Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Friday, 6 June 2014

Tip Untuk Kulit Cantik dan Berseri.

Anda impikan kulit cantik, bersih tanpa jerawat di hari raya nanti? 

Berita baik buat yang menginginkan suplemen kecantikkan kulit Shaklee. Promosi Beli 6, PERCUMA 1 sedang berlangsung buat Vita-E Complex. Anda berpeluang untuk berjimat sehingga RM 400++ berserta keahlian Shaklee seumur hidup secara PERCUMA!

Dapatkan Set Asas Untuk Kecantikkan Kulit sekarang! Kenapa sekarang?

Sel kulit berganti dalam masa 2 hingga 4 minggu. Anda memerlukan masa 28 hari untuk menampakkan kesan yang anda mahukan. Jangan tunggu lama-lama.



Set ASAS untuk Kecantikkan Kulit :

(1) Vita - E Complex

  • Vitamin E ialah vitamin larut lemak yang mengandungi anti oksidan. Kulit akan mengeluarkan vitamin E dari sebum yang kemudian akan meliputi seluruh permukaan kulit untuk melindungi kulit kita. Pengeluaran minyak ini berlaku selepas 7 hari pengambilan vitamin E.
  • Ia mujarab sebagai agen anti inflamasi, melindungi kulit dari radikal bebas dan mengaktifkan oksigen.
  • Kandungan selenium dalam Vita-E Complex Shaklee memainkan peranan sinergi bersama vitamin E untuk memperbaiki paras gluthathione dalam badan dan menambah baik aktiviti antioksidan.
  • Ia melindungi kulit dari kerosakan sinaran UV.
  • Juga memperbaiki masalah kulit yang serius seperti psoriasis dan memperbaiki kesan parut.

(2) Sustained Release Vitamin C Plus

  • Vitamin C penting dalam mengatur struktur protein kolagen dalam kulit secara semulajadi untuk kulit anjal.
  • Peningkatan Vitamin C akan menghasilkan kesihatan dan penyembuhan kulit lebih baik dan pantas. 
  • Vitamin C memberi rupa kulit lebih baik dan mengurangkan kedutan. 
  • Mencerahkan kulit dan menyekat pembentukan jeragat.
  • Ia menghalang dan merawat dari kerosakan sinaran UV kerana vitamin C bersifat anti oksidan.
  • Pengambilan Vitamin C mengurangkan masalah kulit kering dan asid asorbic di dalamnya memperbaiki masalah kehilangan air transepidermal.
  • Masalah luka seperti jerawat dapat diperbaiki dengan pembentukan tisu parut yang lebih baik.


(3) B Complex

  • Vitamin B larut dalam air penting buat enzim mengatur metabolisma asid lemak. Ia penting untuk penghasilan kulit yang sihat kerana sel kulit kerap diganti dan terdedah kepada persekitaran luar. Kepentingan asid lemak ini melindungi sel-sel kulit dari kerosakan dan melembapkan kulit.
  • Selain menghasilkan tenaga, vitamin B diperlukan untuk pertumbuhan dan regenasi sel kulit.
  • Asid pantothenic (vitamin B5) menaikkan paras glutathione dalam sel untuk melindungi kulit dari kerosakan oksidatif, mengurangkan kesan kerosakan daripada sinaran matahari, pencemaran dan tekanan. 
  • Ia mengurangkan tanda-tanda penuaan, menghalang kedutan dan mempertahankan kulit dari kanser kulit.

Testimoni search dari Google.
Harga runcit/ harga bukan ahli Shaklee:

  1. Vita-E Complex RM 149.00, 120 biji tahan untuk 4 bulan
  2. Sustained Release Vita-C Plus RM 92.50, 180 biji, tahan 3 hingga 6 bulan bergantung pada cara makan.
  3. B Complex RM 53.75, 120 biji tahan untuk 4 bulan.

Hanya RM 2.50 sehari untuk pengambilan ketiga-tiga vitamin ini ! 
(kiraan purata untuk tempoh 4 bulan). 
Dapatkan set anda daripada kami. Ready stock!

Rujukan: Chris Kresser.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Friday, 30 May 2014

Testimoni : Rambut Kurang Gugur!


Testimoni kredit : Puan 'N'

Masalah rambut gugur adalah normal buat wanita selepas bersalin kerana waktu ini paras hormon estrogen menurun dan folikel-folikel rambut masuk peringkat berehat dan lebih banyakrambut akan gugur.

