Tuesday, 22 April 2014

Mengatasi Sembelit Kanak-Kanak.


Adakah anak anda mengalami masalah sembelit? 

Tanda-Tanda Kanak-Kanak Mengalami Sembelit :

► Menangis, menunjuk keresahan atau tidak selesa bila membuang besar.
► Najis mereka kelihatan kering, keras dan berbiji-biji.
► Kentut mereka berbau lebih busuk.
► Mendapat kelukaan di bahagian dubur sehingga menyebabkan pendarahan.
► Kekerapan membuang air besar berkurangan.
► Tidak mempunyai selera makan.
► Perut kembung.

Punca Sembelit Berlaku :

► Menahan keinginan untuk buang air besar.
► Alergik pada susu formula atau pembancuhan tidak mengikut sukatan yang betul.
► Kanak-kanak ini mempunyai sejarah keluarga yang punya masalah sembelit.
► Perubahan diet apabila makanan pejal diperkenalkan.
► Tiada selera makan kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi.
► Pengambilan ubat-ubatan yang serius.
► Dehidrasi kerana tidak suka minum air masak.
► Pengambilan fiber yang tidak mencukupi.

Beberapa Langkah Untuk Mencegah Sembelit :

- Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti di luar rumah yang memerlukan mereka bersenam atau berlari.
- Tambahkan pengambilan makanan tinggi serat dalam diet mereka.
- Berikannya lebih air masak atau jus buah-buahan di antara penyusuannya.
- Galakkan mereka untuk duduk di tandas selama 10 minit selepas makan untuk elakkan mereka tidak mahu ke tandas.

Atasi Sembelit Anak Anda Dengan Shaklee :

Berikanlah anak anda Shaklee Meal Shakes setiap hari sebagai suplemen tambahan. Meal Shakes mengandungi:

√ 19 vitamin dan mineral yang penting.
√ Hidangan lengkap dan 9 asid amino perlu.
√ Sumber unggul fiber dan protein (tidak mengandungi laktosa) yang memudahkan proses pembuangan.
√ Kaya dengan kalsium, magnesium dan rendah indek glisemik.
√ Nutrisi asas untuk pertumbuhan dan pembesaran.
√ Memberikan tenaga berkekalan.
√ Menyokong kesihatan sistem pertahanan.
√ Mengekalkan kesihatan keseluruhan.
√ Detoksifikasi untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
√ Berperisa French Vanilla yang lazat bersama fruktos semulajadi.
√ Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan.

Umur Yang Dibenarkan Untuk Mengambil Meal Shakes :

Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
Sesuai juga untuk vegetarian.

Jangan sesekali mencuba selesaikan masalah sembelit anak anda dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor.

Harga Meal Shakes French Vanilla (544 g) : RM 114.00

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u


Monday, 21 April 2014

Testimoni Sakit Sendi & Lutut

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) adalah antara suplemen yang paling laris di Shaklee. Tak percaya? Cuba hubungi Shaklee HQ dan semua cawangannya, jawapan yang pasti anda akan dapat ialah "AJHT takde stok!". Berita baik, saya masih pegang beberapa botol AJHT, jika anda mahu segeralah hubungi saya. 

AJHT ini tak sama macam vitamin sendi di luar sana. Keistimewaan AJHT :

- Ujian klinikal telah membuktikan AJHT dapat membantu memperbaiki kesihatan sendi selewat-lewatnya dalam masa 5 hari.

- Ekstrak Boswelia dalam AJHT berkesan berbanding jenama terkemuka Osteo Bi-Flex.

- 100% vegetarian dan bebas dari kekerang.

- 100% bebas kondroitin bagi penyerapan glukosamin yang lebih baik.

- Bebas gluten.

Masih tak percaya kehebatan AJHT, jemput baca testimoni di bawah:


Testimoni kredit :Shaklee Exclusive Pitstop

Punca sakit sendi dan sakit lutut selalunya disebabkan rawan yang sudah lemah dan rapuh. Geseran yang berlaku antara tulang-tulang membuatkan rasa sakit. Jika anda atau ibubapa anda sakit sendi atau lutut sehingga menyeksakan untuk solat, turun tangga dan sukar berjalan jauh, anda patut cuba AJHT ini. 

Ayah dan mak tak suka makan pil? Kaplet AJHT didatangkan dalam rekabentuk yang mudah untuk ditelan.
AJHT bukan terhad untuk orang tua sakit sendi sahaja, ia juga sesuai untuk orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif.

