Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts
Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

Rahsia Kembali Dara!

Teruja saya nak berkongsi testimoni dari seorang pengguna yang mengamalkan Collagen Powder dan Vivix ini. Yang istimewanya, testimoni kali ini dari seorang pengguna berumur 60 tahun. Apa yang istimewa sangat? 


Katanya:
" I baru borak dengan mak I, dia malu nak bagi testimoni. Dia dah makan Collagen Powder dari bulan Disember 2013. Vivix baru habis satu botol. Baru nak mula Vivix botol yang kedua. Mak saya berumur 60 tahun. Dia cakap (hahaha dah masuk bahagian 18SX). Suami cakap bila bersama rasa ketat! U makan apa? Jamu ke? Dia cuma ambil Collagen Powder secara konsisten satu kotak setiap bulan, diselang seli kan dengan Vivix"

Sebahagian besar wanita yang mengalami menopause akan mengalami kehilangan elastisiti dan kolagen di bahagian muka, sendi, dinding arteri dan tisu vagina. Semua ini terjadi disebabkan oleh penurunan kadar estrogen yang dihasilkan oleh tubuh. Ia menyebabkan vagina menjadi kering dan mengakibatkan rasa pedih ketika bersama.

Shaklee Collagen Powder membantu mengetatkan kembali vagina yang telah longgar, sesuai diamalkan buat wanita yang sudah melahirkan anak dan menopause. Anak dara juga boleh amalkan minuman kolagen ini kerana penghasilan kolagen berkurangan pada setiap tahun selepas umur 25 tahun.

Vivix pula adalah jus anti penuaan yang mengandungi resveratrol paling power, Ia telah terbukti memberi kesan positif kepada 4 mekanisme utama penuaan selular iaitu: pertahanan sel, menjana tenaga sel, memperbaiki sel dan prestasi sel. 
Di zaman ini, tekanan persekitaran dan pemakanan yang tidak sihat punca kepada kerosakan dan kelemahan sel DNA. Jadi, bukan umur yang meningkat yang membuat badan sakit-sakit tetapi faktor persekitaran membuatkan kita menjadi tua daripada umur yang sebenar. Majoriti wanita kelihatan lebih cepat tua daripada umur sebenar. Untuk memperlambatkan diri dari kelihatan tua dari usia, kenalah makan Vivix.

Jom amalkan kedua-dua suplemen ini sebagai rahsia kebahgiaan rumahtangga, awet muda dan bertenaga. Ia juga sesuai untuk kaum Adam di luar sana.

Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
1) Lagi testimoni tentang Shaklee Collagen Powder.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang produk dan cara pengambilan apabila anda membuat pembelian dari saya.

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u



Saturday, 26 April 2014

Atasi Rambut Gugur



Masalah rambut gugur bukan sahaja dialami oleh kaum lelaki tetapi juga menjadi masalah kaum wanita terutama sekali selepas wanita melahirkan anak. Perubahan hormon adalah punca utama rambut gugur di kalangan wanita. Peningkatan hormon estrogen sewaktu mengandung menghasilkan rambut yang lebat dan sihat tetapi tahap estrogen ini menurun kepada paras normal selepas melahirkan anak membuatkan rambut gugur. Masalah ini normal dan memerlukan masa dalam 6 hingga 12 bulan untuk kembali normal.

Vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur berpanjangan ialah:


