Showing posts with label Sijil Halal. Show all posts
Showing posts with label Sijil Halal. Show all posts

Thursday, 30 January 2014

Sijil Halal Shaklee Malaysia 2014

Seperti yang telah dijanjikan, Sijil Halal produk Shaklee untuk tahun 2014 telah pun dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) pada 27 Januari 2014. Sijil no.0127-14-21918 ini sah untuk sepanjang tahun 2014 dan akan diperbaharui setiap tahun. Anda boleh klik sini, untuk melihat sijil ini dengan lebih jelas.

Siapakah ISA ini? ISA ialah badan di Amerika Syarikat yang berfungsi seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). ISA telah diiktiraf oleh pihak JAKIM dan memperolehi Akreditasi Halal. Anda boleh rujuk di sini, untuk keterangan lanjut mengenai sijil halal oleh ISA ini.

Terdapat 2 produk baru yang telah disenaraikan di dalam sijil ini iaitu:-

(1) Advanced Joint Health Tablet
(2) CoQHealth Plus



Jika anda perasan, Shaklee Collagen Powder tidak disebut di dalam sijil di atas. Shaklee masih di dalam proses untuk mendapatkannya tetapi anda tidak perlu risau kerana bahan-bahan di dalam Shaklee Collagen Powder adalah dari sisik ikan merah tulen dan ekstrak biji benih dari tumbuh-tumbuhan semulajadi. Segala produk Shaklee yang dibawa masuk ke Malaysia adalah selamat dan halal. Berbanding dengan rangkaian produk Shaklee USA, produk Shaklee Malaysia adalah terhad kerana ia adalah untuk pasaran halal di Malaysia sahaja.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dari saya, anda boleh terus hubungi nombor di bawah untuk mendapatkan konsultasi percuma dan harga istimewa.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 

Wednesday, 22 January 2014

Shaklee Malaysia Halal Atau Tidak?

Isu halal ke atas produk Shaklee timbul apabila ada yang was-was apabila mengetahui kesemua produk Shaklee diimport dari USA. Kemudian ditambah lagi, apabila dapat tahu produk Shaklee yang berkapsul dibuat daripada Bovine Gelatin. Ha! Mari saya terangkan satu persatu supaya segala perasaan was-was anda bertukar kepada 'Saya YAKIN produk Shaklee adalah HALAL'.

Sijil Halal Shaklee

Jika di Malaysia kita ada JAKIM, di USA mereka ada 2 badan, iaitu:

(1) Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
(2) Islamic Services of America (ISA) - Badan yang telah keluarkan sijil halal untuk Shaklee USA

Sijil Halal Produk Shaklee untuk tahun 2013 di bawah telah dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA), yang telah pun diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):



Sila klik Shaklee Malaysia jika mahu lihat imej sijil ini dengan lebih jelas.

Sijil halal dari ISA ini sah sehingga 31 Disember 2013 dan akan diperbaharui setiap tahun dalam bulan Februari. Oleh itu, sijil halal untuk 2014 akan di update di laman Shaklee Malaysia tidak lama lagi.

Islamic Services of America (ISA)

Di bawah ialah bukti bahawa ISA telah diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh semak sendiri senarai penuh badan Islam di luar negara yang disahkan oleh JAKIM di sini.

ISA juga telah mengesahkan yang mereka telah mendapat akreditasi halal dari JAKIM yang boleh di semak di sini.


Ok. Masih ragu-ragu? Saya juga mendapat tahu ada segelintir anda yang mahu kepastian telah cuba menghubungi JAKIM sendiri. Saya tekankan sekali lagi, JAKIM tidak mengeluarkan Sjiil Halal buat Shaklee Malaysia kerana produk Shaklee telah mendapat Sijil Halal dari ISA yang telah pun diiktiraf oleh pihak JAKIM sendiri.  

Di bawah adalah penjelasan yang telah diberikan oleh JAKIM dari Facebook FanPage mereka:

Status kami perolehi dari FanPage JAKIM di Facebook.

Bovine Gelatine

Senarai jenis-jenis gelatin yang digunakan oleh industri perubatan ialah:

- Bovine Gelatine (lembu)
- Porcine Gelatine (khinzir)
- Avian Gelatine (burung)
- Fish Gelatine (ikan)
- Human Gelatine (manusia)
- Vegetable Gelatine (sayur-sayuran)

Produk Shaklee yang berkapsul menggunakan Bovine Gelatine ialah: 

Lecithin, OmegaGuard, CarotoMax, Vitamin E Complex, GLA Complex & CoQ Health Plus.


Kesemua produk Shaklee yang diimport dari USA buat pasaran Malaysia telah disahkan HALAL. Ini bermaksud, isu bovine Gelatine (yang mungkin tidak disembelih mengikut cara Islam) dan isu produk Shaklee dibuat dari USA adalah diyakini HALAL.

Saya harap maklumat ini jelas. Anda patut yakin yang produk Shaklee Malaysia adalah 100% Halal. 

Jika berminat untuk membeli produk Shaklee, sila hubungi nombor saya di bawah. 

Sumber: GenkiMomma

☆Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>PM di Facebook Vitalife2u
>Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak.