Wednesday, 22 January 2014

Shaklee Malaysia Halal Atau Tidak?

Isu halal ke atas produk Shaklee timbul apabila ada yang was-was apabila mengetahui kesemua produk Shaklee diimport dari USA. Kemudian ditambah lagi, apabila dapat tahu produk Shaklee yang berkapsul dibuat daripada Bovine Gelatin. Ha! Mari saya terangkan satu persatu supaya segala perasaan was-was anda bertukar kepada 'Saya YAKIN produk Shaklee adalah HALAL'.

Sijil Halal Shaklee

Jika di Malaysia kita ada JAKIM, di USA mereka ada 2 badan, iaitu:

(1) Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
(2) Islamic Services of America (ISA) - Badan yang telah keluarkan sijil halal untuk Shaklee USA

Sijil Halal Produk Shaklee untuk tahun 2013 di bawah telah dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA), yang telah pun diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):



Sila klik Shaklee Malaysia jika mahu lihat imej sijil ini dengan lebih jelas.

Sijil halal dari ISA ini sah sehingga 31 Disember 2013 dan akan diperbaharui setiap tahun dalam bulan Februari. Oleh itu, sijil halal untuk 2014 akan di update di laman Shaklee Malaysia tidak lama lagi.

Islamic Services of America (ISA)

Di bawah ialah bukti bahawa ISA telah diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh semak sendiri senarai penuh badan Islam di luar negara yang disahkan oleh JAKIM di sini.

ISA juga telah mengesahkan yang mereka telah mendapat akreditasi halal dari JAKIM yang boleh di semak di sini.


Ok. Masih ragu-ragu? Saya juga mendapat tahu ada segelintir anda yang mahu kepastian telah cuba menghubungi JAKIM sendiri. Saya tekankan sekali lagi, JAKIM tidak mengeluarkan Sjiil Halal buat Shaklee Malaysia kerana produk Shaklee telah mendapat Sijil Halal dari ISA yang telah pun diiktiraf oleh pihak JAKIM sendiri.  

Di bawah adalah penjelasan yang telah diberikan oleh JAKIM dari Facebook FanPage mereka:

Status kami perolehi dari FanPage JAKIM di Facebook.

Bovine Gelatine

Senarai jenis-jenis gelatin yang digunakan oleh industri perubatan ialah:

- Bovine Gelatine (lembu)
- Porcine Gelatine (khinzir)
- Avian Gelatine (burung)
- Fish Gelatine (ikan)
- Human Gelatine (manusia)
- Vegetable Gelatine (sayur-sayuran)

Produk Shaklee yang berkapsul menggunakan Bovine Gelatine ialah: 

Lecithin, OmegaGuard, CarotoMax, Vitamin E Complex, GLA Complex & CoQ Health Plus.


Kesemua produk Shaklee yang diimport dari USA buat pasaran Malaysia telah disahkan HALAL. Ini bermaksud, isu bovine Gelatine (yang mungkin tidak disembelih mengikut cara Islam) dan isu produk Shaklee dibuat dari USA adalah diyakini HALAL.

Saya harap maklumat ini jelas. Anda patut yakin yang produk Shaklee Malaysia adalah 100% Halal. 

Jika berminat untuk membeli produk Shaklee, sila hubungi nombor saya di bawah. 

Sumber: GenkiMomma

☆Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>PM di Facebook Vitalife2u
>Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 

Wednesday, 15 January 2014

Vitamin untuk Ibu Bersalin/ Berpantang

Set Bersalin atau berpantang Shaklee adalah 100% halal, berunsurkan dari bahan semulajadi dan selamat untuk ibu dan si comel. Berbanding dengan jamu tradisional, ianya boleh dimakan dari hari pertama ibu melahirkan anak dan tidak  menyebabkan si comel jaundice. Ianya mudah dipraktikkan secara konsisten dan sesuai untuk ibu yang menyusu.

Secara ringkas, fungsi set berpantang adalah untuk:

(1) Memulihkan organ peranakan dan mengecutkan rahim.
(2) Merawat luka luaran dan dalaman.
(3) Mengelakkan stress (meroyan)
(4) Mengembalikan saiz badan sebelum bersalin.
(5) Melancarkan susu badan.