Untuk maklumat lanjut tentang AJHT, boleh klik sini.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u




Sunday, 20 April 2014

Kulit Glowing Dengan Natural Glow Skin Care Set


Natural Glow Skin Care Set sesuai untuk anda yang inginkan kulit putih gebu secara semulajadi. Set ini mencerah dan menghaluskan kulit. Pelembapnya pula dari rangkaian Enfuselle sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi orang Asia.

Shaklee telah menjelajah seluruh dunia untuk mencari nutrien yang paling tulen dan herba paling berkuasa untuk NutriWhite. Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:

1. Bearberry - melegakan dan mengurangkan keradangan.
2. Soybean - mencerahkan dan melembapkan kulit. Mengurangkan tompok-tompok hitam.
3. Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid.
4. Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit.
5. Strawberry Begonia - mencerahkan dan mengimbangkan pigmentasi.
6. Mulberry - mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan sinaran UV.
7. Peony - mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit, mampu memudarkan jeragat dengan cepat.
8. Rosemary - menyegar dan menegangkan kulit.
9. Aloe Vera - menyegarkan, melembap, melegakan keradangan dan menegangkan kulit.
10. Mountain Arnica - mengurangkan keradangan kulit dengan flavones.
11. Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin.
12. Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan dengan isoflavon.
13. Linden - menyuburkan dan melembapkan kulit di peringkat dalam.
14. Marshmallow - melembapkan dengan tanin.
15. Seaweed - mengeluarkan kekotoran, membuang sel-sel mati, memelihara dan menegangkan kulit.
16. Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan.


Manakala, Enfuselle Balancing Moisturiser (EBM) mengandungi Vital Repair Complex, gabungan nutrien seperti:

1. Vitamin E -antioksidan kuat yang berupaya menghasilkan kulit yang lembut dan halus.
2. Vitamin C - menyokong pertahanan semulajadi badan terhadap kerosakan kolagen yang disebabkan oleh UV.
3. Ekstrak biji Anggur - menghalang tindak balas enzim badan yang mengganggu fungsi kalogen.
4. Beta Glucan - melegakan iritasi dan inflamasi kulit kesan dari pencemaran alam sekitar.

EBM adalah formula ringkas yang tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Ia bertindak dengan membekalkan kelembapan segera pada kulit dan menjadikan kulit wajah kelihatan halus serta tidak berkilat. Hipoalergenik.

Mari kita lihat apa kata pengguna Natural Glow Skin Care Set ini:

Testimoni kredit: MyNutrisi.com
Harga pasaran:
NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser (150 ml) : RM 119.00 
NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (150 ml) : RM 138.00
Enfuselle Balancing Moisturiser (59 ml) : RM 84.00

Penggunaan set ini tahan lama dan berbaloi. Contohnya, cleanser boleh tahan sehingga setahun kerana cuma perlukan sedikit sahaja.

Jika berminat untuk cuba set ini boleh hubungi saya dan rasa sendiri betapa bestnya Natural Glow Skin Care Set ini.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u



Vitamin Untuk Bekalan Jemaah Haji Dan Umrah

Seronoknya mendengar perkabaran dari seorang rakan yang dia dan suami akan ke Mekah tak lama lagi untuk menunaikan umrah. Saya berharap suatu hari nanti, saya juga berpeluang untuk ke sana. Mana tahu, dengan usaha saya berniaga bersama Shaklee ini saya dapat ke sana nanti secara percuma! Amin!

Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk persediaan melakukan umrah bersama Shaklee:


1. Performance Drink - minuman isotonik yang tidak bergas, mengandungi campuran Elektrolit Opti-Lyte untuk membekalkan tenaga berterusan sepanjang menunaikan ibadah tanpa mengganggu tahap gula di dalam darah. Ia mencegah masalah penghidratan ketika berada di sana terutama waktu panas terik. 

2. B Complex - bertindak sebagai penjana tenaga melalui tindak balas glukosa dan memberi ketenangan kepada tubuh badan. Sepanjang anda beribadah di sana nanti, anda pasti mahu menggunakan masa sebaik-baiknya jadi kita akan lebih berjaga dari tidur. B Complex akan membantu tubuh kita untuk rasa bertenaga  dan tenteram walaupun kekurangan waktu tidur.

3. Sustained Release Vita C - mengukuhkan sistem imun badan kita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan penting dalam melawan penyakit.