  • ESP sumber protein - rambut kita terdiri daripada 97-100% protein jadi protein untuk pertumbuhan rambut adalah amat penting. Terdapat 8 jenis amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan untuk dapatkan amino asid ini kita perlu ambil makanan berprotein tinggi seperti telur, susu, keju, yogurt, soya, daging dan ikan. Protein berkualiti tinggi dan rendah indeks glisemik dapat memenuhi keperluan protein harian anda, tanpa lemak. Kekurangan protein akan melambatkan proses pertumbuhan rambut baru atau lebih teruk rambut memasuki fasa berehat terlalu lama mungkin akan menyebabkan botak.
  • Vita-Lea sumber multivitamin dengan zat besi - Rambut yang sihat memerlukan vitamin dan mineral seperti selenium, copper dan magnesium. Semua ini terlibat dalam membina protein yang akan membentuk rambut yang sihat. Kekurangan zat besi juga adalah salah satu penyebab keguguran rambut.
  • Ostematrix sumber vitamin D dan magnesium - Ada kajian mencadangkan vitamin D memainkan peranan dalam kitaran pertumbuhan rambut baru.
  • B Complex sumber vitamin B dengan Biotin - membantu merangsang pertumbuhan rambut dan kuku yang baru, Ia juga dikenali sebagai vitamin anti-stress kerana tekanan juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
  • Zinc Complex - menyokong dan mempercepatkan pertumbuhan sel baru. Kekurangan zinc dipercayai boleh menyebabkan keguguran rambut, rambut kelihatan tidak bermaya dan beruban lebih cepat.
  • Shaklee Collagen Powder (SCP) - kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot dan tulang sendi. SCP mengandungi bahan unik iaitu ekstrak Tsubaki (Camellia Japonica) yang membantu menyuburkan rambut dan melembapkan kulit. Tsubaki ini adalah bahan tradisi orang Jepun untuk mengatasi masalah penuaan rambut, rambut kering dan tidak berkilat. Ia juga melindungi warna rambut supaya tahan lama.
Selain vitamin, penjagaan luaran juga perlu untuk permulaan dalam menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat dan kembali lebat. Antara produk luaran Shaklee untuk kesihatan rambut ialah :

  • Prosante Nourishing Scalp Treatment - mencergaskan folikel rambut, merangsang peredaran darah dan memberikan tenaga kepada bebawang rambut yang hidup. Antioksidan yang terdapat di dalam vitamin A dan E serta CoenzimQ10 melindungi kulit daripada radikal bebas. Tonik ini ialah diformulasikan bebas minyak terbukti mampu mengurangkan rambut secara semulajadi.
  • Prosante Shampoo dan Conditioner - elakkan dari mengguna shampoo dan conditioner yang berkemikal tinggi kerana ia akan menarik minyak penting (essential oils) semulajadi dan merosakkan protein rambut seterusnya menghentikan pertumbuhan. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian shampoo dan conditioner Shaklee, boleh klik di sini.
Semua di atas adalah cadangan sahaja. Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin mengikut keperluan dan bajet, anda boleh lah hubungi saya di talian berikut. 


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 


Thursday, 24 April 2014

Bahaya Ambil Shaklee Collagen Powder.

Cerita terkini yang hangat diperkatakan di dalam Shaklee Exclusive PitStop (iaitu private group dalam FB khas untuk pembeli kami) ialah aduan mengenai Shaklee Collagen Powder. Aduan apa tu? Shaklee Collagen Powder(SCP) tak bagus ke? Dah lah mahal kan, kemudian banyak aduan pula tu. Mari kita tengok aduannya.

  • Aduan Pertama:

SCP mengeratkan lagi hubungan suami isteri!
Testimoni Credit: mommasihat.net
Kawan-kawan, ingat tak lagi pasal gossip SCP yang saya nak cerita tu? SCP ni membantu mengeratkan hubungan suami isteri tau. Saya ada testimoni di kalangan ibu-ibu perterngahan umur. Ini antara perbualan antara saya dan kawan-kawan saya:

Cerita dari Puan A: Seriously sekarang aku dah risau. Husband aku asyik nak berkepit dengan aku je. Aku perasan sejak aku ambil SCP ni, suami aku asyik nak berpeluk je. Rimas tapi happy juga! Cuma risau juga takut lekat lagi!

Cerita dari Puan B: Aku pula, suami aku yang kata lain sikit masa kami bersama. Dia cakap tak macam selalu. Aku faham sebab memang aku pun rasa lain sikit. Lebih energy dan rasa macam entah la. Aku nak cerita lebih-lebih pun malu. Tapi korang faham-faham la. Kita kan banyak bersalin so kelainan memang terasa. Alhamdulillah.


  • Aduan Kedua:

Shaklee Collagen Powder (SCP) : Menegangkan kulit, menganjalkan dan membesarkan payudara.
Testimoni credit: mynutrisi.com
SCP buat kulit muka, kaki dan tangan rasa tegang dan lembut. Saiz buah dada jadi besar dari cup B ke C. Mula-mula ingat kerana gemuk sebab bra ketat tapi bila ukur lilit tetap sama, cuma cup je bertukar.

Aduan isteri-isteri macam ini buat suami gembira apa salahnya kan. Berbaloi lah macam tu beli Shaklee Collagen Powder.

Kolagen adalah protin utama tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan badan. Ia menyokong sebahagian sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Penghasilan kolagen berkurangan pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir 50% dari kolagen yang ada.


Kesan kehilangan kolagen pada badan:
Payudara dan punggung kekurangan bentuk, kulit kering dan kehilangan keanjalan, kelihatan tua dari umur sebenar, mula mempunyai masalah dengan organ dalaman, kehilangan kalsium dan rasa sakit belakang dan sakit-sakit badan.

Berbaloi pilih kolagen SCP ini. Untuk maklumat lanjut tentang SCP, boleh klik sini.

Harga Shaklee Collagen Powder  (15 sachets) : RM 298
1 kotak mengandungi 15 paket dan boleh dibuat untuk penggunaan sebulan. Cara-cara makan akan diajar bila anda beli SCP dengan Vitalife2u.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

Tuesday, 18 March 2014

Rawatan Untuk Tumit Kaki Merekah

Dulu-dulu waktu sekolah tak pernah ada masalah tumit kaki pecah tapi semenjak dah berumur ini, mulalah macam-macam masalah timbul. Salah satunya masalah tumit kaki kering dan merekah. Hodoh betul bila pakai kasut yang terdedah tumit, bila jalan pasti orang belakang kita akan perasan keburukan tumit kita itu. Kalau naik escalator lagi lah, bila tangga naik orang belakang dapat tengok dengan jarak lebih dekat lagi. Walaupun orang sebenarnya tak tengok, tetapi kita ada perasaan risau kalau ada pula mata yang memerhati tumit kita.

Apakah sebenarnya punca tumit kaki merekah atau pecah-pecah?

(1) Memakai kasut yang terlalu ketat, mempunyai bahagian tumit yang terbuka atau bertumit tinggi.

(2) Berat badan terlebih.

(3) Berjalan kaki ayam.

(4) Berdiri terlalu lama.

(5) Masalah kesihatan yang menyebabkan kulit menjadi kering contohnya pesakit Diabetes.

(6) Masalah kesihatan kulit seperti Psoriasis.

Kita ada 2 cara untuk merawat masalah ini iaitu dengan penjagaan asas luaran dan dalaman.

Rawatan Luaran
Rawatan menyental disarankan dibuat sebelum tidur dengan merendam kaki dahulu di dalam air yang suam bercampur sedikit garam untuk 10 minit. Kemudian, tumit digosok perlahan dengan batu pumis (pumice).Setelah proses menyental, keringkan kaki dan sapukan krim Herbal Blend Multi-Purpose Cream dan pakai stokin sepanjang anda tidur. Esok pasti kulit kaki terasa lembut!

Herbal Blend Multi-Purpose Cream (113g) :
- Krim yang melegakan ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
- Nyaman, bermentol dan tidak melekit.
- Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

Rawatan Dalaman

Kadang-kadang rawatan dalaman perlu untuk merawat masalah kesihatan. Kalau nak kulit cantik mestilah makan makanan yang berkhasiat. Orang kata " You Are What You Eat ".

Vitamin yang dicadangkan untuk rawatan tumit pecah:

Vita-Lea Iron Formula : membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral. Ia menyokong kesihatan menyeluruh.

B Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap berfungsi mengekalkan kelembapan kulit.

Sustained Release Vita-C Plus : Anti oksidan dan penggalak penghasilan kolagen semulajadi.

Ostematrix : Membantu merawat masalah tumit pecah.

Jika anda mahukan hasil yang lebih baik, tambahkan Shaklee Collagen Powder kerana ia melembapkan kulit yang kering dan meredakan gatal-gatal.

Sumber rujukan:  GenkiMomma & Shaklee Malaysia

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah), Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Wednesday, 19 February 2014

Tips Pemilihan Kolagen Yang Sesuai Untuk Anda

Kolagen sekarang menjadi topic hangat di kalangan wanita zaman ini. Semua hendak kekal muda dan nampak jelita. Masalahnya, terlalu banyak jenis kolagen yang kini berada di pasaran. Ada kolagen dari rumpai laut, kolagen dalam bentuk pil, ibu kolagen dan macam-macam lagi. Jadi, bagaimanakah kita hendak menilai sesuatu kolagen itu samada ia adalah terbaik atau tidak?

6 tips bagaimana nak tentukan kolagen itu bagus atau tidak:

(1) Jenis kolagen.