Set Berpantang yang kami sarankan ada 3 jenis, ikut kesesuaian budget anda:
(1) Pakej Asas - RM 269
(2) Pakej Milk Booster - RM 480
(3) Pakej Premium - RM 586

Fungsi setiap vitamin yang terdapat dalam set-set yang ada adalah seperti berikut:-

Pakej Asas:
Vita-Lea Iron Formula - Multivitamin dan mineral lengkap dengan zat besi. Ia penting untuk ibu yang kehilangan darah ketika bersalin.
Sustained Release Vitamin C 500mg - Sumber kolagen dan antibodi buat si ibu.
B Complex - Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang lengkap dengan Asid Folik. Membantu melawan simptom tekanan & kemurungan (meroyan) dan memberi tenaga.
Zinc Complex - Ia adalah komponen utama ikan haruan yang dipercayai mempercepatkan baik pulih luka ibu bersalin (normal/ caesarean), mengurangkan masalah keguguran rambut dan menstabilkan hormon.


Pakej Milk Booster  (Pakej Asas + Ostematric + Energising Soya Protein)
Ostematrix - Mengandungi kalsium, magnesium & Vitamin D. Membantu mengurangkan kekejangan otot, memberi kualiti tidur yang baik dan melawaskan penghadaman.
Energising Soya Protein - Mengandungi 9 jenis asid amino perlu, rendah glisemik dan sesuai untuk pesakit diabetes. Membaik pulih sel yang rosak, memberi tenaga dan  melancarkan penyusuan si ibu.


Pakej Premium  (Pakej Asas + Ostematric+Energising Soya Protein+Alfalfa Complex +Lecithin)
Alfalfa Complex - Digunakan secara tradisional untuk meningkat penghasilan susu ibu (milk booster), diuretik semulajadi dan penyahtoksin badan. 
Lecithin - Membantu dalam meningkatkan ingatan, menyokong kesihatan kardiovaskular, memelihara trigliserida yang sihat & kuruskan badan.



Buatlah pilihan tepat. Pilih Set Bersalin/ Berpantang dengan Shaklee!

Konsultasi akan diberikan secara percuma dan berterusan. 

Sumber: www.genkimomma.com, Shaklee Malaysia.

Berminat untuk dapatkan mana-mana set di atas. Harga ISTIMEWA dari kami.
☆Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:

>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>PM di Facebook Vitalife2u
>Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 

Sunday, 12 January 2014

Kegemukan Mengundang Pelbagai Penyakit

Kegemukan terjadi ketika jumlah cadangan lemak dalam tubuh berlebih. Jika dibiarkan, ia akan sampai kepada kes obesiti. Ibarat lampu lalu lintas, kegemukan itu lampu kuning memperingatkan anda untuk berhati-hati.



11 sebab kenapa anda perlu kurangkan berat badan:

(1) Wanita gemuk terdedah kepada risiko kanser endometrial (kandungan) & payudara. 

(2) Mereka yang gemuk & berperut besar di usia 40an, terdedah kepada penyakit dementia. Di mana otak gagal berfungsi dengan baik, punca hilang ingatan dan tidak waras. 

(3) Kegemukan terdedah kepada diabetes. Lebihan lemak akan mempengaruhi kemampuan tubuh menyeimbangkan gula darah.

(4) Kegemukan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Lebihan lemak akan meningkatkan tahap kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan trigliserida. Dalam masa yang panjang, lemak darah ini akan membentuk timbunan lemak (plak) pada arteri iaitu punca penyakit jantung koroner & strok.

(5) Kegemukan membuat seseorang itu rasa tertekan (depress).

(6) Wanita gemuk paling senang mengalami sakit badan bila melakukan senaman. 

(7) Wanita gemuk adalah 2 kali lebih berisiko mendapat gangguan di kawasan pundi kencing (pelvic floor disorder) dari wanita biasa. Masalah selalu dihadapi oleh wanita gemuk ialah tidak dapat menahan kencing dan selalu mengalami kebocoran(urinary incontinence).

