Showing posts with label Vita C 500mg. Show all posts
Showing posts with label Vita C 500mg. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

5 Suplemen Penting Untuk Kesihatan Lelaki

Kebiasaannya, kaum lelaki sungguh susah hendak berjumpa dengan doktor bila mereka jatuh sakit. Inikan pula nak suruh mereka mengamalkan suplemen. Samada lelaki itu suami, bapa atau teman lelaki anda, adalah amat penting bagi seorang lelaki untuk mengambil suplemen asas untuk kesihatan yang optimum. 

Sempena Hari Bapa yang akan datang ini, apa kata anda hadiahkan suplemen buat lelaki yang anda sayang itu. Galakkan mereka untuk mengamalkan suplemen untuk melengkapi kekurangan nutrisi dalam tubuh.

Mencegah kan lebih baik dari merawat. Masalah kesihatan yang selalu dihadapi oleh lelaki adalah seperti penyakit jantung, kencing manis,sakit sendi, ketidaksuburan, darah tinggi dan berat badan berlebihan.

Suplemen penting buat kesihatan lelaki dari Shaklee


Berikut adalah vitamin utama yang patut menjadi pilihan mereka:

1. Zinc untuk paras testosterone yang optimal

Paras testosterone seorang lelaki berkurangan kepada 3 faktor utama iaitu:

  • apabila usia meningkat, 
  • obesiti
  • tekanan atau stress
Adalah penting buat seorang lelaki mengekalkan paras testosterone yang seimbang kerana rendahnya testosterone akan berkait kepada masalah kemurungan, osteoporosis, obesiti dan penyakit jantung. Beri galakkan buat suami atau ayah anda mengambil suplemen Zinc Complex setiap hari kerana ia berfungsi untuk mengekalkan paras testosterone dalam darah dan merembeskan LH, iaitu hormon yang mendorong penghasilan testosterone.

Zinc juga menyekat penukaran testosterone ke estrogen.


2.Minyak ikan untuk kesihatan jantung dan prostat

Minyak ikan OmegaGuard adalah anti radang (anti inflamasi) dan pelindung buat jantung, otak, mata dan saluran darah. Ia membantu melindungi otak dari gangguan disebabkan tekanan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian dari Cancer Prevention Research, lelaki yang mengalami kanser prostat bila mengamalkan diet rendah lemak bersama suplemen minyak ikan, ia melewatkan pertumbuhan sel kanser. Perubahan ini dapat dilihat seawal 4 minggu.

Kajian lain pula menunjukkan minyak ikan berkebolehan untuk menurunkan paras triglerisida sebanyak 25-30%. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan kerosakkan otak yang teruk selepas terkena strok.

3. Antioksidan untuk anti-penuaan dan tekanan darah

Antioksidan seperti Sustained Release Vita-C, Vita-E Complex, CoQ Health Plus dan Vivix adalah suplemen penting untuk anti-penuaan dan memberi kesihatan menyeluruh. Suplemen-suplemen ini membantu mencegah kerosakan selular yang disebabkan oleh pencemaran, pendedahan pada matahari, tekanan dan proses metabolik oleh badan. 

Dalam satu kajian, lelaki yang mempunyai vitamin C yang tinggi dalam badan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser. 

Pengambilan CoQ Health Plus merendahkan tekanan darah dan menggalakkan paras ecSOD (Extracellular Superoxide Dismutase) iaitu enzim dalam badan yang melindungi saluran darah dari rosak dan meningkatkan kualiti sperma dan kesuburan. 

Vivix, kandungan polifenol yang diekstrak dari anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, lobak unggu dan Elderberry Europe menggalakkan penuaan yang lebih sihat dan dapat meningkat tenaga dalam badan.

Vitamin E bermanfaat dalam merawat kemandulan lelaki dan mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu ia bagus untuk mencantikkan kulit.

