Showing posts with label Prosante (Hair Care). Show all posts
Showing posts with label Prosante (Hair Care). Show all posts

Friday, 30 May 2014

Testimoni : Rambut Kurang Gugur!


Testimoni kredit : Puan 'N'

Masalah rambut gugur adalah normal buat wanita selepas bersalin kerana waktu ini paras hormon estrogen menurun dan folikel-folikel rambut masuk peringkat berehat dan lebih banyakrambut akan gugur.

Pengambilan makanan berkhasiat dengan sumber protein, zat besi dan vitamin B adalah penting untuk mengatasi dari rambut gugur lebih banyak. 

Anda boleh mengamalkan B Complex (Vitamin B), Energising Soy Protein (sumber protein), Vitalea (sumber multivitamin bersama zat besi) dan Zinc Complex. Bertukar syampu dan konditioner kepada produk yang menggunakan bahan semulajadi dan kurang bahan kimia juga membantu dalam menguatkan akar-akar rambut dan membersih tanpa menarik minyak penting semulajadi dan seterusnya menghentikan pertumbuhan rambut.

Boleh baca di sini produk-produk lanjut mengatasi rambut gugur dengan Shaklee.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Saturday, 26 April 2014

Atasi Rambut Gugur



Masalah rambut gugur bukan sahaja dialami oleh kaum lelaki tetapi juga menjadi masalah kaum wanita terutama sekali selepas wanita melahirkan anak. Perubahan hormon adalah punca utama rambut gugur di kalangan wanita. Peningkatan hormon estrogen sewaktu mengandung menghasilkan rambut yang lebat dan sihat tetapi tahap estrogen ini menurun kepada paras normal selepas melahirkan anak membuatkan rambut gugur. Masalah ini normal dan memerlukan masa dalam 6 hingga 12 bulan untuk kembali normal.

Vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur berpanjangan ialah:


  • ESP sumber protein - rambut kita terdiri daripada 97-100% protein jadi protein untuk pertumbuhan rambut adalah amat penting. Terdapat 8 jenis amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan untuk dapatkan amino asid ini kita perlu ambil makanan berprotein tinggi seperti telur, susu, keju, yogurt, soya, daging dan ikan. Protein berkualiti tinggi dan rendah indeks glisemik dapat memenuhi keperluan protein harian anda, tanpa lemak. Kekurangan protein akan melambatkan proses pertumbuhan rambut baru atau lebih teruk rambut memasuki fasa berehat terlalu lama mungkin akan menyebabkan botak.
  • Vita-Lea sumber multivitamin dengan zat besi - Rambut yang sihat memerlukan vitamin dan mineral seperti selenium, copper dan magnesium. Semua ini terlibat dalam membina protein yang akan membentuk rambut yang sihat. Kekurangan zat besi juga adalah salah satu penyebab keguguran rambut.
  • Ostematrix sumber vitamin D dan magnesium - Ada kajian mencadangkan vitamin D memainkan peranan dalam kitaran pertumbuhan rambut baru.
  • B Complex sumber vitamin B dengan Biotin - membantu merangsang pertumbuhan rambut dan kuku yang baru, Ia juga dikenali sebagai vitamin anti-stress kerana tekanan juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
  • Zinc Complex - menyokong dan mempercepatkan pertumbuhan sel baru. Kekurangan zinc dipercayai boleh menyebabkan keguguran rambut, rambut kelihatan tidak bermaya dan beruban lebih cepat.
  • Shaklee Collagen Powder (SCP) - kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot dan tulang sendi. SCP mengandungi bahan unik iaitu ekstrak Tsubaki (Camellia Japonica) yang membantu menyuburkan rambut dan melembapkan kulit. Tsubaki ini adalah bahan tradisi orang Jepun untuk mengatasi masalah penuaan rambut, rambut kering dan tidak berkilat. Ia juga melindungi warna rambut supaya tahan lama.
Selain vitamin, penjagaan luaran juga perlu untuk permulaan dalam menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat dan kembali lebat. Antara produk luaran Shaklee untuk kesihatan rambut ialah :

  • Prosante Nourishing Scalp Treatment - mencergaskan folikel rambut, merangsang peredaran darah dan memberikan tenaga kepada bebawang rambut yang hidup. Antioksidan yang terdapat di dalam vitamin A dan E serta CoenzimQ10 melindungi kulit daripada radikal bebas. Tonik ini ialah diformulasikan bebas minyak terbukti mampu mengurangkan rambut secara semulajadi.
  • Prosante Shampoo dan Conditioner - elakkan dari mengguna shampoo dan conditioner yang berkemikal tinggi kerana ia akan menarik minyak penting (essential oils) semulajadi dan merosakkan protein rambut seterusnya menghentikan pertumbuhan. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian shampoo dan conditioner Shaklee, boleh klik di sini.
Semua di atas adalah cadangan sahaja. Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin mengikut keperluan dan bajet, anda boleh lah hubungi saya di talian berikut. 


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 


Monday, 31 March 2014

Sistem Penjagaan Rambut Prosante


Rambut sihat bermula daripada akar rambut yang subur.

Prosante bermaksud "Pro-Health".

Setiap produk Prosante mengandungi Scalp Health Complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Bahan-bahan seperti:-
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut.
Kuprum, Zink, Mangan, Vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat.
Minyak daun pokok teh, Ekstrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.

Keistimewaan rangkaian produk Prosante:
Tiada sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda.
PH Balanced.
No DEA, SLS or SLES.

Shampoo & Conditioner Untuk Kegunaan Harian:

(1) Revitalizing Shampoo - 296 ml
  • Humektan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten.
  • Menyegarkan dan mengimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

(2) Lightweight Conditioner - 296 ml
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.
  • Mengembalikan elemen struktur rambut supaya kelihatan lebat, berkilat dan subur.
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus.


Shampoo & Conditioner Untuk Kegunaan 1-2 kali seminggu:

(1) Purifying Shampoo - 237 ml
  • Membersih hingga ke akar rambut, membuang baki produk gayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang lain.
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut.
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

(2) Replenishing Conditioner - 237 ml
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera.
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.
Cadangan aturan penggunaan Set Penjagaan Rambut Prosante.


Penjagaan Tambahan:

(1) Nourishing Scalp Treatment - 59 ml (Semua jenis rambut)
  • Menyelesaikan masalah rambut diperingkat akar umbi dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Tidak berminyak atau melekit pada rambut.
  • Antioksida yang terdapat di dalam Vitamin A dan E serta CoenzimQ10 melindungi kulit daripada radikal bebas.
  • Formula tanpa bilas.
  • Merupakan formula eksklusif yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semulajadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada Sistem Penjagaan Rambut Prosante.
  • Untuk kegunaan setiap hari.


(2) Long Lasting Finishing Spray - 237 ml (Semua jenis rambut)
  • Medium Hold dalam mengekalkan gaya rambut.
  • Memberikan perlindungan UV.
  • Menguruskan rambut yang dikerinting halus dan rambut yang mudah kusut.
  • Untuk kegunaan bila perlu.

Ujian klinikal ke atas Sistem Penjagaan Rambut Prosante bila digunakan secara konsisten memberi keputusan seperti berikut:-



Sumber: Shaklee Malaysia

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalifue2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju.  Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.