(8) Kegemukan menyebabkan buah pinggan rosak (Chronic Renal Failure). Wanita lebih berisiko tinggi terdedah kepada CRF berbanding dengan lelaki.

(9) Terpaksa menanggung kos perubatan yang mahal. Pesakit diabetes mempunyai perbelanjaan yang besar untuk kos perubatan mereka.

(10) Kegemukan terdedah kepada penyakit asma. Malah, ubat glucocorticoids yang membantu masalah semput didapati kurang berkesan kepada pesakit yang gemuk.

(11) Kegemukan akan selalu mengalami tekanan di bahagian sendi dan terdedah kepada penyakit Arthritis.

Demi kesihatan anda, walaupun dengan menurunkan berat badan sebanyak 10% saja mampu memberi kesan positif pada kesihatan anda.

Di Shaklee kita ada suplemen vitamin untuk membantu anda mengurangkan berat badan tetapi perlu diingatkan, bergantung hanya pada vitamin tanpa melakukan senaman dan mengurangkan pemakanan tidak akan membantu anda. Jadi, anda kena tukar kepada gaya hidup lebih sihat dan bersemangat untuk turunkan berat badan.

Vitamin berikut dipercayai membantu dalam mengurangkan berat badan:

HerbLax - Membantu membuang toksin dalam badan dan melancarkan pembuangan
Lecithin - Berfungsi memecahkan lemak berlebihan dalam badan
OmegaGuard - Membakar lemak. 
Alfalfa Complex - fiber yang mengangkut lemak yang telah diemulsi oleh Lecithin/ OmegaGuard keluar dari badan
Cinch Shake - Protein diperlukan untuk membina otot dan menahan diri dari lapar. Mengelakkan kulit geleber sewaktu berdiet.

Vitamin/ Suplemen di atas adalah set lengkap yang baik jika diambil semua sekaligus. Walaupun begitu tak semua yang mahu berbelanja besar atau tidak punya budget yang cukup. Oleh itu, kita ada Set Slimming Budget yang tak kurang hebatnya. 

Gambar ihsan dari Google Search. Testimonial credit: IbuHakimHaikal.
Set Slimming Budget terdiri daripada HerbLax, Lecithin & Alfaflfa Complex. Sempena promosi Januari 2014, anda boleh dapatkan set ini pada harga ISTIMEWA.

Konsultasi akan diberikan secara percuma dan berterusan. 

Sumber: AllYou

*Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
PM di Facebook Vitalife2u
SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
Email: nfarahr@gmail.com
Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju. Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 

Thursday, 9 January 2014

Cara Daftar Ahli Shaklee

Anda mencari peluang untuk menambah pendapatan? Tak kiralah anda berkerja, suri rumah atau seorang pelajar, jika anda jawab YA pada soalan tadi, SHAKLEE adalah jawapannya.

Kenapa Shaklee?
Perniagaan Shaklee telah wujud selama lebih 50 tahun. Keistimewaan Shaklee, produknya adalah selamat, berkesan dan semulajadi. Dr Forrest C Shaklee ialah pencipta 'Shaklee's Vitalized Mineral' pada tahun 1915 dan menjadi pengasas Shaklee pada tahun 1956, berkerjasama dengan dua anak lelakinya Forest Jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen.
Shaklee telah melaburkan lebih USD 250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan klinikal. Setiap tahun lebih 83,000 ujian makmal dan ujian jaminan kualiti terhadap produk nutrien dan bahan-bahannya sahaja. 

Pada hari ini, rata-rata semua sudah pentingkan kesihatan. Ramai yang sanggup berbelanja untuk ke gym dan jaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Ada yang sanggup berbelanja untuk kesihatan anak-anak dan ibubapa. Ini menjadikan perniagaan Shaklee menguntungkan dan selamat untuk anda.


Sumber: Shaklee Malaysia
Tapi Shaklee ni MLM lah....
Ya, Shaklee adalah MLM. Yang menarik tentang perniagaan Shaklee, anda tidak dipaksa untuk berkerja untuk upline anda. Usaha anda adalah untuk anda, bukan untuk upline anda. Bonus tunai yang anda perolehi adalah dari titik peluh anda. Adil kan? 