4. OsteMatrix - penting untuk mencegah kaki dari merasa kebas dan kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan. Suplemen kalsium ini lengkap dengan Magnesium dan vitamin D yang membantu menghilankan lenguh-lenguh badan dan mendapat kualiti tidur yang baik walaupun tak cukup tidur.

5. Advanced Joint Health Tablet - penting untuk jemaah yang ada masalah sakit-sakit sendi. Jika anda mempunyai rawan yang haus terutama di lutut atau sakit lutut semasa berjalan, perlu ada AJHT ini. 

6. Nutriferon - alternatif kepada panadol dan pain killer. Ia berfungsi untuk meningkatkan paras interferon dalam badan secara semulajadi jadi dan menguatkan sistem imun dari demam dan selsema. InshaAllah.

7. ESP - minuman protein soya untuk sumber tenaga segera, rasa kenyang yang lebih lama dan rendah indeks glisemik. Ianya selamat untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. 


Vitamin-vitamin di atas juga sesuai dijadikan hadiah buat ibubapa anda yang  akan menjadi tetamu Allah, supaya mereka mendapat kemudahan dan kesihatan yang baik di sana.

Tak punya bajet yang besar? Saya akan utamakan vitamin yang perlu mengikut keadaan kesihatan anda. Hanya perlu hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Wednesday, 16 April 2014

Gabungan Set Ostematrix

Promosi Ostematrix masih berlangsung sehingga akhir bulan ini. Jika anda mahu mengoptimumkan kegunaan Ostematrix dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain, saya cadangkan set-set di bawah untuk kesihatan anda dan keluarga.

Cadangan Set-Set Ostematrix:
  • Tulang & Sendi Yang Sihat 
OsteMatrix + Advanced Joint Health Tablet
- Kalsium membantu mengurangkan risiko osteoporosis jika diambil secara berterusan.
- Meningkatkan fungsi sendi dan menyokong pergerakan, kelenturan dan kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.

  • Ibu Hamil/ Menyusu
OsteMatrix + OmegaGuard
- Membantu meningkatkan paras kalsium sewaktu hamil dan menyusukan bayi.
- Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.

  • Tekanan/ Pening
OsteMatrix + B Complex
- Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung dan menggalakkan tidur yang selesa.
- Memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

  • Kembalikan Tenaga
OsteMatrix + ESP
-Magnesium di dalam Ostematrix membantu sistem saraf berfungsi dengan baik dan mengaktifkan enzim untuk hasilkan tenaga.
- Membantu menahan rasa lapar dan membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.

  • Masalah Sembelit
OsteMatrix + Herb-Lax
- Membantu melegakan sembelit kerana kandungan Magnesium dan Kalsium yang seimbang.
- Kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk merangsang usus percepatkan proses pembersihan secara lembut dan mengempiskan perut.

  • Senggugut/ PMS
OsteMatrix + GLA Complex
- Pengambilan serentak Kalsium dan Magnesium membantu meringankan sakit waktu haid.
- Memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

  • Masalah Wanita
OsteMatrix + Alfalfa Complex
- Membekalkan kalsium kepada wanita untuk mencegah osteoporosis, membantu masalah keletihan, mengurangkan rasa sakit belakang, memelihara keperluan kalsium untuk wanita menopause.
- Membantu mengurangkan masalah keputihan dan membantu sistem penghadaman yang lawas.

Rebutlah peluang promosi beli 6 percuma 1 botol Ostematrix ini, kegunaan untuk 7 bulan! Hanya RM 2 (harga untuk 4 biji Ostematrix!) untuk keperluan lengkap harian anda, Kalsium 1,000 mg bersama Magnesium dan Vitamin D. 

Buy 6 Ostematrix at RM 366, Free 1bottle of Ostematrix.

Maklumat lanjut tentang Ostematrix, klik di sini.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Tuesday, 15 April 2014

Vitamin Untuk Mengatasi Morning Sickness


Mabuk hamil juga dikenali sebagai 'Morning Sickness' sering berlaku pada awal kehamilan. Ia bermula seawal minggu ke-6 pertama dan berakhir pada lewat ke-16. Ada juga yang berlarut sehingga hari kelahiran.

Untuk ibu hamil, rasa mual, loya dan mabuk ini adalah satu penyeksaan tetapi sebenarnya ia adalah petanda baik yang menunjukkan paras hormon kehamilan kita adalah tinggi untuk penyuburan bayi dalam kandungan.