4. Sterol untuk kolestrol, tekanan dan imuniti.

Sterol dari tumbuh-tumbuhan membantu mengatur sistem imun. Jika sistem imun anda lemah, Sterol membantu menguatkannya dan melindung badan dari jangkitan. Jika sistem imun anda terlebih aktif, iaitu penyakit autoimmune atau alergik, Sterol akan membantu mengurangkan dari terlalu aktif. Mengawal sistem imun yang terlebih aktif membantu mengurangkan kerosakan pada sendi.

Kajian menunjukkan fitosterol menurunkan paras kolestrol dengan mencegah penyerapan kolestrol dalam usus. 

Kandungan fitosterol boleh didapati di dalam Phytocol - ST Shaklee yang terdiri daripada Sterol dan Stanol tumbuh-tumbuhan.

5. Vitamin D untuk kesihatan reproduktif dan testosterone

Vitamin D telah terbukti merendahkan insulin, memperbaiki paras serotonin, meningkatkan sistem imun, mengawal nafsu makan dan membantu mengurangkan lemak. 

Satu kajian yang dikendalikan di University Copenhagen menunjukkan pertalian vitamin D dan kesihatan reproduktif. Lelaki yang mengamalkan vitamin D mempunyai sperma motiliti yang baik. 

Kajian juga menunjukkan lelaki rendah testosterone mempunyai vitamin D yang rendah dalam badan.

Kandungan vitamin D boleh didapati di dalam Ostematrix Shaklee.

Reference: Chatelaine Magazine

Jom dapatkan pilihan vitamin anda dari saya sekarang!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Friday, 6 June 2014

Tip Untuk Kulit Cantik dan Berseri.

Anda impikan kulit cantik, bersih tanpa jerawat di hari raya nanti? 

Berita baik buat yang menginginkan suplemen kecantikkan kulit Shaklee. Promosi Beli 6, PERCUMA 1 sedang berlangsung buat Vita-E Complex. Anda berpeluang untuk berjimat sehingga RM 400++ berserta keahlian Shaklee seumur hidup secara PERCUMA!

Dapatkan Set Asas Untuk Kecantikkan Kulit sekarang! Kenapa sekarang?

Sel kulit berganti dalam masa 2 hingga 4 minggu. Anda memerlukan masa 28 hari untuk menampakkan kesan yang anda mahukan. Jangan tunggu lama-lama.



Set ASAS untuk Kecantikkan Kulit :

(1) Vita - E Complex

  • Vitamin E ialah vitamin larut lemak yang mengandungi anti oksidan. Kulit akan mengeluarkan vitamin E dari sebum yang kemudian akan meliputi seluruh permukaan kulit untuk melindungi kulit kita. Pengeluaran minyak ini berlaku selepas 7 hari pengambilan vitamin E.
  • Ia mujarab sebagai agen anti inflamasi, melindungi kulit dari radikal bebas dan mengaktifkan oksigen.
  • Kandungan selenium dalam Vita-E Complex Shaklee memainkan peranan sinergi bersama vitamin E untuk memperbaiki paras gluthathione dalam badan dan menambah baik aktiviti antioksidan.
  • Ia melindungi kulit dari kerosakan sinaran UV.
  • Juga memperbaiki masalah kulit yang serius seperti psoriasis dan memperbaiki kesan parut.

(2) Sustained Release Vitamin C Plus

  • Vitamin C penting dalam mengatur struktur protein kolagen dalam kulit secara semulajadi untuk kulit anjal.
  • Peningkatan Vitamin C akan menghasilkan kesihatan dan penyembuhan kulit lebih baik dan pantas. 
  • Vitamin C memberi rupa kulit lebih baik dan mengurangkan kedutan. 
  • Mencerahkan kulit dan menyekat pembentukan jeragat.
  • Ia menghalang dan merawat dari kerosakan sinaran UV kerana vitamin C bersifat anti oksidan.
  • Pengambilan Vitamin C mengurangkan masalah kulit kering dan asid asorbic di dalamnya memperbaiki masalah kehilangan air transepidermal.
  • Masalah luka seperti jerawat dapat diperbaiki dengan pembentukan tisu parut yang lebih baik.