Tiada penindasan. Jika anda kerja kuat anda boleh naik ranking. Malah downline yang berkerja keras dapat potong upline bila-bila masa saja.

Anda juga tidak perlu simpan stok. Anda tak perlu buat pinjaman beribu-ribu hanya untuk beli stok yang tidak tahu dapat dijual atau tidak. Tiada risiko! Anda hanya perlu buat belian bila anda ada pesanan. 


Kebaikan berniaga dengan Shaklee
- Pembelian stok boleh dibuat secara online atau dari HQ dan cawangannya.
- Dapat beli produk pada harga ahli, dapat kumpul UV (point) dan bonus tunai setiap 15 haribulan.
- Shaklee Malaysia ada menyediakan bengkel setiap bulan untuk ahli-ahli yang serius untuk berniaga
- Shaklee ada promosi setiap bulan dan anda dapat penjimatan lebih.

Kenapa join saya bersama kumpulan Genki Momma?


Sumber: Arnie MY FB

- Dapat support online and offline dari ahli-ahli kumpulan Genki Momma.
- Bimbingan terus menerus dari group rahsia di FB dan Whatsapp dari cara berniaga, tentang produk dan macam-macam lagi.
- Anda dapat rakan-rakan baru. Hubungan kami dalam Genki Momma ini memang rapat. Anda ada masalah, ada saja yang akan membantu.
- Perniagaan dalam kumpulan ini adalah 'family oriented'. Setiap kursus yang diadakan di bawah Genki Momma, anda boleh bawa anak-anak dan suami/ isteri bersama.


Cara-cara nak jadi ahli Shaklee.



(1) Yuran keahlian:

- RM 75 (+ RM10 termasuk pos untuk business kit)  Semenanjung Malaysia
- RM 85 (+ RM20 termasuk pos untuk business kit) Sabah & Sarawak
Yuran keahlian adalah seumur hidup. Anda cuma perlu aktifkan akaun setahun sekali. Produk paling murah ialah Zinc Complex berharga RM 33.

Atau

(2)  Dapatkan keahlian secara PERCUMA
Keahlian percuma bila anda beli produk Shaklee (vitamin/ skin care atau penjagaan rumah) melebihi 200UV, iaitu sekitar RM 640 ke atas.

Atau

(3) Beli Pak Gold Ambasador dan dapat keahlian PERCUMA
Pembelian pak ini melayakkan anda membawa perniagaan anda ke peringkat global. Anda dibenarkan membuaat tajaan bagi ahli baru di luar Malaysia. Bagi yang mahu memulakan perniagaan dan ingin simpan stok, ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.


Berminat?

Hantar maklumat anda di bawah ke: nfarahr@gmail.com atau sms/ whatapp saya di 012-205 0904:

- Nama penuh
- No IC
- Alamat
- Email address
- No telefon
- Nama dan No akaun bank untuk pembayaran bonus terus ke akaun anda setiap bulan
- Nama suami (jika ada)
- No telefon suami (jika ada)

Extra Bonus dari Shaklee
Bila anda kerja keras, Shaklee akan beri ganjaran lebih buat anda. Contohnya, jika jualan anda melebih 3,000 UV, bonus akan ditambah untuk anda setiap bulan dan anda terus naik 1st ranking sebagai Supervisor. Anda hanya perlu kekalkan status anda sebagai Supervisor untuk dapat bonus setiap bulan.

Dan ada lagi... selain program ganjaran tunai, Shaklee juga ada Program Kereta, Program Konvesyen (macam bercuti di luar negara) dan macam- mam lagi.





Best kan?!! Mari join saya dan Genki Momma. Anda takkan menyesal!

*Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
PM di Facebook Vitalife2u
SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
Email: nfarahr@gmail.com
Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di SETIAWANGSA, Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 

Tuesday, 7 January 2014

Alfalfa Complex Bantu Turunkan Berat Badan

Alfalfa atau nama saintifiknya 'Medicago Sativa' telah digunakan oleh manusia lebih 2,000 tahun terutama oleh orang China sebagai ubat. Alfalfa dipercayai membantu menurunkan tahap glukosa dalam darah dan kolestrol.

