Showing posts with label Migrain. Show all posts
Showing posts with label Migrain. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

CoQ10, Tenaga Tanpa Batasan!


Bagaimana CoQ10 menghasilkan tenaga?

Dalam setiap sel  tubuh terdapat enjin selular yang dipanggil 'mitokondria' iaitu kilang penjana tenaga. Di sinilah makanan akan ditukarkan menjadi ATP (adenosine triphosphate) iaitu bahan kimia untuk menjana tenaga untuk sel tubuh badan. 

CoQ10 pula pemain utama di dalam proses menjana tenaga ini dan ia tidak boleh digantikan dengan nutrien yang lain. CoQ10 dikenali sebagai  ubiquinol iaitu sejenis enzim yang ada di setiap sel dalam badan. Hati kita menghasilkan ubiquinol ini dan mengubahnya kepada CoQ10 tetapi penghasilan ubiquinol yang berkualiti oleh hati akan menjadi semakin berkurangan apabila usia kita meningkat. Malah, pengambilan diet harian melalui makanan untuk memelihara paras CoQ10 adalah kurang daripada 10mg sehari.

Saraf, otot, jantung, hati, pankreas, buah pinggang dan sistem imun memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan baik, jadi ia memerlukan banyak mitokondria. Jika anda kekurangan CoQ10, penghasilan sel tenaga akan berkurangan dan menjadikan sel tubuh lemah dan anda rasa lekas letih dan radikal bebas lebih senang menyerang sewaktu sel-sel dalam keadaan lemah.

Oleh kerana tenaga adalah penting, kekurangan CoQ10 akan menuakan organ dalaman seperti jantung, hati, otak dan otot. Organ-organ ini bergantung pada penjanaan tenaga sepenuhnya untuk berfungsi dengan baik. Apabila sel organ-organ kita lemah, bukan saja kita rasa senang penat, sel-sel seperti sel sperma, sel telur, sel jantung dan sel otot semua tidak akan berfungsi secara normal. Bahaya bukan?

Tahukah anda?

Keperluaan CoQ10 meningkat bila individu mengalami tekanan kerana sel-sel tubuh menggunakan CoQ10 lebih banyak dan cepat.

Jika anda pengguna statin iaitu ubat yang digunakan oleh pesakit kolestrol untuk mengawal paras kolestrol, ia mengurangkan CoQ10 semulajadi dalam badan sehingga 50%!

Manfaat CoQ Health Plus
CoQ Health Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi dari campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.



Suplemen ini terkenal dalam memberikan kesan positif terhadap beberapa penyakit berikut:

  1. Sakit jantung
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Asma
  4. Migrain
  5. Parkinson
  6. Alzheimer
  7. Beberapa jenis kanser
CoQ10 juga dipercayai boleh membantu menghalang penuaan, meningkatkan tenaga minda, meningkatkan kesuburan dan memberi tenaga (energy booster) tanpa batasan!


Bukan mudah untuk mendapat jumlah 28mg CoQ10 melalui makanan harian.
Sel Sihat dan bertenaga akan memberikan perubahan ketara terhadap kesihatan dan tahap kecerdasan harian anda.

Harga runcit: RM 124.00 untuk 30 kapsul.

Rujukan: 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 
.

Wednesday, 16 April 2014

Gabungan Set Ostematrix

Promosi Ostematrix masih berlangsung sehingga akhir bulan ini. Jika anda mahu mengoptimumkan kegunaan Ostematrix dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain, saya cadangkan set-set di bawah untuk kesihatan anda dan keluarga.

Cadangan Set-Set Ostematrix:
  • Tulang & Sendi Yang Sihat 
OsteMatrix + Advanced Joint Health Tablet
- Kalsium membantu mengurangkan risiko osteoporosis jika diambil secara berterusan.
- Meningkatkan fungsi sendi dan menyokong pergerakan, kelenturan dan kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.

  • Ibu Hamil/ Menyusu
OsteMatrix + OmegaGuard
- Membantu meningkatkan paras kalsium sewaktu hamil dan menyusukan bayi.
- Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.

