Thursday, 26 December 2013

OmegaGuard untuk Kesihatan Jantung

Minyak ikan Omega-3 adalah salah satu suplemen penting untuk kesihatan jantung kita. 

Pada tahun 1970an, seorang pakar fisiologi dan pemenang Nobel Prize bernama August Krogh, MD, telah mendapati orang Eskimo adalah golongan paling rendah di dunia yang mempunyai masalah sakit jantung. Kajian membuktikan orang Eskimo mempunyai bacaan kolestrol LDL yang rendah dan bacaan HDL yang tinggi. Ini adalah kerana pemakanan harian orang Eskimo adalah tinggi lemak ikan dan minyak ikan.



Bagaimana minyak ikan ini membantu seseorang pesakit jantung?

(1) EPA dan DHA membantu merendahkan risiko darah platlet dari terkumpul dan membentuk menjadi gumpalan yang mengakibatkan serangan jantung. 
Omega-3 juga membantu dalam menguatkan kekenyalan membran sel darah merah dan ini akan mengurangkan kelikatan darah agar lebih lancar dan seterusnya mengurangkan risiko mendapat darah tinggi.

(2) Ia mengurangkan paras kolestrol, LDL & trigliserida di dalam darah. Omega-3 membantu mengurangkan nisbah HDL dan LDL.

(3) Ia menggalakkan kekenyalan saluran darah dan mengurangkan keradangan di dalam saluran darah.

Asid lemak Omega-3 adalah rawatan alternatif selain warfarin yang paling selamat tanpa sebarang kesan sampingan.

Sumber lain yang mengandungi Omega-3 yang boleh diamalkan pengambilannya:

- walnut dan kekacang lain
- telur 
- ikan dari air sejuk dalam 
- susu dan yoghurt
- minyak masak kanola dan kacang soya
- bayam dan sayuran hijau laiin
- kapsul Omega-3 yang tinggi EPA dan DHA


Sumber: Dr Atkins.


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Tuesday, 17 December 2013

Set Kesihatan Sendi Shaklee

Ostheoarthritis atau sakit sendi merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi dimana dua tulang berlainan bertemu menjadi haus, bengkak, sakit dan kebas. Selalunya masalah sendi ini berlaku di bahagian lutut kerana ia adalah sendi yang menampung berat badan kita. 

Pencegahan dari awal adalah penting untuk menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Pelaburan yang kecil dari sekarang memberi manfaat buat anda atau ibubapa anda di masa hadapan. Mari kita lihat pula vitamin-vitamin yang dicadangkan di dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee ini.

Set Kesihatan Sendi dari Shaklee terdiri daripada 3 vitamin utama iaitu:


(1) Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Ia terdiri daripada ekstrak Boswellia yang digunakan untuk merawat ostheoarthritis dan rheumatoid arthritis membantu menyokong keselesaan sendi. Ekstrak jagung untuk meningkatkan kesan kusyen dan Vitamin C, Tembaga, Zinc dan Mangan pula memelihara tisu penyambung yang sihat.

(2) Shaklee OsteMatrix

OsteMatrix bukan sekadar kalsium untuk membina tulang yang kuat. Ostematrix menyediakan satu matriks unik nutiren kritikal termasuk kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zinc, Manganese, Tembaga dan Boron.
* 1000mg unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap.
* 400mg Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalm tulang serta menguatkkannya.
* 400IU Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan saja membantu menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala ostheoarthritis.

(3) Shaklee OmegaGuard

Pengambilan minyak ikan Omega-3 secara konsisten dapat menghalang keradangan. Contohnya dalam kes arthritis, minyak ikan digunakan untuk menggantikan NonSteroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs). Ubat tahan sakit (pain killer) sebenarnya merbahaya. Ia boleh membawa maut kerana ia menyebabkan pendarahan dalam gastrointestinal.
Sumber gambar dari Google Search: Gastrointestinal Bleeding
Minyak ikan Omega-3 dari Shaklee OmegaGuard terbukti selamat dan tidak bertoksik. Ia tidak menyebabkan kehilangan darah akibat pendarahan gastric dan bebas dari kesan sampingan NSAID. EPA dalam minyak ikan pula mengurangkan kesakitan, bengkak dan membantu pergerakan sendi pesakit. 

3 gabungan vitamin-vitamin ini akan:

- Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.

- Membantu mengekalkan tulang rawan yang kuat.

- Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

Testimoni pengguna-pengguna Set Kesihatan Sendi Shaklee:



Sumber rujukan: VitaminSendi.com, WebMD, GenkiMomma

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Dapatkan Set Kesihatan Sendi anda sekarang!

