Wednesday, 14 May 2014

Perut Masih Buncit?



Perut yang kempis sememangnya mejadi idaman setiap wanita. Kebanyakan kes, perut buncit disebabkan simpanan lemak yang berlebihan di kawasan perut. Sit up atau crunches sebenarnya membantu mengempiskan perut tetapi perlu dilakukan dengan teknik dan pernafasan yang betul.

Dengat sit up, perut anda hanya kempis di bahagian tengah perut (core) manakala bahagia bawah perut (transversus) tidak. Untuk mengempiskan semua bahagian, anda perlu melakukan sit up yang diseimbangkan dengan reverse crunches. Senaman aquarobik dan belly dance juga cukup membantu.

Tips mudah untuk kurangkan lemak perut.

(1) Kurangkan minuman bersoda, jus atau bergula.
Kandungan gula yang tinggi dalam minuman bergas, jus atau bergula mengandungi kalori yang tinggi. Ia menyebabkan paras insulin meningkat tinggi dan gula berlebihan dalam darah ini dihantar menjadi sel lemak. Ini adalah punca lemak berkumpul di kawasan perut.

Banyakkan minum minuman seperti air kosong, mineral dan air yang diperah dengan lemon. Minuman teh hijau membantu menurunkan paras estrogen dan mengurangkan masalah perut buncit (Cinch Tea Energy Mix).

(2) Makan makanan yang seimbang. 
Makanan yang tinggi dengan karbo glisemik indeks menghasilkan kandungan gula dalam darah yang tinggi dan insulin yang berlebihan. Manakala makanan rendah glisemik indeks seperti ESP Soy Protein mengawal paras insulin di tahap rendah dan membakar lemak sedia ada dalam badan apabila insulin selesai melakukan tugasnya.

Makanan seimbang ialah makanan mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, lean protein dan sayur-sayuran. Makanan yang perlu dielakkan ialah makanan ringan, makanan segera, makanan yang diproses, makanan ringan, makanan bergoreng dan berlemak.

(3) Elakkan makan lewat malam.
Badan tidak lagi membakar lemak apabila kita tidur selepas makan lewat malam. Makanan ini akan ditukarkan kepada lebihan gula dan menjadi lemak.

(4) Guna bekas air yang berkaca atau BPA free.
Bekas plastik air yang mengandungi komponen BPA menghasilkan estrogen yang menggalakkan lemak di kawasan perut. Pilihlah bekas minuman yang BPA free! 

(5) Kurangkan stress dan sentiasa relaks!
Kehidupan hari ini penuh dengan tekanan. Tekanan atau stress adalah penyumbang utama kepada perut buncit. Tekanan menyebabkan tubuh kita menghasilkan hormon kortisol (hormon stress) berlebihan. Ini adalah punca bertambahnya berat tubuh dan lemak berlebihan berkumpul di kawasan perut.

Aktiviti seperti yoga, bersenam dan tidur yang mencukupi iaitu 7 hingga 8 jam setiap hari adalah perlu untuk mengawal stress dan meningkatkan metabolisma, tubuh dan minda yang sihat.

Amalkan pengambilan suplemen vitamin C untuk mereka yang kerap stress kerana ia mencegah pelepasan hormon kortisol. (Sustained Release Vita-C 500mg)

(6) Ubah gaya hidup sihat.
Apakata luangkan masa 30 minit sehari untuk bersenam. Senaman meningkatkan hormon pembakaran lemak dan mencegah penyimpanan lemak oleh hormon badan.
Melakukan senaman kardio bagus untuk mengempiskan perut kerana ia membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio ialah jogging, berjalan dan menaiki tangga.

Cuba praktikkan 6 tips ini untuk perut lebih cantik dan ramping!

Berikut adalah link untuk senaman ringkas kempiskan perut:
- Sit up 'Raise Leg Crunches

Untuk yang mahu berdiet, boleh mencuba Set Slimming Shaklee. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :
>SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
>Email: nfarahr@gmail.com
>LIKE kami di Facebook Vitalife2u 

No comments:

Post a Comment