Showing posts with label Omega-3. Show all posts
Showing posts with label Omega-3. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

5 Suplemen Penting Untuk Kesihatan Lelaki

Kebiasaannya, kaum lelaki sungguh susah hendak berjumpa dengan doktor bila mereka jatuh sakit. Inikan pula nak suruh mereka mengamalkan suplemen. Samada lelaki itu suami, bapa atau teman lelaki anda, adalah amat penting bagi seorang lelaki untuk mengambil suplemen asas untuk kesihatan yang optimum. 

Sempena Hari Bapa yang akan datang ini, apa kata anda hadiahkan suplemen buat lelaki yang anda sayang itu. Galakkan mereka untuk mengamalkan suplemen untuk melengkapi kekurangan nutrisi dalam tubuh.

Mencegah kan lebih baik dari merawat. Masalah kesihatan yang selalu dihadapi oleh lelaki adalah seperti penyakit jantung, kencing manis,sakit sendi, ketidaksuburan, darah tinggi dan berat badan berlebihan.

Suplemen penting buat kesihatan lelaki dari Shaklee


Berikut adalah vitamin utama yang patut menjadi pilihan mereka:

1. Zinc untuk paras testosterone yang optimal

Paras testosterone seorang lelaki berkurangan kepada 3 faktor utama iaitu:

  • apabila usia meningkat, 
  • obesiti
  • tekanan atau stress
Adalah penting buat seorang lelaki mengekalkan paras testosterone yang seimbang kerana rendahnya testosterone akan berkait kepada masalah kemurungan, osteoporosis, obesiti dan penyakit jantung. Beri galakkan buat suami atau ayah anda mengambil suplemen Zinc Complex setiap hari kerana ia berfungsi untuk mengekalkan paras testosterone dalam darah dan merembeskan LH, iaitu hormon yang mendorong penghasilan testosterone.

Zinc juga menyekat penukaran testosterone ke estrogen.


2.Minyak ikan untuk kesihatan jantung dan prostat

Minyak ikan OmegaGuard adalah anti radang (anti inflamasi) dan pelindung buat jantung, otak, mata dan saluran darah. Ia membantu melindungi otak dari gangguan disebabkan tekanan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian dari Cancer Prevention Research, lelaki yang mengalami kanser prostat bila mengamalkan diet rendah lemak bersama suplemen minyak ikan, ia melewatkan pertumbuhan sel kanser. Perubahan ini dapat dilihat seawal 4 minggu.

Kajian lain pula menunjukkan minyak ikan berkebolehan untuk menurunkan paras triglerisida sebanyak 25-30%. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan kerosakkan otak yang teruk selepas terkena strok.

3. Antioksidan untuk anti-penuaan dan tekanan darah

Antioksidan seperti Sustained Release Vita-C, Vita-E Complex, CoQ Health Plus dan Vivix adalah suplemen penting untuk anti-penuaan dan memberi kesihatan menyeluruh. Suplemen-suplemen ini membantu mencegah kerosakan selular yang disebabkan oleh pencemaran, pendedahan pada matahari, tekanan dan proses metabolik oleh badan. 

Dalam satu kajian, lelaki yang mempunyai vitamin C yang tinggi dalam badan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser. 

Pengambilan CoQ Health Plus merendahkan tekanan darah dan menggalakkan paras ecSOD (Extracellular Superoxide Dismutase) iaitu enzim dalam badan yang melindungi saluran darah dari rosak dan meningkatkan kualiti sperma dan kesuburan. 

Vivix, kandungan polifenol yang diekstrak dari anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, lobak unggu dan Elderberry Europe menggalakkan penuaan yang lebih sihat dan dapat meningkat tenaga dalam badan.

Vitamin E bermanfaat dalam merawat kemandulan lelaki dan mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu ia bagus untuk mencantikkan kulit.