(3) B Complex

  • Vitamin B larut dalam air penting buat enzim mengatur metabolisma asid lemak. Ia penting untuk penghasilan kulit yang sihat kerana sel kulit kerap diganti dan terdedah kepada persekitaran luar. Kepentingan asid lemak ini melindungi sel-sel kulit dari kerosakan dan melembapkan kulit.
  • Selain menghasilkan tenaga, vitamin B diperlukan untuk pertumbuhan dan regenasi sel kulit.
  • Asid pantothenic (vitamin B5) menaikkan paras glutathione dalam sel untuk melindungi kulit dari kerosakan oksidatif, mengurangkan kesan kerosakan daripada sinaran matahari, pencemaran dan tekanan. 
  • Ia mengurangkan tanda-tanda penuaan, menghalang kedutan dan mempertahankan kulit dari kanser kulit.

Testimoni search dari Google.
Harga runcit/ harga bukan ahli Shaklee:

  1. Vita-E Complex RM 149.00, 120 biji tahan untuk 4 bulan
  2. Sustained Release Vita-C Plus RM 92.50, 180 biji, tahan 3 hingga 6 bulan bergantung pada cara makan.
  3. B Complex RM 53.75, 120 biji tahan untuk 4 bulan.

Hanya RM 2.50 sehari untuk pengambilan ketiga-tiga vitamin ini ! 
(kiraan purata untuk tempoh 4 bulan). 
Dapatkan set anda daripada kami. Ready stock!

Rujukan: Chris Kresser.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Thursday, 22 May 2014

Perbezaan Vita - C Plus 500mg dan Chewable Vita - C Plus 100mg

Kali ini saya nak berkongsi informasi tentang dua produk panas di Shaklee. Kedua-dua produk ini amat popular sehingga ada kala mereka bergilir-gilir ambil tempat 'Out of Stock' seluruh Malaysia. Ya, seluruh Malaysia!

Mari kita lihat perbezaan kedua-dua vitamin C Shaklee ini supaya ia dapat membantu anda memahami dan membuat keputusan yang tepat.

(1) Perbandingan kandungan 2 produk ini:

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg (Vitamin C & Citrus Bioflavonoids) 180 tablets




Mempunyai Ascorbic Acid 95% (Vitamin C)  553.00 mg
Citrus Bioflavonoids Complex                       120.00 mg
 - membekalkan:  7.50 mg Lemon Bioflavonoids
                          7.50 mg OrangeBioflavonoids
                          7.50 mg Grapefruit Bioflavonoids
                          7.50 mg Hesperidin
*Mengandungi Rose Hips Flavor.

Chewable Vita- C Plus 100 mg (Vitamin C, Rose Hips & Citrus Bioflavonoids)  90 tablets



Mempunyai Ascorbic Acid  (Vitamin C)        117.90 mg
Rose Hips Powder (Rosa Canina)                  40.00 mg
Citrus Bioflavonoids Complex                        24.00 mg
 - membekalkan:   2.00 mg Lemon Bioflavonoids
                           1.50 mg OrangeBioflavonoids
                           0.50 mg Grapefruit Bioflavonoids
                           2.00 mg Hesperidin


(2) Perbandingan bagaimana 2 produk ini bertindak:

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg 

  • Bertindak secara "Sustained Release" iaitu perlepasan perlahan-lahan secara berterusan dalam tempoh 5 jam. Setiap sejam, ia akan melepaskan 100 mg vitamin C yang bersamaan dengan 1.5 biji oren.
  • 1 tablet Sustained Release Vita-C Plus ini membekalkan7.5 biji buah oren termasuk kulitnya sekali.
  • Pengambilan 2 tablet sehari mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.
  • Uniknya, fungsi Sustained Release oleh Shaklee ini mengelakkan pembaziran kerana vitamin C adalah vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Vitamin jenis ini mudah larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Kelebihannya, ia memastikan badan dapat menyerap vitamin C sepenuhnya dalam masa 5 jam itu.
Sesuai untuk dewasa yang tiada masalah untuk menelan pil. Kelebihannya ialah ia tidak perlu diambil berulang kali.

Chewable Vita- C Plus 100 mg
  • 1 tablet kunyah bersamaan dengan 100 mg vitamin C.
  • Apabila dikunyah, air liur akan membantu menghadamkan ia dan memudahkan penyerapan apabila sampai ke usus perut. 
  • Kajian mengatakan, kebaikan mengambil vitamin C dalam dos yang kecil dan dijarakkan masanya adalah lebih baik untuk penyerapan optimum jika dibandingkan pengambilan sekaligus dalam dos yang besar.
Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa yang punya kesukaran untuk menelan pil, mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit.


    (3) Persamaan 2 produk ini:
    • Jumlah kuantiti kandungan Chewable Vita - C Plus adalah hampir sama apabila dimakan 5 biji sehari untuk mendapatkan khasiat 500 mg vitamin C.
    • Kedua-duanya mengandungi Citrus Bioflavonoids yang berfungsi meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh. Ia mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida. Ia juga melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

    Siapa yang memerlukan Vitamin C?
    • Perokok
    • Orang yang mudah stress kerana keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C.
    • Orang yang mengambil pil perancang dan kontraseptif, juga menyusutkan vitamin C yang banyak.
    • Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah. Selalu dijangkiti demam dan selsema.
    • Orang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan eczema. 

    Jadi anda bolehlah pilih vitamin C Shaklee mengikut kesesuaian anda.

    Entry lain yang mungkin anda berminat:
    (1) Kelebihan Sustained Release Vita - C Plus
    (2) Masalah jeragat?
    (3) Vitamin untuk anak-anak

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u

    Wednesday, 14 May 2014

    Perut Masih Buncit?



    Perut yang kempis sememangnya mejadi idaman setiap wanita. Kebanyakan kes, perut buncit disebabkan simpanan lemak yang berlebihan di kawasan perut. Sit up atau crunches sebenarnya membantu mengempiskan perut tetapi perlu dilakukan dengan teknik dan pernafasan yang betul.

    Dengat sit up, perut anda hanya kempis di bahagian tengah perut (core) manakala bahagia bawah perut (transversus) tidak. Untuk mengempiskan semua bahagian, anda perlu melakukan sit up yang diseimbangkan dengan reverse crunches. Senaman aquarobik dan belly dance juga cukup membantu.

    Tips mudah untuk kurangkan lemak perut.

    (1) Kurangkan minuman bersoda, jus atau bergula.
    Kandungan gula yang tinggi dalam minuman bergas, jus atau bergula mengandungi kalori yang tinggi. Ia menyebabkan paras insulin meningkat tinggi dan gula berlebihan dalam darah ini dihantar menjadi sel lemak. Ini adalah punca lemak berkumpul di kawasan perut.

    Banyakkan minum minuman seperti air kosong, mineral dan air yang diperah dengan lemon. Minuman teh hijau membantu menurunkan paras estrogen dan mengurangkan masalah perut buncit (Cinch Tea Energy Mix).

    (2) Makan makanan yang seimbang. 
    Makanan yang tinggi dengan karbo glisemik indeks menghasilkan kandungan gula dalam darah yang tinggi dan insulin yang berlebihan. Manakala makanan rendah glisemik indeks seperti ESP Soy Protein mengawal paras insulin di tahap rendah dan membakar lemak sedia ada dalam badan apabila insulin selesai melakukan tugasnya.

