Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Mencegah Diabetes Dengan Vivix

Penyakit Kencing Manis ataupun Diabetes Mellitus berlaku apabila hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas tidak mencukupi bagi membantu sel badan menyerap glukosa. Ini menyebabkan tubuh kelebihan glukosa (hiperglikemia). Glukosa ini akan berkumpul dalam sirkulasi darah pesakit dan kemudian melimpah ke dalam air kencing. Kekurangan atau tiada insulin ini membuatkan pesakit Diabetes sering letih, haus, sering buang air dan pandangan menjadi kabur. Bacaan pesakit Diabetes ialah 6.5 ke atas dan bacaan individu sihat ialah dalam lingkungan 5.


Shaklee Vivix minuman campuran botani yang mengandungi Resveratrol yang tinggi dan 15 polifenol di mana ia adalah 10 kali ganda lebih hebat daripada resveratrol sahaja. Dengan mengamalkan Vivix, ia dapat membantu mengurangkan komplikasi pesakit Diabetes.



Bagaimana Vivix bertindak?
  • Resveratrol dalam Vivix mencegah penghasilan AGE protein. AGE protein terhasil daripada gula berlebihan dan protein di dalam badan dan menyebabkan Atherosclerotic , sel mati dan komplikasi diabetes.


  • Resveratrol memberi efek Anti-Hiperglikemia. Menurut artikel journal dari Modern Pharmaceutical Research Dec 2009, Vol. 2, No.4 yang bertajuk Antihyperglcemic effect of Resveratrol and its immune modulation, paras glukosa di dalam darah berkurangan secara signifikan berdasarkan dos yang diberi. Glukosa dalam darah juga berkurangan secara konsisten selam 2 jam.



  • Resveratrol efek Anti- Diabetic oleh 2011 New York Academy of Sciences. 

" Diabetes mellitus is a complex metabolic disease affecting about 5% of people all over the world. Data from the literature indicate that resveratrol is a compound exerting numerous beneficial effects in organisms. Rodent studies, for example, have demonstrated that resveratrol decreases blood glucose in animals with hyperglycemia. This effect seems to predominantly result from increased intracellular transport of glucose. Resveratrol was also demonstrated to induce effects that may contribute to the protection of β cells in diabetes. In experiments on pancreatic islets, the ability of resveratrol to reduce insulin secretion was demonstrated; this effect was confirmed in animals with hyperinsulinemia, in which resveratrol decreased blood insulin levels. Moreover, inhibition of cytokine action and attenuation of the oxidative damage of the pancreatic tissue by resveratrol were recently shown. Studies of animals with insulin resistance indicate that resveratrol may also improve insulin action. The mechanism through which resveratrol improves insulin action is complex and involves reduced adiposity, changes in gene expression, and changes in the activities of some enzymes. These data indicate that resveratrol may be useful in preventing and treating diabetes."


Testimoni Pengguna Vivix untuk Diabetes no.1:

Testimoni kredit : Master Norita
Testimoni Pengguna Vivix untuk Diabetes no.2:

Testimoni kredit : JomSihat
Testimoni Pengguna Vivix untuk Diabetes no.3:
Testimoni kredit : GenkiMomma


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Tuesday, 22 April 2014

CoQ Health Plus Untuk Kesihatan Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

Hari ini saya nak kenalkan suplemen CoQ Health Plus untuk penyakit tiga serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. 

CoQ Health Plus mengandungi 100mg koenzim CoQ10, nutrien semulajadi yang larut di dalam lemak yang wujud di dalam semua sel-sel badan dan mempunyai anti oksidan yang ampuh. Sebagai antioksidan, CoQ10 membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (kolestrol tidak baik) dan melindungi membran sel dari radikal bebas. Ia juga mengandungi resveratrol, kulit anggur merah dan jus anggur ungu (wujud di dalam wine merah) bertujuan untuk memastikan kesihatan salur darah dan menggalakkan relaksasi salur darah. Salur darah akan lebih lebar apabila melalui fasa relaksasi. Vitamin E menjaga kesihatan arteri dan mengurangkan pembentukan plak. Teh hijau menghalang pengumpalan darah dan menjaga kesihatan endothelium (untuk mengeluarkan oksida nitrik, molekul penting dalam sistem kardiovaskular kita).