Pengambilan makanan berkhasiat dengan sumber protein, zat besi dan vitamin B adalah penting untuk mengatasi dari rambut gugur lebih banyak. 

Anda boleh mengamalkan B Complex (Vitamin B), Energising Soy Protein (sumber protein), Vitalea (sumber multivitamin bersama zat besi) dan Zinc Complex. Bertukar syampu dan konditioner kepada produk yang menggunakan bahan semulajadi dan kurang bahan kimia juga membantu dalam menguatkan akar-akar rambut dan membersih tanpa menarik minyak penting semulajadi dan seterusnya menghentikan pertumbuhan rambut.

Boleh baca di sini produk-produk lanjut mengatasi rambut gugur dengan Shaklee.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u  

Tuesday, 29 April 2014

Rasa Letih Dan Kurang Bertenaga?

Jika anda rasa selalu letih-letih dan kurang bertenaga, anda kemungkinan memerlukan lebih vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. 

Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. 

Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia mengganggu penyerapan B12 ke dalam badan.

Bagaimana untuk mengetahui anda kekurangan vitamin B12?

Ia berlaku pada individu yang:
- kurang makan daging atau produk tenusu
- tidak mengambil suplemen B12
- anda tidur 7 hingga 8 jam setiap malam
- anda seorang yang aktif

Anda boleh mendapatkan vitamin B12 dengan mengambil produk tenusu kurang lemak seperti yogurt, ikan, ayam, daging atau melalui suplemen Shaklee B-Complex with Folic Acid.

Sumber: Kevin Zahri


Shaklee B-Complex mengandungi:
  1. Kesemua 8 vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik, biotin dan Pantothenic Acid sebagaimana dinyatakan dalam RDA yang perlu diambil pada masa yang sama.
  2. Mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
Selain untuk menghasilkan tenaga, B Complex selalu dicadangkan untuk pesakit migrain, stress, anemia, perempuan hamil terutama sekali tengah melalui morning sickness, senggugut dan punya masalah rambut gugur.

Harga:
RM 54.00 (120 tablets, 4 bulan)

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Saturday, 26 April 2014

Atasi Rambut Gugur



Masalah rambut gugur bukan sahaja dialami oleh kaum lelaki tetapi juga menjadi masalah kaum wanita terutama sekali selepas wanita melahirkan anak. Perubahan hormon adalah punca utama rambut gugur di kalangan wanita. Peningkatan hormon estrogen sewaktu mengandung menghasilkan rambut yang lebat dan sihat tetapi tahap estrogen ini menurun kepada paras normal selepas melahirkan anak membuatkan rambut gugur. Masalah ini normal dan memerlukan masa dalam 6 hingga 12 bulan untuk kembali normal.

Vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur berpanjangan ialah:


  • ESP sumber protein - rambut kita terdiri daripada 97-100% protein jadi protein untuk pertumbuhan rambut adalah amat penting. Terdapat 8 jenis amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan untuk dapatkan amino asid ini kita perlu ambil makanan berprotein tinggi seperti telur, susu, keju, yogurt, soya, daging dan ikan. Protein berkualiti tinggi dan rendah indeks glisemik dapat memenuhi keperluan protein harian anda, tanpa lemak. Kekurangan protein akan melambatkan proses pertumbuhan rambut baru atau lebih teruk rambut memasuki fasa berehat terlalu lama mungkin akan menyebabkan botak.
  • Vita-Lea sumber multivitamin dengan zat besi - Rambut yang sihat memerlukan vitamin dan mineral seperti selenium, copper dan magnesium. Semua ini terlibat dalam membina protein yang akan membentuk rambut yang sihat. Kekurangan zat besi juga adalah salah satu penyebab keguguran rambut.
  • Ostematrix sumber vitamin D dan magnesium - Ada kajian mencadangkan vitamin D memainkan peranan dalam kitaran pertumbuhan rambut baru.
  • B Complex sumber vitamin B dengan Biotin - membantu merangsang pertumbuhan rambut dan kuku yang baru, Ia juga dikenali sebagai vitamin anti-stress kerana tekanan juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
  • Zinc Complex - menyokong dan mempercepatkan pertumbuhan sel baru. Kekurangan zinc dipercayai boleh menyebabkan keguguran rambut, rambut kelihatan tidak bermaya dan beruban lebih cepat.
  • Shaklee Collagen Powder (SCP) - kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot dan tulang sendi. SCP mengandungi bahan unik iaitu ekstrak Tsubaki (Camellia Japonica) yang membantu menyuburkan rambut dan melembapkan kulit. Tsubaki ini adalah bahan tradisi orang Jepun untuk mengatasi masalah penuaan rambut, rambut kering dan tidak berkilat. Ia juga melindungi warna rambut supaya tahan lama.
Selain vitamin, penjagaan luaran juga perlu untuk permulaan dalam menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat dan kembali lebat. Antara produk luaran Shaklee untuk kesihatan rambut ialah :