Alfalfa kaya dengan mineral seperti fosforus, potasium, zink, silikon dan kalsium, Ia juga mengandungi vitamin A, C, E, K, B dan amino asid. Kandungan klorifil yang tinggi dalam alfalfa berfungsi mencuci hati (detoxifying the liver) untuk memastikan hati kita sentiasa sihat. Tahu tak hati kita ini berfungsi memecahkan lemak dalam badan? Untuk penurunan badan secara efektif, kita kenalah pastikan yang hati kita sihat dulu.



Berikut adalah gabungan terbaik dipercayai untuk turunkan berat badan:

Herb Lax - membersih usus (detox)
Lecithin/ OmegaGuard - pembakar lemak
Alfalfa Complex - fiber yang berfungsi menyerap lemak yang telah emulsi melalui pengambilan Lecithin/ OmegaGuard dan membawa ia keluar dari badan
ESP - membekalkan tenaga yang berterusan
Performance Drink - sesuai untuk mereka yang kurang minum air kerana ia berfungsi untuk seimbangkan bendalir dalam badan.

Perlu diingatkan, pengambilan air yang banyak seharian adalah penting kerana alfalfa mengandungi Vitamin K yang memekatkan darah. Pengambilan alfalfa tanpa air yang secukupnya akan memudaratkan kesihatan. Disarankan, pengambilan alfalfa dalam kuantiti yang kecil dahulu daripada memakan dalam kuantiti yang besar sekaligus.

Berminat untuk dapatkan Alfalfa Complex dengan harga istimewa? 

*Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
PM di Facebook Vitalife2u
SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
Email: nfarahr@gmail.com
Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di SETIAWANGSA, Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 

Sunday, 5 January 2014

Promosi Tahun Baru 2014 - Alfalfa Complex, Buy 6 Free 1


Promosi tahun baru 2014 dari Shaklee, dapatkan Alfalfa Complex iaitu produk Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Forest C. Shaklee dalam tahun 1950-an. 

Beli 6 botol mana-mana saiz Small (S) ataupun Large (L) dan anda akan dapat PERCUMA 1 botol!

Harga pasaran:
Alfalfa Complex (S) 330 biji RM 53.75
Alfalfa Complex (L) 700 biji RM 97.50

Info ringkas tentang Alfalfa Complex Shaklee:

Alfalfa sejenis tumbuhan yang mempunyai sistem akar yang panjang sedalam 6 meter ke dalam tanah. Akar yang panjang ini menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui  proses fotosintesis semulajadi. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

Alfalfa Complex Shaklee adalah diuretik semulajadi dan penyahtoksin badan.

Setiap hidangan Shaklee Alfalfa Complex mengandungi 300mg kalsium iaitu bersamaan dengan segelas susu.

MANFAAT ALFALFA - RAJA SEGALA TUMBUHAN & HERBA

- Milk Booster untuk ibu menyusu, merangsang dan menambah pengeluaran susu ibu
- Dipercayai boleh mengurangkan Alergik, merawat Asma & Arthritis
- Resdung

- Ekzema
- Gastrik
- Diabetis

- Merawat masalah keputihan
- Memulihkan urat selepas bersalin
- Memberi kelegaan semasa haid
- Berfungsi sebagai Kacip Fatimah untuk wanita
- Meningkatkan stamina suami
- Merawat penyakit usus (colon disorder)
- Cuci darah, hati dan mencuci usus untuk membuang toksik
- Mencuci buah pinggang
- Merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
- Membantu masalah sembab (fluid retention)
- Membantu masalah kurang selera
- Menyingkirkan lemak dan kolestrol
- Membantu melawan tumor
- Membantu penghadaman dan pencernaan
- Melegakan sembelit
- Buang angin
- Membantu mengurangkan bau badan, nafas dan kaki berbau
- Meneutralkan asid dalam badan

*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan ibu mengandung.

Mahu mencuba?
Anda masih layak untuk membeli sebotol atau dua botol Alfalfa Complex pada harga ISTIMEWA sepanjang bulan Januari ini. Boleh juga terus beli 6 percuma 1 dengan berkongsi bersama rakan-rakan atau saudara mara untuk penjimatan berlipat kali ganda.