Ada 3 jenis kolagen yang berada di pasaran iaitu plant collagen, animal collagen dan marine collagen.

Plant collagen yang dihasilkan dari buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai rasa yang sedap dan harganya lebih jauh murah TETAPI kolagen jenis ini mempunyai kadar serapan yang paling rendah. Jadi, ia kurang efektif berbanding dengan sumber kolagen yang lain.

Animal collagen pula dihasilkan daripada  kulit lembu dan kulit khinzir. Selalunya digunakan melalui cara suntikan kerana kolagen jenis ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan tisu kulit manusia. Ia hanya digunakan khusus untuk kecantikan kulit sahaja.

Marine Collagen, SCP kita adalah dari sumber jenis ini iaitu dari sisik ikan merah (Red Scale Snapper - RSS). Dipercayai, ikan yang mampu hidup sedalam 2,000 meter mempunyai kolagen yang sangat kaya. Ikan merah kita pula mampu berenang sehingga 5,000 meter di bawah paras laut! Ini adalah salah satu faktor kenapa SCP lebih berkualiti tinggi kerana sumber kolagennya dari sisik ikan merah yang tahan lasak, satu-satu ikan yang mampu berenang pada tekanan tinggi di dasar laut dalam. Kolagen jenis ini bukan sahaja untuk kecantikan semata-mata, tetapi ia mempunyai manfaat lain seperti menyokong kesihatan sendi, menguatkan tulang dan membantu mengekalkan otot-otot di dalam mata.


Satu-satu ikan yang mampu berenang sejauh 5,000 meter dengan tekanan yang tinggi.

(2) Bioavailabiliti.

Bioavailabiliti, bermaksud keupayaan kolagen itu diserap secara berkesan oleh tubuh badan kita. Ini adalah faktor yang paling kritikal dalam menilai kolagen yang kita nak pilih. 
Masalah dengan molekul kolagen yang berada di pasaran ialah mereka ini mempunyai jisim molekul bersaiz besar (kecuali mereka telah melalui proses hydrolysed), ia terlalu besar sehingga susah untuk diserap oleh badan. Bila kita makan kolagen bermolekul saiz besar ini, ia tidak sampai ke dermis di mana kolagen duduk di bawah lapisan kulit.

'Molecular weight'- (Berat molekul) ialah ukuran saiz untuk molekul kolagen. Salah satu ciri kolagen yang bagus ialah  ia mempunyai bioavailabiliti yang baik, penyerapan paling pantas dan optimum. Jadi, kolagen yang bagus mesti mempunyai molecular weight bersaiz kecil.

SCP berjisim cuma 1,000 dalton menjadikan ia kolagen paling rendah di pasaran.

'Dalton' ialah ukuran unit untuk molecular weight. Collagen komersial di pasaran selalunya mempunyai molecular weight di antara 3,000 hingga 50,000 dalton. SCP berjisim paling kecil iaitu 1,000 dalton, bioavailabiliti yang menakjubkan!

Rata-rata pengguna SCP memberi maklum balas yang mereka mendapati kulit bertambah licin dan terasa lembut bagai disapu pelembap selepas penggunaan 2 hingga 5 sachet SCP. Ini membuktikan yang penyerapan SCP begitu efektif sehingga kesannya diperoleh dalam tempoh yang agak singkat.

(3) Potensi

SCP mengandungi 4,000mg of RSS kolagen setiap sajian, ideal untuk mereka yang ingin menambah kolagen untuk lebih sihat dan rasa lebih muda.  

Fakta Nutrisi SCP
1 sachet SCP mengandungi:
(1) Tenaga 19 kcal
(2) Karbohidrat 0.9 gram
(3) Gula kurang 0.5 gram
(4) Protin 4 gram
(5) Lemak 0 gram
(6) Sodium 30 mg
(7) Vitamin C 100mg : membantu meningkatkan fungsi kolagen.
(8) Tsubaki (camellia japonica) seed extract 50 mg : membantu menyuburkan rambut dan melembapkan kulit.
(9) Pfaffia ekstrak 50 mg : membantu melembapkan kulit.
(10) Fish kolagen 4,000 mg : untuk keanjalan kulit dan menyokong kesihatan sendi dan tisu.
(11) Vitamin B6 1 mg : bertindak sebagai antioksida melawan simptom penuaan.
(12) Vitamin B2 0.6mg : juga antioksidan.
Bahan lain: Red Snapper Scale Extract, Ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophillus : membantu penghadaman supaya kolagen mudah diserap oleh badan), Milk extract, Trehalose, Stevia, Natural Orange Flavor
*Nota: SCP tidak sesuai buat anda yang ada allergi pada makanan laut.
SCP menganjal, menghidrat dan bertindak sebagai anti oksidan untuk megelakkan penuaan.

