini pada harga ISTIMEWA.

Konsultasi akan diberikan secara percuma dan berterusan. 

Sumber: AllYou

*Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
PM di Facebook Vitalife2u
SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
Email: nfarahr@gmail.com
Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 

Friday, 13 December 2013

Testimoni : Set Slimming

Testimoni Credit: Shaklee Exclusive PitStop

Customer ini telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg dalam 2 minggu. Vitamin-vitamin yang diamalkan secara konsisten adalah seperti berikut:

OmegaGuard: Omega-3 adalah lemak baik untuk kesihatan dan membantu mengurangkan berat badan. Omega-3 membakar lemak badan dengan 3 cara berbeza:
(1) Membakar lemak sewaktu pembakaran lemak oleh badan telah berhenti, contohnya selepas memakan makanan yang tinggi karbohidrat, selepas melakukan senaman yang intense. Waktu ini badan lebih memilih untuk membakar glycogen dari lemak.
(2) Omega-3 membuat badan lebih sensitif  kepada insulin. Bila badan sensitif kepada insulin, penghasilan insulin akan dikurangkan sewaktu makan dan ini bermakna kurang lemak disimpan oleh badan.
(3) Omega-3 meningkatkan haba dalam badan, membakar lemak lebih banyak untuk menghasilkan tenaga.

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan  membantu lemak terapung dalam darah kemudian mencegah lemak dari melekat di dinding membran.   Selain menguruskan badan, Lecithin mengandungi kolina yang membantu menguatkan memori, melembapkan kulit dan menyinarkan rambut.


Alfalfa Complex ialah stor bagi nutrient. Ia kaya dengan zat dan mineral, klorofil, vitamin A, C, E, kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa memperbaiki masalah saluran penghadaman, menyingkirkan lemak dan kolestrol. Bukan itu sahaja, ia mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.


Sumber rujukan: www.katloterzo.com

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Wednesday, 20 November 2013

Set Slimming Shaklee - Budget

Akhir-akhir ini, banyak info tentang obesiti di media yang bertujuan untuk memberikan kesedaran bahawa obesiti membahayakan kesihatan. Obesiti ditonjolkan sebagai penyakit kerana kajian menunjukkan kegemukan adalah salah satu faktor penyebab penyakit seperti kemandulan, diabetis, darah tinggi, sakit jantung, sakit sendi dan kanser.

Tujuan penekanan ini bukan untuk memberi implikasi negatif seperti diskriminasi tetapi menyuruh kita mengambil tindakan sebelum penyakit lebih serius timbul di kemudian hari.

Menurut Mstar online:

  • Malaysia menduduki tempat ke-6 di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti & mendahului senarai di Asia Tenggara untuk kedua-duanya: Obesiti & Kencing Manis.
  • Terdapat kira-kira 3 juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira 5 juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat kencing manis.
  • Gaya hidup tidak aktif adalah faktor utama bagi peningkatan angka ini.
  • Statistik menunjukkan kanak-kanak montel akan membesar menjadi dewasa obes jika langkah pencegahan tidak diambil dari awal.

Di sini saya nak kongsikan dengan anda SET SLIMMING BUDGET

Berita gembira, anda BOLEH kurangkan berat badan anda dengan cara yang SIHAT dan  SELAMAT  dengan harga mampu milik. 


Set Slimming Budget yang mampu dimiliki oleh anda.

Fungsi setiap suplemen yang dicadangkan adalah seperti berikut :

DETOX dengan Herb-Lax
-mengandungi campuran proprietari daun senna dan herba-herba yang lain
-merupakan julap lembut, pelawas sejak turun temurun
-membantu anda yang mempunyai masalah sembelit
-menyahtoksin badan
-membantu dalam penurunan berat badan

PECAH LEMAK dengan Lecithin
-berfungsi sebagai pemecah lemak dan mencairkan kolestrol di dalam badan & yang tersendat di saluran darah
-menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)
-untuk proses metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah.
-badan kita tidak boleh menghasilkan asid linolik (essential fatty acid) jadi ia perlu diambil melalui diet harian

ANGKUT KELUAR LEMAK dengan Alfalfa Complex
-Alfalfa adalah diuretik semulajadi dan penyahtoksin badan
-mengawal kolestrol dalam darah
-menghapuskan kolestrol jahat (LDL) dari tubuh
-mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
-bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah 
-merawat masalah sembelit
-membantu masalah penghadaman

------------------------------------------
TESTIMONIAL SET SLIMMING BUDGET:
------------------------------------------
Testimonial source from GENKI MOMMA

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com