Wow! Itulah yang keluar dari mulut saya selepas rakan saya, Yana kongsikan gambar testimoni ini dengan saya. Saudari di atas cuma mengamalkan Shaklee Vita-E Complex selama seminggu berserta 2 kali masker yang dibancuh sendiri dengan Shaklee Vita-E Complex. Baguskan?
Vitamin E sebenarnya makanan tambahan yang perlu ada di dalam diet harian kita. Vitamin E adalah sangat kaya dengan antioksidan yang melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas merbahaya kerana ia penyebab penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Contoh makanan yang kaya dengan Vitamin E ialah minyak sayur-sayuran, kekacang dan biji bunga matahari. Selain dari makanan, anda boleh mendapatkan Vitamin E dalam bentuk suplemen.
Manfaat Vitamin E Bagi Kulit Anda:
Vitamin E adalah suplemen kecantikan yang paling efektif dalam membantu masalah:
(1) Kedut (Wrinkles)
Vitamin E mengurangkan pembentukan kedut-kedut di wajah dengan merencat kerosakan sel-sel oleh radikal bebas. Ia meningkatkan penghasilan kolagen kulit. Ia merawat kedut dengan menyokong pertumbuhan sel kulit baru dan mempercepatkan pertumbuhan semula sel baru.
(2) Kulit kering
Minyak Vitamin E melembapkan kulit kering dari dalam dan antioksidannya membaiki keadaan kulit secara intense. Ia hanya sesuai dijadikan pelembap di waktu malam kerana minyaknya yang likat dan melekit.
(3) Parut
Parut yang lama memang susah untuk dihilangkan tetapi dengan penggunaan Vitamin E secara konsisten, ia boleh membantu dalam penyembuhan parut. Vitamin E mampu meresap jauh ke dalam kulit dan menghalang radikal bebas dari menganggu proses penyembuhan luka.
Menurut Diane Irons, penulis buku bertajuk '911 Beauty Secrets', kandungan antioksidan yang tinggi di dalam Vitamin E menggalakkan penghasilan kolagen. Ia kemudian memberi elastisiti pada kulit dan mengurangkan kesan parut.
(4) Tompok hitam (Brown Spots)
Tompok-tompok seperti ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti umur yang semakin meningkat, gangguan dari radikal bebas dan prestasi fungsi hati menurun.
Pengambilan Vitamin E dapat membantu mengelak dan memperbaiki kerosakan sel-sel tubuh akibat radikal bebas. Sapuan Vitamin E ke atas kulit boleh membantu mencerahkan tompok-tompok ini dan melicinkan kulit yang kasar.
(5) Kutikula (Cuticle)
Vitamin E adalah rawatan efektif untuk kutikula yang kering dan pecah. Ia melembapkan kawasan kutikula dengan hanya beberapa titisan minyak Vitamin E dan mencegah dari kuku pecah.
(6) Rambut kering
Selain kulit, rambut juga mendapat manfaat dari Vitamin E. Pertumbuhan dan tekstur rambut sangat bergantung pada kesihatan kulit kepala. Vitamin E dipercayai dapat melancarkan sirkulasi darah ke kulit kepala sehingga dapat meningkatkan kesihatan rambut anda. Ia mencegah tanda-tanda penuaan seperti rambut beruban atau botak.
Keistimewaan Shaklee Vita-E Complex
Shaklee Vitamin E mengandungi:
- 400 IU Vitamin E (d-alpha tocopherol) dari sumber semulajadi, minyak sayuran.
- 65 mcg Selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.
- 39.40 mg Ekstrak biji Anggur (Grape Seed Extract).
- Tiada perasa tiruan, pemanis, perwarna dan bahan pengawet tambahan.
Selenium, bertindak sebagai antikanser dan antioksidan. Ia berfungsi lebih baik sebagai antioksidan apabila bergabung dengan Vitamin E.
Grape Seed Extract, juga mengandungi antioksidan membantu mengatasi kanser. Ia juga menguatkan sistem imunisasi badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku dan merencat pembengkakan dan keradangan.
Sumber: Live Strong, Healthy Eating
Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
☆ Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang harga dan pesanan:
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u
Saya pengedar sah Shaklee di Setiawangsa, Keramat & Wangsa Maju.
Shaklee ID no. 914948.
COD area Dataran Jelatek (Restoran Saba), opposite Stesen LRT Setiawangsa.
POS seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak dan luar negara.
No comments:
Post a Comment