(4) Formulasi

Dalam memilih kolagen, pastikan kolagen yang anda pilih telah melalui ujian klinikal. Ini bertujuan untuk memastikan bahan aktif dalam kolagen berkesan, tiada toksik dan selamat digunakan.
Ujian klinikal yang terbaik kalau boleh biarlah dibuat di negara seperti Jepun, USA atau Europe. Kenapa mesti negara-negara ini? Sebab mereka mempunyai kualiti dan standard makmal yang tinggi yang wajib dipatuhi oleh mereka.



Keputusan Ujian Klinikal yang dilakukan oleh saintis Shaklee mendapati SCP terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah selepas penggunaan 8 minggu:

SCP terbukti:
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap  sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis-garis halus dan kedut-kedutan sehingga 18%

Perbezaan SCP dengan syarikat-syarikat kolagen yang lain:


(5) Negara buatan

Berhati-hati apabila memilih kolagen buatan China dan sebagainya kerana standard pembuatan dari negara ini (manufacturing control) tidak begitu ketat seperti di Jepun. Banyak saja kes keselamatan produk barang import dari negara Asia yang bermasalah seperti susu formula bayi rosak, makanan binatang mengandungi racun dan ubat gigi yang tercemar.

SCP dibuat di Tokyo, Jepun (refer pada gambar kotak SCP di bawah). Jepun adalah negara moden yang terkenal dengan teknologi tinggi dan amat menitikberatkan kualiti dan keselamatan untuk penggunanya. 

Pembuatan di: Shaklee Japan, Tokyo, Japan.

(6) Reputasi Syarikat Buatan

Akhir sekali, kita kenalah ambil tahu siapa yang menghasilkan produk kolagen yang kita pilih itu. Seperti SCP, ia dihasilkan oleh Shaklee yang sudah bertapak dalam bidang nutrisi suplemen sejak tahun 1915. Shaklee merupakan syarikat nutrisi no. 1 di Amerika Syarikat. Jadi tak perlu risau kerana mereka sudah berpengalaman dan arif mengimport produk mereka ke Malaysia.

Untuk anda yang berminat nak cuba sekotak SCP ini bolehlah hubungi no. saya di bawah.

Sumber: Shaklee Malaysia

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju

Shaklee ID no. 914948.

COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.

POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.

Thursday, 3 October 2013

Promosi October 2013 - Shaklee Collagen Powder, Buy 6 Free 1

Untuk promosi bulan ini,  beli 6 kotak terus Shaklee Collagen dan dapatkan 1 kotak percuma Shaklee Collagen Plus yang bernilai RM298 sekotak. Bukan itu sahaja, anda akan dapat KEAHLIAN SHAKLEE secara percuma.

Bonus tunai dengan belian set promosi ini pada bulan berikutnya. 

Berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee secara part time atau full time bersama group kami. 





Info ringkas tentang Shaklee Collagen Powder (SCP):

SCP dihasilkan dari kolagen sisik ikan merah kerana ikan merah ialah satu-satunya ikan yang tahan hidup di bawah paras laut yang dalam sehingga 5,000m di bawah paras laut dan pada keadaan bertekanan tinggi. Jadi sisik ikan merah ini menjadi sumber kolagen yang sangat tahan lasak. (sumber: GenkiMomma)

7 bahan utama SCP ialah: ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen sisik ikan merah, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C & Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan anda dari  dalam ke luaran.

SCP ini boleh diambil dalam 2 cara iaitu:
  1. Di minum
  2. Sapuan luar kulit bertindak sebagai masker

Kebaikan SCP:
  • Anti penuaan : mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Mengembalikan keanjalan: menjadikan kulit lebih tehang, anjal dan lembut.
  • Melembap: melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada kulit.
  • Mencerah: mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.
  • Menegang: membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • Menyubur: menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar.
  • Meningkatkan pergerakan: menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk dan harga, sila WA/ SMS 012-205 0904 atau email saya di nfarahr@gmail.com