Punca Morning Sickness

(1) HCG (Human Chorinoic Gonadotroping)
Punca utama adalah kehadiran hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan terutamanya hormon HCG. Plasenta mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Wanita yang mengandungkan kembar dua atau tiga mempunyai tahap hormon kehamilan lebih tinggi dan boleh mendapat mabuk yang lebih teruk.

Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan menyumbang kepada morning sickness.

(2) Peningkatan deria bau.
Ini adalah satu lagi punca yang menyumbangkan kepada rasa untuk muntah dan loya. Bau yang tidak pernah mengganggu tiba-tiba menjadi bau yang paling busuk sehingga menggerakkan rasa mahu muntah.
Teori evolusi menyatakan bahawa rasa loya ini adalah langkah perlindungan, tanda kemungkinan wanita itu dimudaratkan oleh racun atau toksin dalam persekitarannya.

(3) Perut Sensitif.
Mengandung boleh menyebabkan gangguan kepada sistem penghadaman. Menurut BabyCenter,  kajian mengatakan kehadiran Helicobacter pylori iaitu jangkitan penghadaman akan mengundang morning sickness.

Siapa Yang Berisiko Untuk Mendapat Morning Sickness?

(1) Mengandungkan kembar dua, tiga atau lebih.
(2) Telah mengalami morning sickness sebelumnya.
(3) Mempunyai penyakit migrain.
(4) Peluang untuk mendapat morning sickness adalah tinggi jika ibu atau kakak atau adik perempuan telah mengalaminya.
(5) Menurut kajian, wanita hamil bayi perempuan lebih berisiko untuk dapat morning sickness.

Bahaya Morning Sickness

Jika dalam waktu trimester pertama, berat anda tidak meningkat, tidak berselera untuk makan dan minum sehingga menyebabkan anda terbaring tak bermaya, saya sarankan anda berjumpa doktor. Bila anda kekurangan air dari tubuh, ia boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam badan dan memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahim terutama di awal kehamilan.

Air di dalam tubuh memainkan peranan untuk membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi dalam rahim. Kekurangan air akan menyebabkan organ tersebut gagal menjalankan fungsinya. Oleh itu wanita hamil harus mengelakkan diri dari dehidrasi.

Dehidrasi akan merangsangkan rahim untuk mengalami kontraksi dan wanita hamil akan rasa seperti seolah-olah mahu melahirkan anak. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan air tuban (amniotic fluid) menjadi kurang dalam rahim. Air tuban ini berfungsi sebagai cecair pelindung untuk pembesaran fizikal bayi. 

Di awal kehamilan, kekurangan air tuban boleh menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi dan keguguran. Di pertengahan kehamilan, kekurangan air tuban boleh menyebabkan kelahiran pra-matang, pertumbuhan fizikal bayi yang kecil, komplikasi belitan pada tali pusat di leher bayi dan proses kelahiran terpaksa dilakukan secara caesarean.

Jika tahap dehidrasi teruk, kemungkinan  diterpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan intravenous (IV drips), iaitu memasukkan cecair dalam saluran darah venous.


Atasi Morning Sickness Dengan Vitamin Shaklee


Peppermint Ginger Plus, selamat di ambil oleh ibu hamil. Ia tidak mengganggu bayi dalam kandungan. Ia sesuai untuk mengurangkan morning sickess ibu hamil.
Daun Pudina membantu menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dan menyamankan perut.
Halia memelihara saluran penghadaman dan melegakan senak perut.

B Complex boleh melegakan mabuk, loya dan pening. Ia menghasilkan tenaga dan nutrien untuk anti tekanan, megelakkan rasa kemurungan dan stress. Selain itu, ia membantu dalam pembentukan hemoglobin, sel darah merah dan sistem saraf.

Ostematrix mengandungi kalsium, vitamin D dan magnesium. Nutrisi lengkap ini membantu wanita hamil untuk mendapat tidur yang lena, memberi tenaga, menghilangkan rasa lenguh-lenguh, mengurangkan rasa sakit pinggang, kejang kaki dan melawaskan sistem penghadaman.

Performance Drink, air isotonik Shaklee membantu meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi dalam badan. Ia mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium dan magnesium (tidak terdapat pada minuma isotonik jenama lain). Ia menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan serta menambah stamina.

Meal Shakes, sesuai buat ibu hamil yang tiada selera makan dan kerap muntah. Meal Shakes adalah multivitamin lengkap dalam bentuk serbuk yang turut mengandungi protein, serat dan berperisa French Vanilla yang wangi. Ia adalah hidangan yang ideal dijadikan untuk makanan segera yang berkhasiat, rendah kolestrol, lemak dan sodium.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi vitamin yang sesuai buat anda.