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Monday, 16 December 2013

Testimoni: Set Immune Booster

Awal minggu lepas, suami saya terkena demam yang sangat teruk, batuk-batuk dan suhu badannya tidak mahu turun. Saya dah mula risau sebab selalunya saya pun akan demam kerana antibodi saya lemah. Dah mula terdetik, jika saya demam kesian pada anak-anak saya nanti. Anak-anak saya masih kecil berumur 4 tahun dan 2 tahun. Mana nak kemas rumah lagi dengan masak lagi. Kemudian hati saya tergerak untuk cuba Nutriferon, Garlic bersama Vita C 500mg dari Shaklee. Ini bukan kerana saya takut nak demam tapi sebab niat nak kena kuat untuk anak-anak dan suami saya. Kebetulan anak paling muda saya yang 2 tahun dah mula tunjuk tanda-tanda mahu demam. 

Apa yang terjadi pada saya lepas pengambilan vitamin-vitamin tersebut?

Saya seorang sahaja yang gagah berani tidak terkena demam minggu tu! Memang ajaib. Adalah juga tanda-tanda saya nak demam seperti hidung mula gatal-gatal dan bersin satu malam tu tapi demam tak menjadi. Seperti yang dijangkakan, anak-anak saya pun demam tapi kerana yang 2 tahun itu masih menyusu badan jadi tempoh pemulihan dia cuba mengambil masa dua hari (selalunya seminggu). Kemudian kakaknya pula demam tinggi,  tapi masih terkawal kerana dia saya berikan minuman susu Meal Shake dan Chewable Vita C Plus juga dari Shaklee. Oh! Ayahnya memang 7 hari 'down with fever' sebab dia berhenti ambil Shaklee suplemen sewaktu demam.

Mari kita tengok khasiat 3 gabungan vitamin-vitamin ini:

NutriFeron
NutriFeron adalah formula eksklusif dan di paten oleh Shaklee. Hanya boleh didapati dari Shaklee sahaja. Ia berfungsi menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan Interferon semulajadi di dalam badan. NutriFeron dihasilkan dengan kombinasi 4 tumbuhan semulajadi iaitu:

(1) Biji Labu - merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh dan menentang radikal bebas termasuk faktor penyebab kanser.

(2) Benih Plantago - mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

(3) Kuntuman bunga Honeysuckle Jepun - menentang pencerobohan virus dan kuman.

(4) Bunga Safflower - menghasil dan memperkuatkan keupayaan makforaj memusnahkan virus dan kuman.

Garlic Complex
Shaklee Garlic Complex merupakan satu formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen  semulajadi 'Alisin' yang mempunyai pelbagai manfaat. Alisin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria yang anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 

Garlix Complex menggabungkan Rosemary dan Spearmint bagi meningkatkan lagi kuasa antioksida.

Vitamin C
2 produk Vitamin C oleh Shaklee:

(1) Sustained Release Vita-C Plus 500mg 
Daripada ekstrak kanji jagung, sumber semulajadi vitamin C. Keistimewaan vitamin ini ia kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam. Ia membantu mencegah jangkitan selsema.

(2) Chewable Vita C Plus 100mg
Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak yang sukar makan pil. 1 biji Chewable Vita C Plus ini bersamaan 1/2 biji oren.

Testimoni Set Immune Booster:
Ini adalah salah satu lagi testimoni yang saya ambil dari FB Shaklee Exclusive Pitstop:



Sumber rujukan: GenkiMomma, FB Shaklee Exclusive Pitstop

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Friday, 13 December 2013

Testimoni : Set Slimming

Testimoni Credit: Shaklee Exclusive PitStop

Customer ini telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg dalam 2 minggu. Vitamin-vitamin yang diamalkan secara konsisten adalah seperti berikut:

OmegaGuard: Omega-3 adalah lemak baik untuk kesihatan dan membantu mengurangkan berat badan. Omega-3 membakar lemak badan dengan 3 cara berbeza:
(1) Membakar lemak sewaktu pembakaran lemak oleh badan telah berhenti, contohnya selepas memakan makanan yang tinggi karbohidrat, selepas melakukan senaman yang intense. Waktu ini badan lebih memilih untuk membakar glycogen dari lemak.
(2) Omega-3 membuat badan lebih sensitif  kepada insulin. Bila badan sensitif kepada insulin, penghasilan insulin akan dikurangkan sewaktu makan dan ini bermakna kurang lemak disimpan oleh badan.
(3) Omega-3 meningkatkan haba dalam badan, membakar lemak lebih banyak untuk menghasilkan tenaga.

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan  membantu lemak terapung dalam darah kemudian mencegah lemak dari melekat di dinding membran.   Selain menguruskan badan, Lecithin mengandungi kolina yang membantu menguatkan memori, melembapkan kulit dan menyinarkan rambut.