    Makanan seimbang ialah makanan mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, lean protein dan sayur-sayuran. Makanan yang perlu dielakkan ialah makanan ringan, makanan segera, makanan yang diproses, makanan ringan, makanan bergoreng dan berlemak.

    (3) Elakkan makan lewat malam.
    Badan tidak lagi membakar lemak apabila kita tidur selepas makan lewat malam. Makanan ini akan ditukarkan kepada lebihan gula dan menjadi lemak.

    (4) Guna bekas air yang berkaca atau BPA free.
    Bekas plastik air yang mengandungi komponen BPA menghasilkan estrogen yang menggalakkan lemak di kawasan perut. Pilihlah bekas minuman yang BPA free! 

    (5) Kurangkan stress dan sentiasa relaks!
    Kehidupan hari ini penuh dengan tekanan. Tekanan atau stress adalah penyumbang utama kepada perut buncit. Tekanan menyebabkan tubuh kita menghasilkan hormon kortisol (hormon stress) berlebihan. Ini adalah punca bertambahnya berat tubuh dan lemak berlebihan berkumpul di kawasan perut.

    Aktiviti seperti yoga, bersenam dan tidur yang mencukupi iaitu 7 hingga 8 jam setiap hari adalah perlu untuk mengawal stress dan meningkatkan metabolisma, tubuh dan minda yang sihat.

    Amalkan pengambilan suplemen vitamin C untuk mereka yang kerap stress kerana ia mencegah pelepasan hormon kortisol. (Sustained Release Vita-C 500mg)

    (6) Ubah gaya hidup sihat.
    Apakata luangkan masa 30 minit sehari untuk bersenam. Senaman meningkatkan hormon pembakaran lemak dan mencegah penyimpanan lemak oleh hormon badan.
    Melakukan senaman kardio bagus untuk mengempiskan perut kerana ia membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio ialah jogging, berjalan dan menaiki tangga.

    Cuba praktikkan 6 tips ini untuk perut lebih cantik dan ramping!

    Berikut adalah link untuk senaman ringkas kempiskan perut:
    - Sit up 'Raise Leg Crunches

    Untuk yang mahu berdiet, boleh mencuba Set Slimming Shaklee. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

    Tuesday, 29 April 2014

    Atasi Tua Sebelum Usia

    Mahu kelihatan cantik walaupun usia semakin meningkat? Mahu tak cantik dan nampak muda macam artis-artis tempatan kita seperti penyanyi rock Ella, Nasha Aziz, Maria Farida, Jasmin Hamid, Sheila Majid, Amy Mastura, Liza Abdullah, Noraniza Idris, Ziana Zain dan Vanidah Imran. Kalau artis lelaki pula, Nassier Wahab, yang macam tak makan dek usia dengan badannya yang kurus itu. Wow! Kan? Mereka ini sudah tentu mengamalkan cara-cara pemakanan dan gaya hidup sihat dari usia yang muda untuk kelihatan cantik, anggun dan kekal muda pada hari ini. 

    So,hari ini saya nak cerita bagaimana nak atasi tua sebelum usia?

    Tekanan luaran dan dalaman adalah salah satu punca utama penuaan pramatang dalam kalangan generasi muda. 80% tanda penuaan oleh punca luaran boleh dielakkan dan 20% lagi langsung tidak boleh dielakkan. 

    80% ini kebanyakannya disebabkan kesan sinaran ultra lembayung (UV) dan penindihan sel mati yang berlaku selaras dengan peredaran masa. Apabila ini berlaku, tanda penuaan semulajadi meningkat dengan menutupi lapisan kulit sebenar di bahagian bawah seperti memakai topeng! Seawal usia 30-an, tanda-tanda penuaan mula muncul dan struktur kulit mulai hilang keanjalannya hingga menyebabkan kulit wajah kelihatan sembab atau mengembang.

    Suplemen Untuk Kulit Cantik Dan Anjal

    Vitamin C, vitamin E dengan Selenium, Coenzyme Q10 dan Beta Carotene (vitamin A) dipercayai boleh meningkatkan kesihatan dan kualiti kulit. Ia membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari.

    ACE (Vitamin A+C+E) mengandungi antioksidan yang tinggi, iaitu zat yang mampu melambatkan atau mencegah proses oksidasi. Ia berfungsi melindungi sel dari radikal bebas yang dihasilkan oleh metabolisme badan dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu dan zat kimia dari makanan.Contoh penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas ialah barah dan serangan jantung.

    Kesihatan sel mula merosot apabila Proses Oksidatif berlaku dalam badan dan menjadikan kita nampak tua dan berpenyakit.

    √ Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus) adalah antioksidan yang membantu pertumbuhan tisu dan melindungi sel dari rosak. Ia juga merangsang pembentukan kolagen semulajadi yang mampu melambatkan kedut dan menghalang otot jadi lembik. Ia juga mencerahkan kulit dan menyekat pembentukan pigmen (jeragat). 

     Vitamin E dikenali sebagai vitamin awet muda kerana 1 kapsul Vita E Complex yang lengkap dengan Selenium membantu mengatur paras retinol untuk kulit sihat, melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik-bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

     Vitamin A (Beta Carotene) boleh didapati dari Carotomax. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan mata tetapi juga kulit kerana ia penting untuk pertumbuhan sel, melambatkan penuaan (anti aging), menyekat aktivit bahan kanser, menghalang pembentukan sel-sel kanser dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. Ia juga meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, kulit kering dan jerawat.

     √ CoQHealth Plus (Koenzim Q10) untuk melindungi sel dari rosak. Ia bukan sekadar untuk jantung tetapi ia juga menggalakkan peredarah darah yang baik, pembawa nutrien dan oksigen  untuk kulit yang sihat dan berseri.

     √ Alternatif kepada mereka yang tidak suka telan vitamin yang banyak, bolehlah mencuba minuman tonik Shaklee iaitu Vivix. Vivix ini mengandungi resveratrol dan 15 polifenol yang hebat. Ia berfungsi memperbaiki sel, DNA dan merupakan agen anti penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi. Salah satu bahannya iaitu Anggur Muscadine mempunyai kuasa anti oksida 40 kali ganda daripada anggur biasa. Kajian telah menunjukkan polifenol asid membantu dalam mencegah kanser.

    Anti Penuaan Vivix ini:

    • melindungi dan membaiki sel dna
    • memberi kesan positif pada pengawalan genetik
    • menggalakkan penghasilan tenaga dan pembentukan mitokandria baru.
    • melambatkan penghasilan AGE protein yang akan menyebabkan kerosakan sel.

    Siapa yang mengamalkan suplemen Shaklee?

    Gambar kredit dari Instagram Elfira Roy. Pil-pil dalam gambar ini adalah vitamin Shaklee. 

    Ayu Raudhah mengamalkan minuman kesihatan Vivix.
    Jika anda berminat untuk dapatkan set ini, boleh menghubungi saya di talian di bawah.

    Harga Pasaran:
    • Carotomax RM74  (30 capsules), Sustained Release Vita-C Plus RM 93 (180 tablets), Vita E Complex RM 149 (120 capsules) dan CoQHealth Plus RM 124 (30 capsules)
    • Vivix RM 475 (150ml) 

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

    Sunday, 27 April 2014

    Kelebihan Sustained Release Vita-C Plus

    Vitamin C atau juga dikenali sebagai L-ascorbic Acid, adalah vitamin larut air yang diperlukan sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan. 

    Badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C jadi ia mesti diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Tetapi kebanyakan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing dan sebab itu kita perlu menggantikannya dengan suplemen setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

    Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan :
    • lemah badan
    • sakit-sakit dan sengal badan
    • bengkak gusi
    • hidung berdarah
    • Scurvy iaitu pendarahan pada badan, lebam-lebam, gigi mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi
    • Anemia
    Kekurangan vitamin C terjadi kepada seorang perokok  kerana 1 batang rokok menghapuskan 50 hingga 100 mg vitamin C. Individu yang selalu stress, ambil kontraseptif dan pil penahan sakit akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam badan. Pesakit AIDS, kanser dan pesakit yang menjalani pembedahan juga mempunyai paras vitamin C yang rendah.

    Fungsi Vitamin C :

    1. Membentuk kolagen - ia merangsang pembentukan kolagen untuk protein, kulit, ligamen, tendon dan salur darah. Ianya mampu memperlambatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

    2. Memperbaiki simptom pendarahan - mencegah gusi berdarah, lebam di kulit, mempercepatkan pemulihan kecederaan, mencegah kulit kering, ruam dan kulit kasar.

    3. Peningkatan sistem imun - adanya vitamin C dalam badan memudahkan penyerapan zat besi yang lebih baik untuk membina sel darah merah yang sihat, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkat alergi, asthma dan mengurangkan simptom selsema.

    4. Memerangi kanser - satu-satunya anti oksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas. Ia meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

    5. Mencantikkan kulit - mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen iaitu penyebab utama jeragat.

    6. Memperbaiki insomnia - memperbaiki masalah insomina dan stress.

    7. Mengekalkan kolestrol sihat - ia mengurangkan paras Low Density Lipoproteins (LDL) atau kolestrol yang tidak baik dan pada masa yang sama meningkatkan High Density Lipoproteins (HDL) atau kolestrol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah tinggi, mencegah atherosclerosis.

    Mari kita lihat pula kenapa Vitamin C dari Shaklee adalah tepat buat anda?


    Keistimewaan Shaklee Sustained Release Vitamin -C Plus 500 mg
    Shaklee Sustained Release Vitamin -C Plus dengan 120mg bioflavonoids (bahan baru) adalah daripada ekstrak kanji jagung, sumber semulajadi. 

    Keistimewaannya ialah Vitamin C ini kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1.5 bji oren (iaitu bersamaan 100 mg) setiap 1 jam.

    1 tablet Vitamin C mengandungi 7.5 biji buah oren termasuk kulitnya!

    Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam

    Bahan tambahan baru iaitu bioflavonoids berfungsi meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

    Memadaikah mengambil sumber vitamin C dari buah-buahan?

    Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60 mg vitamin C. Buah-buahan itu akan menghasilkan vitamin C yang lengkap selepas 10 hari masak ranum. Buah yang tidak masak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

    Harga sebotol Sustained Release Vita-C Plus ialah RM 92.00. Dalamnya terdapat 180 biji. Jika satu biji dimakan setiap hari, harga setiap biji jatuh pada harga 51 sen sahaja, tahan untuk 6 bulan lamanya!

    Berbaloi bukan? 51 sen sebiji untuk kandungan vitamin C dalam 7 setengah biji oren setiap hari. Saya fully recommend vitamin ini untuk sesiapa sahaja. Perokok dimestikan untuk ambil vitamin C setiap hari.

    Jika berminat boleh hubungi saya di talian bawah.

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

    Sunday, 20 April 2014

    Vitamin Untuk Bekalan Jemaah Haji Dan Umrah

    Seronoknya mendengar perkabaran dari seorang rakan yang dia dan suami akan ke Mekah tak lama lagi untuk menunaikan umrah. Saya berharap suatu hari nanti, saya juga berpeluang untuk ke sana. Mana tahu, dengan usaha saya berniaga bersama Shaklee ini saya dapat ke sana nanti secara percuma! Amin!

    Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk persediaan melakukan umrah bersama Shaklee:


    1. Performance Drink - minuman isotonik yang tidak bergas, mengandungi campuran Elektrolit Opti-Lyte untuk membekalkan tenaga berterusan sepanjang menunaikan ibadah tanpa mengganggu tahap gula di dalam darah. Ia mencegah masalah penghidratan ketika berada di sana terutama waktu panas terik. 