Sumber rujukan: Dr. Zubaidi

Harga pasaran:
Peppermint Ginger Plus: RM 45.00
B Complex : RM 54.00
Ostematrix : RM 61.00
Performance Drink : RM 83.00
Meal Shakes : RM 114.00
Set Morning Sickness: RM 357.00

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u

Saturday, 12 April 2014

Mahu Buat Duit Lebih?



Jika anda diberi peluang untuk mendapat kebebasan, punya gaya hidup luarbiasa, pendapatan tiada terhad, peluang untuk mencapai impian anda dan buat macam-macam yang anda suka. Anda mahu tak?

▪Mahukah anda menjadi ibubapa yang dapat membesarkan anak-anak sendiri tapi masih mempunyai bisnes yang menguntungkan?

▪Mahukan anda punya pendapatan yang cukup selesa sehingga partner anda (suami/ isteri) boleh berhenti kerja dan sertai anda buat bisnes dari rumah?

▪Mahukah anda rasa bebas, tidak perlu nak minta kebenaran bila mahu bercuti atau pukul berapa nak mula kerja?

▪Mahukah anda dapat faedah seperti bonus kereta dan peluang melancong ke luar negara, dapat trip umrah secara percuma bertaraf 5 stars?

▪Mahu tak terima rezeki yang hebat dan halal untuk membantu mereka yang susah dan memerlukan bantuan anda? Dapat menderma dan bayar zakat dengan jumlah lebih besar.

Mungkin anda kata macam tak logik nak dapat semua di atas tanpa kerja gaji bulanan yang tetap. Nak duit mestilah kena kerja, mana ada cara mudah. Saya tak kata cara saya ini senang tapi kalau anda berani untuk fikir luar biasa dan jika anda punya semangat kental, semua ini memang boleh berlaku ke atas diri anda dan keluarga anda.

Saya seorang surirumah telah memilih Shaklee sebagai bisnes saya. Kenapa saya pilih Shaklee?
Shaklee telah bertapak di industri nutrisi lebih dari 60 tahun. Shaklee adalah syarikat nutrisi nombor 1 di Amerika Syarikat.

Keunikan Bisnes Shaklee.

Manfaat berbisnes dengan Shaklee:
  • Bisnes ini terbuka kepada pengguna-pengguna Shaklee berumur 18 tahun ke atas. Anda mestilah pengguna Shaklee jika tidak macam mana anda nak jual produk yang anda sendiri tidak pernah gunakan.
  • Bermodalkan dengan yuran keahlian berharga RM75 sahaja untuk keahlian seumur hidup. Risiko anda adalah rendah. 
  • Semua urusan jual beli produk Shaklee adalah melalui online, tidak perlu ke HQ atau cawangan Shaklee untuk mendapatkan stok. Anda juga tidak dimestikan melabur untuk menyimpan stok.
  • Bonus tunai yang lumayan. Jumlah bonus tunai anda bergantung pada jumlah julanan bulanan anda. Income anda ditentukan oleh anda sendiri, jika anda mahu RM10 ribu bulan ini, anda harus usaha ke arah itu. Selain bonus tunai, bonus kereta dan melancong disediakan jika anda layak. Jika tiada jualan bulan itu anda tidak rugi apa-apa pun, anda cuma tak dapat bonus tunai.
  • Anda mendapat bimbingan dari Masters yang telah berjaya, anda dapat rakan-rakan baru yang sentiasa positif, sentiasa memandang ke hadapan dan berimpian besar. Bimbingan adalah secara online dan offline jadi di mana anda berada tidak menjadi masalah. Tips untuk berjaya yang utama adalah 'Mentor'. Jadi jika anda serius, anda mesti pilih untuk join ahli dengan group kami.
  • Anda juga berpeluang untuk menggunakan produk Shaklee untuk kegunaan sendiri dan keluarga pada harga ahli.
  • Bisnes ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan pendapatan lebih. Tak kira lah anda adalah seorang surirumah atau pelajar kolej/ universiti atau yang berkerja mahupun mengganggur.
Peluang di depan mata. Kami sedia tunjukkan jalan sehingga anda capai matlamat anda. Jika anda orang yang kami cari, jangan tunggu lama lagi, segeralah hubungi saya.

"Fast Action, Fast Result"

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Shaklee ID : 914948
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u