CoQ10 membantu menukarkan makanan dengan membakar lemak dan gula untuk menghasilkan tenaga untuk terus hidup. Bayangkan jantung kita berdenyut 100,000 kali setiap hari tanpa henti untuk mengepam hampir 2,000 gelen darah keseluruhan bahagian badan. Untuk membantu menjana jantung yang sihat, jantung kita memerlukan CoQ10.

Pengambilan CoQ10 membantu mencegah dan merawat situasi berikut:

Serangan Sakit Jantung
Mereka yang mengamalkan CoQ10 suplemen setiap hari dalam masa 3 hari selepas serangan jantung mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Ada bukti yang menunjukkan CoQ10 membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvesional. Pesakit kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah mempunyai CoQ10 di paras yang rendah. Kegagalan jatung mengakibatkan darah terkumpul di bahagian badan seperti paru-paru dan kaki. Ia juga akan menyebabkan sesak nafas.
CoQ10 dapat mengurangkan bengkak pada kaki, mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kemampuan untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi
Kajian klinikal ke atas pesakit tekanan darah tinggi mencadangkan CoQ10 membantu menurunkan tekanan darah. Ia mengambil masa 4 hingga 12 minggu untuk perubahan positif. Dalam satu analisa, 12 ujian klinikal telah membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17mm Hg dan tekanan darad diastolik sehingga 10mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara. 

Kolestrol Tinggi
Paras CoQ10 adalah rendah di dalam badan pesakit berkolestrol tinggi. Sebagai rawatan untuk menurunkan kolestrol, disarankan pesakit untuk mengambil CoQ10 sebagai suplemen.

Diabetes/ Kencing Manis
Suplemen CoQ10 meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah. Ini akan mengawal tekanan darah tinggi kepada pesakit diabetes. Dua ujian mendapati, dos 100mg CoQ10 diamalkan 2 kali sehari membantu memperbaiki masalah diabetes dan mengawal paras gula dalam darah.

Kerosakan jantung akibat Kemoterapi
Ujian klinikal mencadangkan CoQ10 sebagai suplemen untuk membantu menghalang kerosakan jantung akibat kesan dari kemoterapi dan ubat-ubatan sepert adriamycin dan athracycline.

Pembedahan Jantung
Ujian klinikal juga mendapati pengambilan CoQ10 sebelum pembedahan jantung termasuk bypass surgery dan heart transplantation membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, menguatkan fungsi jantung dan mengurankan kejadian degupan jantung tidak tetap (arrhythmias) sewaktu fasa pemulihan.

Sumber rujukan: University of Maryland Medical Center

Untuk anda (18 tahun ke atas) atau ibubapa yang mempunyai masalah penyakit tiga serangkai di atas atau prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri mereka, saya syorkan untuk mencuba CoQ Health Plus. Jika anda mengambil perubatan yang mungkin mengurangkan tahap CoQ10 di dalam darah juga disarankan mengambil CoQ Health Plus.


Harga CoQ Health Plus  (30 capsules) : RM 124.00

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u


Sunday, 16 March 2014

ESP Rendah Indeks Glisemik

Selalu disebut ESP ini adalah minuman protin soya yang rendah indeks glisemik. Tapi apa yang dimaksudkan dengan rendah indeks glisemik?


Indeks Glisemik (GI) adalah ukuran makanan yang mengandungi karbohidrat pada skala 0 -100 dalam meningkatkan kadar gula darah setelah dimakan. Makanan yang cepat dicerna dan diserap sehingga kadar gula (glukosa) darah meningkat dengan cepat mempunyai glisemik indek yang tinggi.

Faedah GI yang Rendah
Terdapat bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong bahawa makanan rendah GI membawa kebaikan untuk pencegahan dan rawatan beberapa penyakit kronik. Diet rendah GI mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung dalam proses fisiologi yang berhubungan dengan kesihatan dan prestasi termasuk aktiviti fizikal, fungsi kognitif, peraturan selera makan dan keseimbangan tenaga. Keseluruhannya, makanan rendah glisemik penting untuk memperbaiki kesihatan menyeluruh.