  • Prosante Nourishing Scalp Treatment - mencergaskan folikel rambut, merangsang peredaran darah dan memberikan tenaga kepada bebawang rambut yang hidup. Antioksidan yang terdapat di dalam vitamin A dan E serta CoenzimQ10 melindungi kulit daripada radikal bebas. Tonik ini ialah diformulasikan bebas minyak terbukti mampu mengurangkan rambut secara semulajadi.
  • Prosante Shampoo dan Conditioner - elakkan dari mengguna shampoo dan conditioner yang berkemikal tinggi kerana ia akan menarik minyak penting (essential oils) semulajadi dan merosakkan protein rambut seterusnya menghentikan pertumbuhan. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian shampoo dan conditioner Shaklee, boleh klik di sini.
Semua di atas adalah cadangan sahaja. Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin mengikut keperluan dan bajet, anda boleh lah hubungi saya di talian berikut. 


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 


Sunday, 20 April 2014

Vitamin Untuk Bekalan Jemaah Haji Dan Umrah

Seronoknya mendengar perkabaran dari seorang rakan yang dia dan suami akan ke Mekah tak lama lagi untuk menunaikan umrah. Saya berharap suatu hari nanti, saya juga berpeluang untuk ke sana. Mana tahu, dengan usaha saya berniaga bersama Shaklee ini saya dapat ke sana nanti secara percuma! Amin!

Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk persediaan melakukan umrah bersama Shaklee:


1. Performance Drink - minuman isotonik yang tidak bergas, mengandungi campuran Elektrolit Opti-Lyte untuk membekalkan tenaga berterusan sepanjang menunaikan ibadah tanpa mengganggu tahap gula di dalam darah. Ia mencegah masalah penghidratan ketika berada di sana terutama waktu panas terik. 

2. B Complex - bertindak sebagai penjana tenaga melalui tindak balas glukosa dan memberi ketenangan kepada tubuh badan. Sepanjang anda beribadah di sana nanti, anda pasti mahu menggunakan masa sebaik-baiknya jadi kita akan lebih berjaga dari tidur. B Complex akan membantu tubuh kita untuk rasa bertenaga  dan tenteram walaupun kekurangan waktu tidur.

3. Sustained Release Vita C - mengukuhkan sistem imun badan kita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan penting dalam melawan penyakit.

4. OsteMatrix - penting untuk mencegah kaki dari merasa kebas dan kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan. Suplemen kalsium ini lengkap dengan Magnesium dan vitamin D yang membantu menghilankan lenguh-lenguh badan dan mendapat kualiti tidur yang baik walaupun tak cukup tidur.

5. Advanced Joint Health Tablet - penting untuk jemaah yang ada masalah sakit-sakit sendi. Jika anda mempunyai rawan yang haus terutama di lutut atau sakit lutut semasa berjalan, perlu ada AJHT ini. 

6. Nutriferon - alternatif kepada panadol dan pain killer. Ia berfungsi untuk meningkatkan paras interferon dalam badan secara semulajadi jadi dan menguatkan sistem imun dari demam dan selsema. InshaAllah.

7. ESP - minuman protein soya untuk sumber tenaga segera, rasa kenyang yang lebih lama dan rendah indeks glisemik. Ianya selamat untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. 


Vitamin-vitamin di atas juga sesuai dijadikan hadiah buat ibubapa anda yang  akan menjadi tetamu Allah, supaya mereka mendapat kemudahan dan kesihatan yang baik di sana.

Tak punya bajet yang besar? Saya akan utamakan vitamin yang perlu mengikut keadaan kesihatan anda. Hanya perlu hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Tuesday, 15 April 2014

Vitamin Untuk Mengatasi Morning Sickness


Mabuk hamil juga dikenali sebagai 'Morning Sickness' sering berlaku pada awal kehamilan. Ia bermula seawal minggu ke-6 pertama dan berakhir pada lewat ke-16. Ada juga yang berlarut sehingga hari kelahiran.

