Showing posts with label ESP Soy Protein Isolate Powder. Show all posts
Showing posts with label ESP Soy Protein Isolate Powder. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Testimoni : Rambut Kurang Gugur!


Testimoni kredit : Puan 'N'

Masalah rambut gugur adalah normal buat wanita selepas bersalin kerana waktu ini paras hormon estrogen menurun dan folikel-folikel rambut masuk peringkat berehat dan lebih banyakrambut akan gugur.

Pengambilan makanan berkhasiat dengan sumber protein, zat besi dan vitamin B adalah penting untuk mengatasi dari rambut gugur lebih banyak. 

Anda boleh mengamalkan B Complex (Vitamin B), Energising Soy Protein (sumber protein), Vitalea (sumber multivitamin bersama zat besi) dan Zinc Complex. Bertukar syampu dan konditioner kepada produk yang menggunakan bahan semulajadi dan kurang bahan kimia juga membantu dalam menguatkan akar-akar rambut dan membersih tanpa menarik minyak penting semulajadi dan seterusnya menghentikan pertumbuhan rambut.

Boleh baca di sini produk-produk lanjut mengatasi rambut gugur dengan Shaklee.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Saturday, 17 May 2014

Testimoni : Suami Tegur Kulit Badan Lembut!

Selalunya saya didatangi bakal pembeli Shaklee yang mahukan vitamin untuk membantu masalah kesihatan mereka. Contohnya, untuk mengurangkan berat badan saya akan cadangkan Lecithin/ OmegaGuard dan Alfalfa Complex, ada masalah tekanan darah tinggi ambil OmegaGuard, ibu mengandung saya sarankan pengambilan ESP, kurangkan masalah senggugut dengan GLA Complex dan sebagainya.

Tanpa mereka sedari, suplemen yang mereka ambil ini punya kebaikan untuk kesihatan yang lain. 

Mari kita lihat testimoni pengguna Shaklee ini:

Testimoni kredit : Ratu Nutrisi
Di bawah adalah suplemen Shaklee yang diambil oleh saudari ini. Jadi, bagaimanakah suplemen ini membantu dalam mencantikkan kulit?

Saya terangkan secara ringkas kebaikan vitamin yang telah diambil oleh saudari ini:

ESP -Salah satu manfaat ESP untuk kulit ialah ia membantu memperbaharui dan membina sel, tisu kulit, rambut, kuku, otot dan organ. Ia menjadikan kulit lebih anjal, gebu dan mengurangkan parut-parut di muka dan badan. 

Vita E Complex - Suplemen anti oksidan yang melembapkan kulit kering, mengatasi masalah jerawat dan memperbaiki parut. Bahan Selenium di dalamnya melindungi kulit secara semulajadi dari kerosakan sinaran matahari. 

GLA Complex - GLA Shaklee diesktrak daripada minyak borage adalah 3 kali ganda lebih berkesan daripada EPO biasa. Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E. Kebaikannya ialah ia menyeimbangkan hormon untuk kulit cantik, sihat dan berseri, menguatkan kuku dan rambut. Ia juga dapat membantu masalah eczema.

OmegaGuard - Minyak ikan Omega-3 yang diperkaya dengan EPA dan DHA membantu melambatkan kesan penuaan akibat daripada sinaran UV matahari. Ia membentuk lapisan pelindung dalam kulit untuk mengurangkan kehilangan lembapan kulit. Ia juga mencegah inflamasi pada kulit bermasalah seperti eczema dan ruam dengan mengurangkan simptom-simptom kemerahan pada kulit. 

Alfalfa Complex - Alfalfa mendetoksifikasi tubuh dengan membersih usus dan darah. Jika tubuh bersih dari zat-zat radikal bebas maka banyak manfaat yang anda akan perolehi. Kulit pun menjadi lebih sihat dan cerah.

Lecithin - Diesktrak dari kacang soya organik, non GMO. Kebaikannya untuk kulit ialah ia membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma dan melambatkan penuaan. Ia juga memperbaiki alergi kulit (dermatitis)

Inilah bagusnya apabila anda makan suplemen, ia bukan khusus untuk satu tujuan tetapi secara tak langsung ia menjaga kesihatan anda yang lain.