Sumber: Shaklee Malaysia.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

*Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
PM di Facebook Vitalife2u
SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
Email: nfarahr@gmail.com
Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saya pengedar sah Shaklee di SETIAWANGSA, Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak. 




Friday, 27 December 2013

Omega-3 Cairkan Kahak & Sembuhkan Batuk

Mukus, bendalir licin yang berada di seluruh badan kita dihasilkan oleh membran mukus bertujuan untuk melawan jangkitan. Walaupun ia memainkan peranan yang penting untuk kesihatan kita, ia menjadi satu masalah bila mukus dihasilkan lebih banyak dari normal. Mukus ini akan berkumpul dengan banyaknya di kawasan paru-paru dan bertukar menjadi kahak. Kemudian, kita akan batuk tak berhenti-henti, rasa sukar untuk bernafas, sakit dada dan terasa letih akibat mukus sudah berada di tahap membahayakan kesihatan. 

Perbandingan saluran normal dan saluran tidak sihat

Cara alternatif selain rawatan perubatan, terdapat makanan lain yang dapat membantu merawat mukus berlebihan secara semulajadi. Antaranya ialah:

(1) Minyak Ikan Air Sejuk (Asid Lemak Omega-3)

Sewaktu keradangan dalam paru-paru berlaku, badan akan menghasilkan mukus lebih banyak dari normal. Minyak ikan air sejuk yang mengandungi Asid Lemak Omega-3 yang tinggi boleh mengurangkan inflamasi dan mengawal penghasilan mukus. Untuk mendapat kebaikan Omega-3 lebih baik, pilih ikan air sejuk yang dimasak cara bakar (baked), panggang (broiled) atau rebus (poached). Elakkan pemakanan daging merah dan daging yang diproses kerana kandungan lemak inflamasi yang tinggi. Ikan yang tinggi dengan khasiat Omega-3 ialah ikan seperti salmon, albacore tuna, herring, lake trout, flounder, halibut, sardines dan mackerel.

(2) Minum air suam

Minum air yang banyak terutama cecair suam seperti air suam, hot chocolate, teh herba dan sup kerana ia  membantu mencairkan mukus dan melegakan tekak yang perit. Air suam mampu mencairkan kahak dan membawa keluar kahak dan toksin dari badan.

(3) Buah-buahan dan sayur-sayuran

Untuk menguatkan sistem imun, badan kita memerlukan anti oksidan seperti Vitamin C dan Beta Carotene (CarotoMax Shaklee). Anti oksidan membantu membaik pulih dan menghalang mukus dari berleluasa.
Contoh terbaik buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai untuk kurangkan mukus adalah bawang, cili benggala (bell peppers), sayur daun hijau, seleri, daun parsley, bawang putih, brokoli, tomato, buah kiwi, buah beri, kiwi, ceri dan oren.
Elakkan kubis, pisang, kentang kerana meraka dipercayai boleh menggalakkan penghasilan mukus.

(4) Supplemen tambahan

Vitamin C, Vitamin E, Zinc dan minyak ikan dari OmegaGuard Shaklee adalah suplemen tambahan yang menghalang penghasilan mukus. Suplemen tambahan ini berkesan dalam membantu memecah dan menghapuskan mukus.

(5) Alternatif Susu adalah Kacang Soya

Elakkan minum susu dan minuman berkafein ketika ini kerana ia dipercayai akan memekatkan lagi kahak dalam badan.  Minuman soya seperti ESP Shaklee yang kaya dengan protein semulajadi adalah alternatif suplemen kalsium selain susu.


Bagi anda yang mahu mencuba vitamin semulajadi dari Shaklee, anda boleh mencuba Sustained Release Vitamin C 500mg ( Chewable Vitamin C 100gm untuk kanak-kanak) dan Garlic Complex untuk meningkatkan sistem imun. Tambahkan dengan OmegaGuard bagi anda yang batuk berkahak kerana Asid Lemak Omega-3 mampu memanaskan dada dan mencairkan kahak.

Di bawah adalah testimoni dari pengguna OmegaGuard Shaklee:

Testimoni Credit: FB Shaklee Exclusive PitStop


Sumber: Live Strong, Genki Momma

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2U
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com