Untuk ibu hamil, rasa mual, loya dan mabuk ini adalah satu penyeksaan tetapi sebenarnya ia adalah petanda baik yang menunjukkan paras hormon kehamilan kita adalah tinggi untuk penyuburan bayi dalam kandungan.

Punca Morning Sickness

(1) HCG (Human Chorinoic Gonadotroping)
Punca utama adalah kehadiran hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan terutamanya hormon HCG. Plasenta mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Wanita yang mengandungkan kembar dua atau tiga mempunyai tahap hormon kehamilan lebih tinggi dan boleh mendapat mabuk yang lebih teruk.

Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan menyumbang kepada morning sickness.

(2) Peningkatan deria bau.
Ini adalah satu lagi punca yang menyumbangkan kepada rasa untuk muntah dan loya. Bau yang tidak pernah mengganggu tiba-tiba menjadi bau yang paling busuk sehingga menggerakkan rasa mahu muntah.
Teori evolusi menyatakan bahawa rasa loya ini adalah langkah perlindungan, tanda kemungkinan wanita itu dimudaratkan oleh racun atau toksin dalam persekitarannya.

(3) Perut Sensitif.
Mengandung boleh menyebabkan gangguan kepada sistem penghadaman. Menurut BabyCenter,  kajian mengatakan kehadiran Helicobacter pylori iaitu jangkitan penghadaman akan mengundang morning sickness.

Siapa Yang Berisiko Untuk Mendapat Morning Sickness?

(1) Mengandungkan kembar dua, tiga atau lebih.
(2) Telah mengalami morning sickness sebelumnya.
(3) Mempunyai penyakit migrain.
(4) Peluang untuk mendapat morning sickness adalah tinggi jika ibu atau kakak atau adik perempuan telah mengalaminya.
(5) Menurut kajian, wanita hamil bayi perempuan lebih berisiko untuk dapat morning sickness.

Bahaya Morning Sickness

Jika dalam waktu trimester pertama, berat anda tidak meningkat, tidak berselera untuk makan dan minum sehingga menyebabkan anda terbaring tak bermaya, saya sarankan anda berjumpa doktor. Bila anda kekurangan air dari tubuh, ia boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam badan dan memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahim terutama di awal kehamilan.

Air di dalam tubuh memainkan peranan untuk membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi dalam rahim. Kekurangan air akan menyebabkan organ tersebut gagal menjalankan fungsinya. Oleh itu wanita hamil harus mengelakkan diri dari dehidrasi.

Dehidrasi akan merangsangkan rahim untuk mengalami kontraksi dan wanita hamil akan rasa seperti seolah-olah mahu melahirkan anak. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan air tuban (amniotic fluid) menjadi kurang dalam rahim. Air tuban ini berfungsi sebagai cecair pelindung untuk pembesaran fizikal bayi. 

Di awal kehamilan, kekurangan air tuban boleh menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi dan keguguran. Di pertengahan kehamilan, kekurangan air tuban boleh menyebabkan kelahiran pra-matang, pertumbuhan fizikal bayi yang kecil, komplikasi belitan pada tali pusat di leher bayi dan proses kelahiran terpaksa dilakukan secara caesarean.

Jika tahap dehidrasi teruk, kemungkinan  diterpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan intravenous (IV drips), iaitu memasukkan cecair dalam saluran darah venous.


Atasi Morning Sickness Dengan Vitamin Shaklee


Peppermint Ginger Plus, selamat di ambil oleh ibu hamil. Ia tidak mengganggu bayi dalam kandungan. Ia sesuai untuk mengurangkan morning sickess ibu hamil.
Daun Pudina membantu menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dan menyamankan perut.
Halia memelihara saluran penghadaman dan melegakan senak perut.

B Complex boleh melegakan mabuk, loya dan pening. Ia menghasilkan tenaga dan nutrien untuk anti tekanan, megelakkan rasa kemurungan dan stress. Selain itu, ia membantu dalam pembentukan hemoglobin, sel darah merah dan sistem saraf.

Ostematrix mengandungi kalsium, vitamin D dan magnesium. Nutrisi lengkap ini membantu wanita hamil untuk mendapat tidur yang lena, memberi tenaga, menghilangkan rasa lenguh-lenguh, mengurangkan rasa sakit pinggang, kejang kaki dan melawaskan sistem penghadaman.

Performance Drink, air isotonik Shaklee membantu meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi dalam badan. Ia mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium dan magnesium (tidak terdapat pada minuma isotonik jenama lain). Ia menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan serta menambah stamina.