  • Tekanan/ Pening
OsteMatrix + B Complex
- Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung dan menggalakkan tidur yang selesa.
- Memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

  • Kembalikan Tenaga
OsteMatrix + ESP
-Magnesium di dalam Ostematrix membantu sistem saraf berfungsi dengan baik dan mengaktifkan enzim untuk hasilkan tenaga.
- Membantu menahan rasa lapar dan membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.

  • Masalah Sembelit
OsteMatrix + Herb-Lax
- Membantu melegakan sembelit kerana kandungan Magnesium dan Kalsium yang seimbang.
- Kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk merangsang usus percepatkan proses pembersihan secara lembut dan mengempiskan perut.

  • Senggugut/ PMS
OsteMatrix + GLA Complex
- Pengambilan serentak Kalsium dan Magnesium membantu meringankan sakit waktu haid.
- Memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

  • Masalah Wanita
OsteMatrix + Alfalfa Complex
- Membekalkan kalsium kepada wanita untuk mencegah osteoporosis, membantu masalah keletihan, mengurangkan rasa sakit belakang, memelihara keperluan kalsium untuk wanita menopause.
- Membantu mengurangkan masalah keputihan dan membantu sistem penghadaman yang lawas.

Rebutlah peluang promosi beli 6 percuma 1 botol Ostematrix ini, kegunaan untuk 7 bulan! Hanya RM 2 (harga untuk 4 biji Ostematrix!) untuk keperluan lengkap harian anda, Kalsium 1,000 mg bersama Magnesium dan Vitamin D. 

Buy 6 Ostematrix at RM 366, Free 1bottle of Ostematrix.

Maklumat lanjut tentang Ostematrix, klik di sini.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Thursday, 20 February 2014

B Complex dan Ostematrix Penawar Migrain



Migrain adalah sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dan boleh melarat sehingga 48 jam. Lebih teruk lagi ada yang rasa mual, muntah-muntah dan peka terhadap cahaya. Migrain sebenarnya adalah kombinasi dari pembengkakan pembuluh darah serta pelepasan beberapa zat kimia di sekitar pembuluh darah. Rasa sakit akan muncul diikuti arteri akan membesar menyebabkan keradangan dan pembengkakan pembuluh darah.

Kebiasaannya bila diserang migrain, kita akan bergantung pada panadol atau pain killer seperti Ponstan. Ia berkesan untuk hilangkan kesakitan itu tetapi pengambilan ubat-ubatan seperti ini dalam jangka masa panjang mempunyai kesan sampingan. Ada yang tidak bernasib baik, tidak boleh ambil langsung pain killer kerana risikonya buat pesakit jantung. Alternatif, saya cadangkan suplemen semulajadi dari Shaklee yang tiada kesan sampingan malah ia mempunyai bonus tambahan untuk kesihatan anda.


Vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk pesakit migrain:


(1) B-Complex with Folic Acid

Beberapa kajian telah mendapati Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride), B12 (Cyanocobalamin) dan Folic Acid (Folate) dipercayai membantu mengurangkan kekerapan dan kesakitan pesakit migrain. Shaklee B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang lengkap. Ia adalah penenang saraf (stress relief) yang membantu melawan simptom tekanan. 


(2) OsteMatrix (Calcium, Magnesium, Vitamin D & more)

Kalsium:
Kalsium amat penting untuk bahagian badan lain selain tulang. Ia membantu menyelesaikan masalah insomnia, kekejangan otot, mengurangkan kolestrol dalam darah dan membantu menetapkan ritma jantung. Kalsium juga diperlukan untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot.
Pesakit insomnia disarankan untuk mengambil kalsium sebelum masuk tidur untuk mendapar tidur yang lena.

Magnesium:
Magnesium adalah mineral yang amat penting kerana lebih 300 enzim di dalam tubuh badan kita bergantung pada magnesium. Magnesium membantu mengurangkan kesakitan pesakit migrain dan mengurangkan frekuensinya. Ia dipercayai boleh mencegah pesakit daripada diserang migrain sekali lagi untuk lebih dari 24 jam. Ia juga menggalakkan tidur yang aman dan mengurangkan masalah kisar gigi sewaktu tidur.


Vitamin D:
Vitamin D penting untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin ini terdedah pada risiko masalah batu dalam ginjal dan pundi kencing.

Sumber: Dr Atkins

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju

Shaklee ID no. 914948.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.