    2. B Complex - bertindak sebagai penjana tenaga melalui tindak balas glukosa dan memberi ketenangan kepada tubuh badan. Sepanjang anda beribadah di sana nanti, anda pasti mahu menggunakan masa sebaik-baiknya jadi kita akan lebih berjaga dari tidur. B Complex akan membantu tubuh kita untuk rasa bertenaga  dan tenteram walaupun kekurangan waktu tidur.

    3. Sustained Release Vita C - mengukuhkan sistem imun badan kita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan penting dalam melawan penyakit.

    4. OsteMatrix - penting untuk mencegah kaki dari merasa kebas dan kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan. Suplemen kalsium ini lengkap dengan Magnesium dan vitamin D yang membantu menghilankan lenguh-lenguh badan dan mendapat kualiti tidur yang baik walaupun tak cukup tidur.

    5. Advanced Joint Health Tablet - penting untuk jemaah yang ada masalah sakit-sakit sendi. Jika anda mempunyai rawan yang haus terutama di lutut atau sakit lutut semasa berjalan, perlu ada AJHT ini. 

    6. Nutriferon - alternatif kepada panadol dan pain killer. Ia berfungsi untuk meningkatkan paras interferon dalam badan secara semulajadi jadi dan menguatkan sistem imun dari demam dan selsema. InshaAllah.

    7. ESP - minuman protein soya untuk sumber tenaga segera, rasa kenyang yang lebih lama dan rendah indeks glisemik. Ianya selamat untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. 


    Vitamin-vitamin di atas juga sesuai dijadikan hadiah buat ibubapa anda yang  akan menjadi tetamu Allah, supaya mereka mendapat kemudahan dan kesihatan yang baik di sana.

    Tak punya bajet yang besar? Saya akan utamakan vitamin yang perlu mengikut keadaan kesihatan anda. Hanya perlu hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma!

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
    >Shaklee ID : 914948
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u

    Friday, 21 March 2014

    Testimoni : Set Kecantikkan Kulit

    Testimoni Credit: Shaklee GBS FB

    Testimoni dari saudari yang sama.

    Kebaikan Set Kecantikkan Kulit:

    (1) Sustained Release Vita - C Plus 500mg
    Membantu merangsang pembentukan kolagen semulajadi  untuk kulit anjal. Membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. 

    (2) Vita- E Complex
    Merupakan anti oksidan dan anti penuaan yang membantu meremajakan kulit. Ia membantu memperbaiki parut dan masalah jerawat. Meningkatkan kesihatan kulit wajah. Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.

    Kedua-dua Vitamin C dan Vitamin E dengan Selenium melindungi kulit dari kerosakkan sinaran matahari dan kanser kulit. Vitamin-vitamin ini dipercayai boleh membalikkan perubahan warna kulit dan kedutan yang berkait dengan penuaan.  Anti oksidan berfungsi mempercepatkan sistem semulajadi membaikpulih dan mencegah  kerosakan dari bertambah teruk.

    (3) ESP Soy Protein Isolate Powder 
    Merangsang pembaharuan kulit dan otot, memulihkan kedutan dan juga bertindak sebagai anti penuaan. Ia mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit cantik dan gebu. Mempercepatkan penyembuhan luka dan menghilangkan parut.

    Selain 3 vitamin di atas, suplemen lain iaitu Carotamax, GLA Complex, Zinc, CoQHealth Plus, B Complex, Shaklee Collagen Powder & Vivix juga membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik.

    Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

     Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:
    >SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
    >Email: nfarahr@gmail.com
    >LIKE kami di Facebook Vitalife2u

    Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju & Jalan MaktabPenghantaran melalui Poslaju seluruh Malaysia.COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.