Alfalfa Complex ialah stor bagi nutrient. Ia kaya dengan zat dan mineral, klorofil, vitamin A, C, E, kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa memperbaiki masalah saluran penghadaman, menyingkirkan lemak dan kolestrol. Bukan itu sahaja, ia mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.


Sumber rujukan: www.katloterzo.com

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Tuesday, 10 December 2013

Vitamin Untuk Anak Pintar, Cergas & Cerdas

Makanan yang seimbang dan sihat adalah sangat penting untuk anak-anak kita untuk membesar dengan pintar, cergas dan cerdas. Anak-anak ini perlukan makanan seimbang yang terdiri daripada:


- Susu, bahan tenusu seperti keju dan yoghurt (pastikan makanan jenis ini adalah rendah lemak untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas)

- Buah-buahan segar dan sayur-sayuran hijau

- Protin seperti ayam, daging, ikan dan telur

- Bijiran gandum seperti oat dan beras perang

Siapa yang memerlukan vitamin dan mineral?
- Anak yang kurang selera makan
- Anak yang cerewet dalam memilih makanan
- Anak yang mempunyai masalah seperti asma dan penghadaman
- Anak yang sangat aktif seperti kerap bersukan
- Anak yang gemar makan makanan segera dan yang diproses
- Anak seorang vegetarian akan memerlukan zat besi sebagai pelengkap diet, manakala yang alah pada susu perlukan supplemen kalsium
- Anak yang gemar minum minuman bergas kerana minuman jenis ini merosakkan vitamin dan mineral dalam badan


Cadangan vitamin Shaklee untuk anak-anak anda:




(1) Meal Shakes (French Vanilla) 544g
- Memeberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat
- Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
- Kaya dengan sumber kalsium
- Glisemik indeks yang rendah
- Nutrisi asas untuk pertumbuhan dan pembesaran
- Memberikan tenaga berkekalan
- Menyokong kesihatan sistem pertahanan
- Mengekalkan kesihatan keseluruhan

(2) Chewable Vita- C Plus 100mg 90 tablets
- Menguatkan fungsi imunisasi kanak-kanak
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Mengurangkan terkena jangkitan demam dan selsema
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami kesukaran menelan tablet

(3) OmegaGuard 90 capsules
- Mengandungi minyak ikan terbaik di dunia, satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.

  • EPA menyihatkan jantung dan sendi
  • DHA penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak
- Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3
- Menjaga kesihatan sistem saraf dan fungsi mata
- Mengurangkan keradangan
- Mengurangkan masalah ekzema dan resdung
- Membantu kanak-kanak yang ada asma dan bronkitis
- Mencairkan kahak kanak-kanak batuk
- Menambah kolestrol baik (HDL) di dalam badan


Sumber rujukan: WebMD & Shaklee Malaysia


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com

Saturday, 7 December 2013

Berpantang Dengan Vitamin Semulajadi

Berpantang 44 hari mengikut tradisi melayu bukan mudah, memang menguji kesabaran. Walau bagaimanapun, ramai wanita tetap akur untuk berpantang kerana mahukan badan kembali sihat, mahukan badan kembali ke potongan asal, mahu mengekalkan kejelitaan dan paling penting mahu mengekalkan minat suami. 

Berpantang dengan vitamin Shaklee adalah mudah dan selamat untuk ibu dan bayi. Vitamin Shaklee membantu bayi dari terkena colic, menurunkan jaundice dan memberi bayi rasa kenyang yang lama jika menyusu badan. Bila bayi kita sihat dan gembira, maka ibu berpantang pun akan berada dalam keadaan tenang dan kesihatannya dapat kembali kepada normal. 




Mari kita lihat fungsi vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk ibu berpantang:

(1) Vita-lea with Iron Formula
- Multivitamin lengkap membekal 28 jenis vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan terutama sewaktu berpantang kerana kurang selera makan dan banyak makanan yang perlu dielakkan.
- Iron pula penting untuk membina semula sel darah merah yang hilang sewaktu bersalin.
- Membantu ibu rasa cergas dan bertenaga sewaktu proses berpantang.

(2) B Complex with Folic Acid
- Bertindak sebagai penenang, melawan simptom tekanan dan kemurungan atau meroyan dan menstabilkan hormon.
- Folic acid membantu dalam pembentukan sel dan tisu baru.
- Menukarkan makanan dan gula kepada tenaga dan sekaligus menurunkan berat badan si ibu.
- Memberi stamina untuk ibu berjaga di waktu malam ketika bayi berjaga.