Meal Shakes, sesuai buat ibu hamil yang tiada selera makan dan kerap muntah. Meal Shakes adalah multivitamin lengkap dalam bentuk serbuk yang turut mengandungi protein, serat dan berperisa French Vanilla yang wangi. Ia adalah hidangan yang ideal dijadikan untuk makanan segera yang berkhasiat, rendah kolestrol, lemak dan sodium.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi vitamin yang sesuai buat anda.

Sumber rujukan: Dr. Zubaidi

Harga pasaran:
Peppermint Ginger Plus: RM 45.00
B Complex : RM 54.00
Ostematrix : RM 61.00
Performance Drink : RM 83.00
Meal Shakes : RM 114.00
Set Morning Sickness: RM 357.00

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Tuesday, 18 March 2014

Rawatan Untuk Tumit Kaki Merekah

Dulu-dulu waktu sekolah tak pernah ada masalah tumit kaki pecah tapi semenjak dah berumur ini, mulalah macam-macam masalah timbul. Salah satunya masalah tumit kaki kering dan merekah. Hodoh betul bila pakai kasut yang terdedah tumit, bila jalan pasti orang belakang kita akan perasan keburukan tumit kita itu. Kalau naik escalator lagi lah, bila tangga naik orang belakang dapat tengok dengan jarak lebih dekat lagi. Walaupun orang sebenarnya tak tengok, tetapi kita ada perasaan risau kalau ada pula mata yang memerhati tumit kita.

Apakah sebenarnya punca tumit kaki merekah atau pecah-pecah?

(1) Memakai kasut yang terlalu ketat, mempunyai bahagian tumit yang terbuka atau bertumit tinggi.

(2) Berat badan terlebih.

(3) Berjalan kaki ayam.

(4) Berdiri terlalu lama.

(5) Masalah kesihatan yang menyebabkan kulit menjadi kering contohnya pesakit Diabetes.

(6) Masalah kesihatan kulit seperti Psoriasis.

Kita ada 2 cara untuk merawat masalah ini iaitu dengan penjagaan asas luaran dan dalaman.

Rawatan Luaran
Rawatan menyental disarankan dibuat sebelum tidur dengan merendam kaki dahulu di dalam air yang suam bercampur sedikit garam untuk 10 minit. Kemudian, tumit digosok perlahan dengan batu pumis (pumice).Setelah proses menyental, keringkan kaki dan sapukan krim Herbal Blend Multi-Purpose Cream dan pakai stokin sepanjang anda tidur. Esok pasti kulit kaki terasa lembut!

Herbal Blend Multi-Purpose Cream (113g) :
- Krim yang melegakan ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
- Nyaman, bermentol dan tidak melekit.
- Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

Rawatan Dalaman

Kadang-kadang rawatan dalaman perlu untuk merawat masalah kesihatan. Kalau nak kulit cantik mestilah makan makanan yang berkhasiat. Orang kata " You Are What You Eat ".

Vitamin yang dicadangkan untuk rawatan tumit pecah:

Vita-Lea Iron Formula : membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral. Ia menyokong kesihatan menyeluruh.

B Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap berfungsi mengekalkan kelembapan kulit.

Sustained Release Vita-C Plus : Anti oksidan dan penggalak penghasilan kolagen semulajadi.

Ostematrix : Membantu merawat masalah tumit pecah.

Jika anda mahukan hasil yang lebih baik, tambahkan Shaklee Collagen Powder kerana ia melembapkan kulit yang kering dan meredakan gatal-gatal.

Sumber rujukan:  GenkiMomma & Shaklee Malaysia

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Friday, 14 March 2014

Hilangkan Jeragat Dengan Vitamin.

Jeragat atau nama medikalnya 'melasma' adalah masalah utama kaum wanita Asia.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jeragat ialah:

(1) Wanita di antara umur 25 hingga 50 tahun.

(2) Wanita yang mengandung. Ketika ini mereka mengalami tambahan  hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) di trimester kedua dan ketiga.

(3) Wanita yang mengambil terapi pengganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause. Sewaktu ini hormon estrogen menguasai tubuh wanita. (Pil Perancang)

(4) Terdedah kepada cahaya matahari terik.

(5) Punca keturunan.

(6) Penggunaan kosmetik atau rawatan yang tidak sesuai.