4. Sterol untuk kolestrol, tekanan dan imuniti.

Sterol dari tumbuh-tumbuhan membantu mengatur sistem imun. Jika sistem imun anda lemah, Sterol membantu menguatkannya dan melindung badan dari jangkitan. Jika sistem imun anda terlebih aktif, iaitu penyakit autoimmune atau alergik, Sterol akan membantu mengurangkan dari terlalu aktif. Mengawal sistem imun yang terlebih aktif membantu mengurangkan kerosakan pada sendi.

Kajian menunjukkan fitosterol menurunkan paras kolestrol dengan mencegah penyerapan kolestrol dalam usus. 

Kandungan fitosterol boleh didapati di dalam Phytocol - ST Shaklee yang terdiri daripada Sterol dan Stanol tumbuh-tumbuhan.

5. Vitamin D untuk kesihatan reproduktif dan testosterone

Vitamin D telah terbukti merendahkan insulin, memperbaiki paras serotonin, meningkatkan sistem imun, mengawal nafsu makan dan membantu mengurangkan lemak. 

Satu kajian yang dikendalikan di University Copenhagen menunjukkan pertalian vitamin D dan kesihatan reproduktif. Lelaki yang mengamalkan vitamin D mempunyai sperma motiliti yang baik. 

Kajian juga menunjukkan lelaki rendah testosterone mempunyai vitamin D yang rendah dalam badan.

Kandungan vitamin D boleh didapati di dalam Ostematrix Shaklee.

Reference: Chatelaine Magazine

Jom dapatkan pilihan vitamin anda dari saya sekarang!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Thursday, 8 May 2014

Mengapa perlu ambil Omega-3?

Percaya atau tidak, hanya satu hidangan yang mengandungi asid lemak Omega-3 setiap hari boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda? 

4oz lemak ikan, 1 sudu Omega-3 atau sedikit kekacang mungkin mampu menjauhkan anda daripada berjumpa doktor!



Asid lemak Omega-3 merupakan sejenis lemak yang baik yang boleh didapati daripada ikan, telur, kekacang dan sayur-sayuran seperti bayam dan brokoli.

Apa beza di antara Omega-3 daripada ikan dan kekacang dan juga sayuran?

Omega-3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan di dalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA.
DHA dan EPA didapati mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA dan ALA oleh badan.

Kebaikan Omega-3

  • Omega-3 juga dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, simptom kemurungan, sakit sendi dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pengambilan Omega-3 dapat menghalang penyakit-penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan.

  • Omega-3 juga dipercayai dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan.

  • Omega 3 melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai penyakit arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung).

  • Meningkatkan daya ingatan.

  • Perlindungan terhadap alzheimer dan dementia (nyanyuk)

  • Mengurangkan sakit kepala (migrain)


Bagi yang berdiet, selain Omega-3, asid lemak Omega-6 juga penting untuk pertumbuhan, pembangunan dan penyelenggaraan fungsi badan. Asid lemak Omega-6 dianggap pro-radang atau menggalakkan keradangan. Manakala asid lemak Omega-3 mengurangkan keradangan. Sebaik-baiknya, anda perlu nisbah 1:1 daripada kedua-dua asid lemak dalam diet anda.

Selain Omega-3, pakar pemakanan Amerika menyatakan Omega-6 mempunyai lebih banyak kandungan asid lemak berbanding Omega-3. Menurut kajian, pemgambilan Omega-6 yang berlebihan akan menyebabkan diet yang menggalakkan penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis. Oleh sebab itu, penyelidik menyarankan agar pengambilan Omega-3 secara semulajadi untuk diet yang sihat. Tetapi ia tidak bermakna diet yang sihat hanya bergantung kepada Omega-3. Anda tetap perlu mengamalkan gaya hidup sihat.
Sumber: Isihat Disember 2013

OmegaGuard mengadungi EPA dah DHA dari minyak ikan.

GLA Complex mengandungi lebih 300mg yang merupakan sumber terbaik Omega-6.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u