Dapatkan konsultasi berterusan apabila anda mendapatkan produk Shaklee dari saya.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com

>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Wednesday, 14 May 2014

Perut Masih Buncit?



Perut yang kempis sememangnya mejadi idaman setiap wanita. Kebanyakan kes, perut buncit disebabkan simpanan lemak yang berlebihan di kawasan perut. Sit up atau crunches sebenarnya membantu mengempiskan perut tetapi perlu dilakukan dengan teknik dan pernafasan yang betul.

Dengat sit up, perut anda hanya kempis di bahagian tengah perut (core) manakala bahagia bawah perut (transversus) tidak. Untuk mengempiskan semua bahagian, anda perlu melakukan sit up yang diseimbangkan dengan reverse crunches. Senaman aquarobik dan belly dance juga cukup membantu.

Tips mudah untuk kurangkan lemak perut.

(1) Kurangkan minuman bersoda, jus atau bergula.
Kandungan gula yang tinggi dalam minuman bergas, jus atau bergula mengandungi kalori yang tinggi. Ia menyebabkan paras insulin meningkat tinggi dan gula berlebihan dalam darah ini dihantar menjadi sel lemak. Ini adalah punca lemak berkumpul di kawasan perut.

Banyakkan minum minuman seperti air kosong, mineral dan air yang diperah dengan lemon. Minuman teh hijau membantu menurunkan paras estrogen dan mengurangkan masalah perut buncit (Cinch Tea Energy Mix).

(2) Makan makanan yang seimbang. 
Makanan yang tinggi dengan karbo glisemik indeks menghasilkan kandungan gula dalam darah yang tinggi dan insulin yang berlebihan. Manakala makanan rendah glisemik indeks seperti ESP Soy Protein mengawal paras insulin di tahap rendah dan membakar lemak sedia ada dalam badan apabila insulin selesai melakukan tugasnya.

Makanan seimbang ialah makanan mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, lean protein dan sayur-sayuran. Makanan yang perlu dielakkan ialah makanan ringan, makanan segera, makanan yang diproses, makanan ringan, makanan bergoreng dan berlemak.

(3) Elakkan makan lewat malam.
Badan tidak lagi membakar lemak apabila kita tidur selepas makan lewat malam. Makanan ini akan ditukarkan kepada lebihan gula dan menjadi lemak.

(4) Guna bekas air yang berkaca atau BPA free.
Bekas plastik air yang mengandungi komponen BPA menghasilkan estrogen yang menggalakkan lemak di kawasan perut. Pilihlah bekas minuman yang BPA free! 

(5) Kurangkan stress dan sentiasa relaks!
Kehidupan hari ini penuh dengan tekanan. Tekanan atau stress adalah penyumbang utama kepada perut buncit. Tekanan menyebabkan tubuh kita menghasilkan hormon kortisol (hormon stress) berlebihan. Ini adalah punca bertambahnya berat tubuh dan lemak berlebihan berkumpul di kawasan perut.

Aktiviti seperti yoga, bersenam dan tidur yang mencukupi iaitu 7 hingga 8 jam setiap hari adalah perlu untuk mengawal stress dan meningkatkan metabolisma, tubuh dan minda yang sihat.

Amalkan pengambilan suplemen vitamin C untuk mereka yang kerap stress kerana ia mencegah pelepasan hormon kortisol. (Sustained Release Vita-C 500mg)

(6) Ubah gaya hidup sihat.
Apakata luangkan masa 30 minit sehari untuk bersenam. Senaman meningkatkan hormon pembakaran lemak dan mencegah penyimpanan lemak oleh hormon badan.
Melakukan senaman kardio bagus untuk mengempiskan perut kerana ia membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio ialah jogging, berjalan dan menaiki tangga.

Cuba praktikkan 6 tips ini untuk perut lebih cantik dan ramping!

Berikut adalah link untuk senaman ringkas kempiskan perut:
- Sit up 'Raise Leg Crunches

Untuk yang mahu berdiet, boleh mencuba Set Slimming Shaklee. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Saturday, 10 May 2014

Set Berpuasa Mighty Triple Gem

Set Mighty Triple Gem (Mighty 3 Gem) adalah kombinasi khas suplemen vitamin untuk membekalkan tenaga kepada badan secara optimum dan berpanjangan. Ia adalah set yang paling popular untuk persediaan di bulan puasa.

Siapa yang memerlukan Set Mighty Triple Gem ini?

  • Orang yang berpuasa
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak terutama sekali ketika berpuasa
  • Replacement sarapan pagi atau sahur yang pantas.
  • Individu yang memerlukan banyak tenaga 
  • Warga tua
  • Anak-anak bersekolah/ remaja
  • Ahli sukan
  • Individu yang selalu sakit kepala (migrain), Gastrik, Demam.
  • Orang sakit yang tiada selera makan.

Kenapa Mighty Triple Gem:

3 suplemen ini membekalkan multivitamin, multimineral, tenaga, protein dan mengekalkan bendalir dalam badan untuk penghidratan.

Dehidrasi dan keletihan akan menyebabkan:

  • Kurang daya tumpuan
  • Kandungan gula dalam badan menjadi rendah
  • Menjejaskan produktiviti kerja.
  • Rasa tertekan.
  • Badan terasa letih lesu sepanjang hari.



Bagaimana Mighty Triple Gem membantu anda?

Harga Set Mighty 3 Gem: RM 347.00

(1) Shaklee Meal Shakes
Multivitamin dan multimineral yang dilengkapi dengan sedikit protein dan fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin di sepanjang bulan Ramadhan. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak dan anda boleh nikmatinya seisi keluarga.

Maklumat lanjut tentang Meal Shakes sempena promosi bulan Mei 2014, boleh klik sini.

(2) Energising Soy Protein (ESP) Isolate Powder
Membantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolestrol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.

Maklumat lanjut tentang ESP, boleh klik link di bawah :

(3) Performance Drink
Membantu mengelakkan dehidrasi dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink membantu anda untuk menambah semula tenaga. Amalkan minuman berperisa oren ini sepanjang berpuasa sebelum tidur dan sewaktu sahur.

Rujukan: GenkiMomma


Testimoni kredit: CMZ Mai


Mahukan Mighty 3 Gem ini? Hubungi kami di talian di bawah.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Tuesday, 29 April 2014

ESP + Nutriferon Meredakan Ekzema

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal. Ia berlaku kerana penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut dan membuatkan pesakit senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan kulit lebih teruk.

Salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan suplemen dari Shaklee. Vitamin-vitamin di Shaklee adalah selamat kerana bahannya berasaskan semulajadi.

Di bawah adalah testimoni dari seorang pengguna yang menggunakan ESP & Nutriferon untuk mengurangkan ekzema. Testimoni kredit kepada Nur dari Sinergi Vitamin.



Fungsi kedua-dua suplemen ini adalah:

(1) ESP Soy Protein Isolate Powder
ESP di dalam kes Ekzema, berfungsi untuk membantu mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit yang rosak dan merangsang penghasilan sel kulit baru dan sihat. Ia juga membantu memudarkan parut.

(2) Nutriferon 
Pesakit Ekzema dikaitkan dengan imuniti jadi Nutriferon disarankan untuk mengukuhkan sistem imun. Nutriferon dari Shaklee ini adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun secara keseluruhan dengan mengerahkan sistem pertahanan badan berfungsi untuk membunuh sel jahat.

Interferon memang sedia ada di dalam badan namun jika interferon kita kurang, tiada banyak sel T dapat dibebaskan untuk bertindak membunuh virus yang sedang menyerang sel. Jadi, Nutriferon akan memastikan interferon kita di tahap yang baik untuk melawan virus-virus ini.
Jika anda mempunyai masalah ekzema dan mahu mencuba Shaklee untuk menyelesaikan masalah ekzema, anda boleh hubungi kami di talian di bawah.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Saturday, 26 April 2014

Atasi Rambut Gugur



Masalah rambut gugur bukan sahaja dialami oleh kaum lelaki tetapi juga menjadi masalah kaum wanita terutama sekali selepas wanita melahirkan anak. Perubahan hormon adalah punca utama rambut gugur di kalangan wanita. Peningkatan hormon estrogen sewaktu mengandung menghasilkan rambut yang lebat dan sihat tetapi tahap estrogen ini menurun kepada paras normal selepas melahirkan anak membuatkan rambut gugur. Masalah ini normal dan memerlukan masa dalam 6 hingga 12 bulan untuk kembali normal.

Vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur berpanjangan ialah:


  • ESP sumber protein - rambut kita terdiri daripada 97-100% protein jadi protein untuk pertumbuhan rambut adalah amat penting. Terdapat 8 jenis amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan untuk dapatkan amino asid ini kita perlu ambil makanan berprotein tinggi seperti telur, susu, keju, yogurt, soya, daging dan ikan. Protein berkualiti tinggi dan rendah indeks glisemik dapat memenuhi keperluan protein harian anda, tanpa lemak. Kekurangan protein akan melambatkan proses pertumbuhan rambut baru atau lebih teruk rambut memasuki fasa berehat terlalu lama mungkin akan menyebabkan botak.
  • Vita-Lea sumber multivitamin dengan zat besi - Rambut yang sihat memerlukan vitamin dan mineral seperti selenium, copper dan magnesium. Semua ini terlibat dalam membina protein yang akan membentuk rambut yang sihat. Kekurangan zat besi juga adalah salah satu penyebab keguguran rambut.
  • Ostematrix sumber vitamin D dan magnesium - Ada kajian mencadangkan vitamin D memainkan peranan dalam kitaran pertumbuhan rambut baru.
  • B Complex sumber vitamin B dengan Biotin - membantu merangsang pertumbuhan rambut dan kuku yang baru, Ia juga dikenali sebagai vitamin anti-stress kerana tekanan juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
  • Zinc Complex - menyokong dan mempercepatkan pertumbuhan sel baru. Kekurangan zinc dipercayai boleh menyebabkan keguguran rambut, rambut kelihatan tidak bermaya dan beruban lebih cepat.
  • Shaklee Collagen Powder (SCP) - kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot dan tulang sendi. SCP mengandungi bahan unik iaitu ekstrak Tsubaki (Camellia Japonica) yang membantu menyuburkan rambut dan melembapkan kulit. Tsubaki ini adalah bahan tradisi orang Jepun untuk mengatasi masalah penuaan rambut, rambut kering dan tidak berkilat. Ia juga melindungi warna rambut supaya tahan lama.
Selain vitamin, penjagaan luaran juga perlu untuk permulaan dalam menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat dan kembali lebat. Antara produk luaran Shaklee untuk kesihatan rambut ialah :

  • Prosante Nourishing Scalp Treatment - mencergaskan folikel rambut, merangsang peredaran darah dan memberikan tenaga kepada bebawang rambut yang hidup. Antioksidan yang terdapat di dalam vitamin A dan E serta CoenzimQ10 melindungi kulit daripada radikal bebas. Tonik ini ialah diformulasikan bebas minyak terbukti mampu mengurangkan rambut secara semulajadi.
  • Prosante Shampoo dan Conditioner - elakkan dari mengguna shampoo dan conditioner yang berkemikal tinggi kerana ia akan menarik minyak penting (essential oils) semulajadi dan merosakkan protein rambut seterusnya menghentikan pertumbuhan. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian shampoo dan conditioner Shaklee, boleh klik di sini.
Semua di atas adalah cadangan sahaja. Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin mengikut keperluan dan bajet, anda boleh lah hubungi saya di talian berikut. 


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 


Sunday, 20 April 2014

Vitamin Untuk Bekalan Jemaah Haji Dan Umrah

Seronoknya mendengar perkabaran dari seorang rakan yang dia dan suami akan ke Mekah tak lama lagi untuk menunaikan umrah. Saya berharap suatu hari nanti, saya juga berpeluang untuk ke sana. Mana tahu, dengan usaha saya berniaga bersama Shaklee ini saya dapat ke sana nanti secara percuma! Amin!

Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk persediaan melakukan umrah bersama Shaklee:


1. Performance Drink - minuman isotonik yang tidak bergas, mengandungi campuran Elektrolit Opti-Lyte untuk membekalkan tenaga berterusan sepanjang menunaikan ibadah tanpa mengganggu tahap gula di dalam darah. Ia mencegah masalah penghidratan ketika berada di sana terutama waktu panas terik. 

2. B Complex - bertindak sebagai penjana tenaga melalui tindak balas glukosa dan memberi ketenangan kepada tubuh badan. Sepanjang anda beribadah di sana nanti, anda pasti mahu menggunakan masa sebaik-baiknya jadi kita akan lebih berjaga dari tidur. B Complex akan membantu tubuh kita untuk rasa bertenaga  dan tenteram walaupun kekurangan waktu tidur.

3. Sustained Release Vita C - mengukuhkan sistem imun badan kita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan penting dalam melawan penyakit.

4. OsteMatrix - penting untuk mencegah kaki dari merasa kebas dan kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan. Suplemen kalsium ini lengkap dengan Magnesium dan vitamin D yang membantu menghilankan lenguh-lenguh badan dan mendapat kualiti tidur yang baik walaupun tak cukup tidur.

5. Advanced Joint Health Tablet - penting untuk jemaah yang ada masalah sakit-sakit sendi. Jika anda mempunyai rawan yang haus terutama di lutut atau sakit lutut semasa berjalan, perlu ada AJHT ini. 

6. Nutriferon - alternatif kepada panadol dan pain killer. Ia berfungsi untuk meningkatkan paras interferon dalam badan secara semulajadi jadi dan menguatkan sistem imun dari demam dan selsema. InshaAllah.

7. ESP - minuman protein soya untuk sumber tenaga segera, rasa kenyang yang lebih lama dan rendah indeks glisemik. Ianya selamat untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. 


Vitamin-vitamin di atas juga sesuai dijadikan hadiah buat ibubapa anda yang  akan menjadi tetamu Allah, supaya mereka mendapat kemudahan dan kesihatan yang baik di sana.

Tak punya bajet yang besar? Saya akan utamakan vitamin yang perlu mengikut keadaan kesihatan anda. Hanya perlu hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Friday, 21 March 2014

Testimoni : Set Kecantikkan Kulit

Testimoni Credit: Shaklee GBS FB

Testimoni dari saudari yang sama.

Kebaikan Set Kecantikkan Kulit:

(1) Sustained Release Vita - C Plus 500mg
Membantu merangsang pembentukan kolagen semulajadi  untuk kulit anjal. Membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. 

(2) Vita- E Complex
Merupakan anti oksidan dan anti penuaan yang membantu meremajakan kulit. Ia membantu memperbaiki parut dan masalah jerawat. Meningkatkan kesihatan kulit wajah. Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.

Kedua-dua Vitamin C dan Vitamin E dengan Selenium melindungi kulit dari kerosakkan sinaran matahari dan kanser kulit. Vitamin-vitamin ini dipercayai boleh membalikkan perubahan warna kulit dan kedutan yang berkait dengan penuaan.  Anti oksidan berfungsi mempercepatkan sistem semulajadi membaikpulih dan mencegah  kerosakan dari bertambah teruk.

(3) ESP Soy Protein Isolate Powder 
Merangsang pembaharuan kulit dan otot, memulihkan kedutan dan juga bertindak sebagai anti penuaan. Ia mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit cantik dan gebu. Mempercepatkan penyembuhan luka dan menghilangkan parut.

Selain 3 vitamin di atas, suplemen lain iaitu Carotamax, GLA Complex, Zinc, CoQHealth Plus, B Complex, Shaklee Collagen Powder & Vivix juga membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju & Jalan MaktabPenghantaran melalui Poslaju seluruh Malaysia.COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.
 

Sunday, 16 March 2014

ESP Rendah Indeks Glisemik

Selalu disebut ESP ini adalah minuman protin soya yang rendah indeks glisemik. Tapi apa yang dimaksudkan dengan rendah indeks glisemik?