Contoh Senarai Makanan dengan Indeks Glisemik

Berapa pula dengan Indek Glisemik untuk ESP?


GI untuk ESP adalah 39 sahaja. Ia dalam lingkungan 'Low GI'. Lebih kurang macam makan sebiji epal. Yang pasti saya boleh katakan, rasa kenyang lebih lama dengan ESP.

Manfaat GI yang rendah kepada Kesihatan:

(1) Selamat untuk Pesakit Diabetes
Makanan dengan GI yang rendah mengalami pencernaan dan penyerapan yang lebih lambat sehingga peningkatan kadar glukosa dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan. Makanan dengan rendah GI telah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak pada pesakit diabetes melitus.

(2) Mengawal Berat Badan
Makanan dengan rendah GI dicernakan secara perlahan membantu mengawal nafsu makan, membuatkan rasa kenyang lebih lama jadi ia melambatkan rasa lapar. Ini juga dapat mengawal pengambilan makanan ringan antara waktu makan. Dengan ini ia mencegah kita makan secara berlebihan dan mengawal pengambilan kalori.

(3) Kesihatan Jantung
Kajian menunjukkan diet rendah GI boleh membantu menurunkan jumlah kolestrol dan LDL kolestrol jahat. Dengan itu ia mengurangkan pembentukan lapisan lemak dan plak punca pengerasan arteri (atherosclerosis) yang menyebabkan serangan jantung.

Kesimpulannya ESP bukan terhad pada kecantikkan sahaja, ia lebih dari itu. Untuk sumber tenaga segera, rasa kenyang lebih lama, pesakit diabetes yang mahu berpantang makan, mahukan berat badan ideal semuanya memerlukan ESP. 1 produk untuk kebaikan kesihatan yang menyeluruh! Jom dapatkan ESP!

Untuk maklumat mengenai ESP adalah NON GMO, boleh klik di sini.

Sumber rujukan:  Temasek Polytechnic, kredit kepada Vitamin Kita kerana berkongsi link. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u


Tuesday, 25 February 2014

Khasiat & Kebaikan Bawang Putih

Picture Credit: Top 10 Home Remedies

Bawang putih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Kalau dapat makan 2 ulas bawang putih setiap hari sudah mencukupi untuk meningkatkan sitem imun tubuh terhadap serangan virus dan bakteria. Ia bertidak sebagai expectorant dan decongestant untuk melegakan selsema. Ia juga membantu menghalang alergi seperti sinus dan asma.

Selain meningkatkan fungsi sistem imunisasi, bawang putih berperanan membantu menstabilkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Bawang putih dipercayai mampu menaikkan metabolisma untuk menggalakkan penurunan berat badan. Kajian pula menunjukkan pengambilan ekstrak bawang putih dalam dos yang besar pula dapat mencegah dari kanser kerana ia mempunyai antioksidan.

Pengambilan bawang putih secara konsisten akan mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan strok. Ia menurunkan paras kolestrol, menghalang dari lemak dalam darah melekat pada dinding arteri dan menurunkan tekanan darah tinggi. Bawang putih menghalang badan melepaskan 'thromboxan B2', iaitu bahan yang mencerut pembuluh darah dan menyempitkan laluan bronkial. 

Kelebihan Shaklee Garlic Complex

Shaklee Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA. Ia bebas dari penggunaan racun perosak.

Pembuatan Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba bertujuan untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. Allicin juga bermanfaat untuk mengawal dan mencegah kenaikan berat badan.

Ia mengandungi Vitamin E untuk tingkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya dalam tubuh kita.

Setiap 2 biji Shaklee Garlic Complex = 1,000 mg ektrak bawang putih tulen = 2 ulas bawang putih segar
Testimoni Shaklee Garlic Complex:

Testimoni kredit : Vitamin Kita

Testimoni kredit : GenkiMomma




Berminat untuk dapatkan Garlic Complex ini untuk anda? Saya akan berikan konsultasi percuma secara berterusan bila anda mendapatkan produk Shaklee dari saya.

Sumber: Dr. Atkins Vita-Nutrient, Vitamin Kita


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalifue2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju

Shaklee ID no. 914948.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.