(3) Sustained Released Vita C Plus - 500mg
- Penting untuk penghasilan kolagen untuk pembentukan protein, kulit dan ligamen.
- Membantu merawat luka ibu.
- Meningkatkan sistem imunisasi badan dan juga bayi.
- Mengawal paras kolestrol sihat.

(4) Zinc Complex
- Zinc suplemen penting untuk ibu kerana zinc adalah komponen utama ikan haruan. Ia membantu mempercepatkan proses baik pulih luka ibu bersalin cara normal atau caesarean. Sesuai untuk ibu yang tidak lalu makan pati ikan haruan.
- Membantu masalah keguguran rambut si ibu.

(5) Energising Soy Protein
- Membantu memberi tenaga buat si ibu.
- Protein diperlukan dalam menghasilkan hormon yang berkait dengan prolactine dan oxytocin dimana ia melancarkan penyusuan ibu.
- Minuman protein rendah glisemik ini mengawal paras gula dalam darah.
- Menjadikan kulit si ibu sihat dan berseri.

+ Di bawah adalah vitamin tambahan mengikut keperluan ibu:

(6) Ostematrix ( Calcium-magnesium lengkap dengan Vitamin D)
- Kalsium adalah penting dalam menghasilkan susu yang berkualiti.
- Ia memberi si ibu kualiti tidur yang lebih baik dan membuat ibu rasa segar pada hari berikutnya.
- Melegakan otot-otot dan saraf ibu.
- Memberi kesihatan gigi dan tulang yang baik.
- Melawaskan sistem penghadaman.

(7) Alfalfa Complex
- Alfalfa kaya dengan serat protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
- Terbukti menambah kuantiti susu ibu.
- Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh lecithin dan membawa lemak ini keluar dari badan.
- Melawaskan sistem penghadaman.

(8) Lecithin
- Mengandungi choline untuk kecerdasan akal. Ibu yang mengambil lecithin semasa menyusu akan mengalir choline ini kepada bayinya dan ini baik untuk otak.
- Berfungsi sebagai pemecah molekul asid lemak kepata rantaian yang halus. Ini yang akan membantu ibu untuk menurunkan berat badan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com



Wednesday, 4 December 2013

Kelebihan OmegaGuard Shaklee

Omega-3 adalah asid lemak penting untuk kesihatan jantung, kardiovaskular, otak, mata, sendi dan banyak lagi. Badan kita tidak boleh menghasilkannya jadi kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan dan suplemen lain. Persoalannya, macam mana nak tahu omega jenama apa yang patut dipilih? Di sini saya terangkan kenapa Shaklee OmegaGuard adalah terbaik untuk anda.

Kelebihan Shaklee OmegaGuard:

(1) Shaklee OmegaGuard diekstrak daripada 'ikan-ikan kecil' seperti ikan sardin dan bilis (anchovies) kerana ikan jenis kecil ini paling minima terdedah dengan bahan toksik dan logam berat.

(2) Shaklee OmegaGuard diproses melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal iaitu teknologi terkini. Proses penyulingan proprietari 3 molekul ini mengekstrak omega-3 yang tulen dan menyingkirkan segala bahan-bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, dioksin, arsenik etc. 

(3) Shaklee OmegaGuard bukan dihasilkan daripada minyak hati ikan (cod liver oil) yang selalunya mengandungi toksik.

(4) Omega di dalam Shaklee OmegaGuard adalah 3 kali tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

(3) Kandungan minyak omega-3 dalam Shaklee OmegaGuard adalah 90% lebih berbanding dengan jenama lain dimana omega-3 adalah rendah dan selebihnya adalah lemak ikan.

(4) Pengambilan 3 kapsul Shaklee OmegaGuard seharian membekalkan 1,000mg omega-3. Ini termasuk 545mg EPA, 360mg DHA dan lain-lain dari 95mg Alpha Linolenic Acid, Stearidonic, Eicosatetraenoic dan Heneicosapentaenoic Acid.


(5) Suplemen minyak ikan dari jenama lain kebanyakannnya dihasilkan daripada ikan yang diternak secara komersial, sangkar laut dan diberi makan pelet sepanjang hidupnya. Pelet ini mengandungi bahan sintetik. Ini menjejaskan kualiti minyak ikan tersebut.

(6) Shaklee OmegaGuard kualitinya terjamin, kurang berbau dan mudah dihadam.



Perbandingan jumlah EPA & DHA Shaklee dengan jenama di pasaran.

Perbandingan jumlah minyak Omega3 Shaklee dengan jenama di pasaran.

Sumber rujukan: yourresourcecenter


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

# PM di Facebook Vitalife2u
# SMS/ WA 012-205 0904 (Farah)
# Email: nfarahr@gmail.com
# Laman web: www.vitalife2u.blogspot.com