Indeks Glisemik (GI) adalah ukuran makanan yang mengandungi karbohidrat pada skala 0 -100 dalam meningkatkan kadar gula darah setelah dimakan. Makanan yang cepat dicerna dan diserap sehingga kadar gula (glukosa) darah meningkat dengan cepat mempunyai glisemik indek yang tinggi.

Faedah GI yang Rendah
Terdapat bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong bahawa makanan rendah GI membawa kebaikan untuk pencegahan dan rawatan beberapa penyakit kronik. Diet rendah GI mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung dalam proses fisiologi yang berhubungan dengan kesihatan dan prestasi termasuk aktiviti fizikal, fungsi kognitif, peraturan selera makan dan keseimbangan tenaga. Keseluruhannya, makanan rendah glisemik penting untuk memperbaiki kesihatan menyeluruh.

Contoh Senarai Makanan dengan Indeks Glisemik

Berapa pula dengan Indek Glisemik untuk ESP?


GI untuk ESP adalah 39 sahaja. Ia dalam lingkungan 'Low GI'. Lebih kurang macam makan sebiji epal. Yang pasti saya boleh katakan, rasa kenyang lebih lama dengan ESP.

Manfaat GI yang rendah kepada Kesihatan:

(1) Selamat untuk Pesakit Diabetes
Makanan dengan GI yang rendah mengalami pencernaan dan penyerapan yang lebih lambat sehingga peningkatan kadar glukosa dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan. Makanan dengan rendah GI telah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak pada pesakit diabetes melitus.

(2) Mengawal Berat Badan
Makanan dengan rendah GI dicernakan secara perlahan membantu mengawal nafsu makan, membuatkan rasa kenyang lebih lama jadi ia melambatkan rasa lapar. Ini juga dapat mengawal pengambilan makanan ringan antara waktu makan. Dengan ini ia mencegah kita makan secara berlebihan dan mengawal pengambilan kalori.

(3) Kesihatan Jantung
Kajian menunjukkan diet rendah GI boleh membantu menurunkan jumlah kolestrol dan LDL kolestrol jahat. Dengan itu ia mengurangkan pembentukan lapisan lemak dan plak punca pengerasan arteri (atherosclerosis) yang menyebabkan serangan jantung.

Kesimpulannya ESP bukan terhad pada kecantikkan sahaja, ia lebih dari itu. Untuk sumber tenaga segera, rasa kenyang lebih lama, pesakit diabetes yang mahu berpantang makan, mahukan berat badan ideal semuanya memerlukan ESP. 1 produk untuk kebaikan kesihatan yang menyeluruh! Jom dapatkan ESP!

Untuk maklumat mengenai ESP adalah NON GMO, boleh klik di sini.

Sumber rujukan:  Temasek Polytechnic, kredit kepada Vitamin Kita kerana berkongsi link. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u


Friday, 14 March 2014

Hilangkan Jeragat Dengan Vitamin.

Jeragat atau nama medikalnya 'melasma' adalah masalah utama kaum wanita Asia.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jeragat ialah:

(1) Wanita di antara umur 25 hingga 50 tahun.

(2) Wanita yang mengandung. Ketika ini mereka mengalami tambahan  hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) di trimester kedua dan ketiga.

(3) Wanita yang mengambil terapi pengganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause. Sewaktu ini hormon estrogen menguasai tubuh wanita. (Pil Perancang)

(4) Terdedah kepada cahaya matahari terik.

(5) Punca keturunan.

(6) Penggunaan kosmetik atau rawatan yang tidak sesuai.