Cara rawatan:
(1) Pengelupasan kimia (Chemical Peeling)
(2) Laser
(3) Microdermabrasion
(4) Krim dan sunblock
(5) Mengambil rawatan dalaman seperti ubat-ubatan atau vitamin semulajadi

Vitamin yang disyorkan untuk memperbaiki masalah jeragat dari dalam ialah:


Vitamin C
Salah satu vitamin yang penting untuk kesihatan seluruh badan. Ia memainkan peranan dalam penghasilan kolagen kulit secara semulajadi. Vitamin C juga adalah antioksidan dan berfungsi mencerahkan warna kulit. Shaklee Sustained Released Vita-C Plus diperbaharui dengan bahan baru iaitu 'Citrus Bioflavonoids' yang bermanfaat untuk mencegah jeragat kerana ia menghalang tyrosinase. Bioflavonoids ini membantu mencegah enzim dalam badan menghasilkan melanin (pigmen kulit) yang berlebihan. Apabila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan, pembentukan tompok-tompok hitam pada kulit akan terjadi.

Kebaikan Vitamin C yang lain ialah ia melambatkan penuaan, menguatkan sistem imun badan, membaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, antioksidan meningkat interferon dalam badan untuk memerangi kanser, membantu masalah insomnia dan mengekalkan kolestrol yang sihat.


Vitamin B
Hiperpigmentasi menjadikan kulit sesetengah kawasan badan bertukar menjadi tompokan hitam. Salah satu sebab ia terjadi kerana dipercayai mereka kekurangan Vitamin B12 (Cyanocobalamin). Fungsi Vitamin B12 ialah membantu mengatur penghasilan pigmen, dengan itu ia mencegah hiperpigmentasi dari mengganggu dan merosakkan warna kulit. Cara terbaik untuk mendapat nutrisi Vitamin B12 ialah mengambilnya dalam bentuk suplemen.

Shaklee B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang lengkap : Vitamin B1 (Thiamine), Vitamin B2 (Riboflavin), Vitamin B3 (Niacin), Vitamin B5 (Pantothenic Acid), Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride), Vitamin B7 (Biotin), Vitamin B9 (Folic Acid) dan Vitamin B12 (Cyanocobalamin).

Jadi paling mudah dan tak perlu pening-pening kepala, ambil B Complex lengkap kesemuanya dan kebaikannya adalah seperti membekalkan tenaga dan mempertingkatkan metabolisma, membantu penghadaman menukar karbohidrat, lemak dan protin kepada tenaga, memelihara rambut kulit dan kuku, melawan tekanan dan meredakan alahan.

Vitamin A
Vitamin A mempunyai pelbagai fungsi dalam merawat kulit dan salah satu kebaikannya ialah merawat tompok-tompok hitam dengan mengurangkan warna pigmen. Anda boleh menggunakan krim yang mempunyai bahan Vitamin A untuk meratakan warna kulit atau mengambil Vitamin A sebagai suplemen harian anda.

Beta Carotene, salah satu bentuk Vitamin A yang boleh didapati dengan pengambilan Carotomax Shaklee. Ia mengandungi 6 jenis karotenoid penting iaitu: Astaxanthin, Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Lutein dan Zeaxanthin. Ia berfungsi meredakan masalah kulit seperti psoriosis, senile plague, kulit kering, jerawat dan jeragat, anti penuaan, menjaga kesihatan mata dan kesihatan paru-paru.

GLA Complex
Jeragat juga boleh berlaku disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. GLA Complex membantu dalam mengawal paras hormon anda terutama sewaktu menopause. GLA Complex adalah asid lemak Omega-6 tak tepu. Shaklee menggunakan minyak borage kerana ia mempunyai kepekatan GLA yang paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain. Ia juga mengandungi Vitamin E semulajadi yang baik untuk rawatan kulit dari bahagian dalam epidermis. Kebaikan GLA Complex yang lain ialah ia mengurangkan sakit senggugut, menjadikan kulit berseri dan membantu mengurangkan neuropati pesakit kencing manis.


Protin juga sangat membantu menghilangkan jeragat kerana protin membantu dalam menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat dari kulit muka. Boleh tambahkan ESP Soy Protein Isolate Powder untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas dari jeragat

Sumber Rujukan: LiveStrong


*Berminat untuk dapatkan suplemen untuk jeragat ini? Order dari kami dan anda akan dapat konsultasi percuma secara berterusan dari saya, hanya untuk pelanggan Vitalife2u sahaja.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju & Jalan Maktab. Penghantaran melalui Poslaju seluruh Malaysia.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.