Cara rawatan:
(1) Pengelupasan kimia (Chemical Peeling)
(2) Laser
(3) Microdermabrasion
(4) Krim dan sunblock
(5) Mengambil rawatan dalaman seperti ubat-ubatan atau vitamin semulajadi

Vitamin yang disyorkan untuk memperbaiki masalah jeragat dari dalam ialah:


Vitamin C
Salah satu vitamin yang penting untuk kesihatan seluruh badan. Ia memainkan peranan dalam penghasilan kolagen kulit secara semulajadi. Vitamin C juga adalah antioksidan dan berfungsi mencerahkan warna kulit. Shaklee Sustained Released Vita-C Plus diperbaharui dengan bahan baru iaitu 'Citrus Bioflavonoids' yang bermanfaat untuk mencegah jeragat kerana ia menghalang tyrosinase. Bioflavonoids ini membantu mencegah enzim dalam badan menghasilkan melanin (pigmen kulit) yang berlebihan. Apabila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan, pembentukan tompok-tompok hitam pada kulit akan terjadi.

Kebaikan Vitamin C yang lain ialah ia melambatkan penuaan, menguatkan sistem imun badan, membaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, antioksidan meningkat interferon dalam badan untuk memerangi kanser, membantu masalah insomnia dan mengekalkan kolestrol yang sihat.


Vitamin B
Hiperpigmentasi menjadikan kulit sesetengah kawasan badan bertukar menjadi tompokan hitam. Salah satu sebab ia terjadi kerana dipercayai mereka kekurangan Vitamin B12 (Cyanocobalamin). Fungsi Vitamin B12 ialah membantu mengatur penghasilan pigmen, dengan itu ia mencegah hiperpigmentasi dari mengganggu dan merosakkan warna kulit. Cara terbaik untuk mendapat nutrisi Vitamin B12 ialah mengambilnya dalam bentuk suplemen.

Shaklee B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang lengkap : Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B2 (Riboflavin), Vitamin B3 (Niacin), Vitamin B5 (Pantothenic Acid), Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride), Vitamin B7 (Biotin), Vitamin B9 (Folic Acid) dan Vitamin B12 (Cyanocobalamin).

Jadi paling mudah dan tak perlu pening-pening kepala, ambil B Complex lengkap kesemuanya dan kebaikannya adalah seperti membekalkan tenaga dan mempertingkatkan metabolisma, membantu penghadaman menukar karbohidrat, lemak dan protin kepada tenaga, memelihara rambut kulit dan kuku, melawan tekanan dan meredakan alahan.

Vitamin A
Vitamin A mempunyai pelbagai fungsi dalam merawat kulit dan salah satu kebaikannya ialah merawat tompok-tompok hitam dengan mengurangkan warna pigmen. Anda boleh menggunakan krim yang mempunyai bahan Vitamin A untuk meratakan warna kulit atau mengambil Vitamin A sebagai suplemen harian anda.

Beta Carotene, salah satu bentuk Vitamin A yang boleh didapati dengan pengambilan Carotomax Shaklee. Ia mengandungi 6 jenis karotenoid penting iaitu: Astaxanthin, Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Lutein dan Zeaxanthin. Ia berfungsi meredakan masalah kulit seperti psoriosis, senile plague, kulit kering, jerawat dan jeragat, anti penuaan, menjaga kesihatan mata dan kesihatan paru-paru.

GLA Complex
Jeragat juga boleh berlaku disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. GLA Complex membantu dalam mengawal paras hormon anda terutama sewaktu menopause. GLA Complex adalah asid lemak Omega-6 tak tepu. Shaklee menggunakan minyak borage kerana ia mempunyai kepekatan GLA yang paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain. Ia juga mengandungi Vitamin E semulajadi yang baik untuk rawatan kulit dari bahagian dalam epidermis. Kebaikan GLA Complex yang lain ialah ia mengurangkan sakit senggugut, menjadikan kulit berseri dan membantu mengurangkan neuropati pesakit kencing manis.


Protin juga sangat membantu menghilangkan jeragat kerana protin membantu dalam menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat dari kulit muka. Boleh tambahkan ESP Soy Protein Isolate Powder untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas dari jeragat

Sumber Rujukan: LiveStrong


*Berminat untuk dapatkan suplemen untuk jeragat ini? Order dari kami dan anda akan dapat konsultasi percuma secara berterusan dari saya, hanya untuk pelanggan Vitalife2u sahaja.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju & Jalan Maktab. Penghantaran melalui Poslaju seluruh Malaysia.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.