Untuk penjagaan kesihatan yang berpanjangan, suplemen dilihat sebagai antara jalan penyelesaian kerana suplemen mampu menggantikan zat-zat atau nutrien yang tidak dapat diperoleh melalui makanan.
Suplemen merupakan makanan tambahan sekiranya tidak mampu untuk memperoleh nutrien yang mencukupi melalui makanan seharian bagi memastikan kita bergerak aktif. Makanan tambahan itu perlu dan harus diambil setiap hari seperti vitamin C yang bagus untuk daya tahanan badan dan juga kulit serta kalsium, besi, vitamin E, zink dan sebagainya.
Sebagai contoh vitamin C, jika kita membasuh sesuatu makanan berulang kali dan terdedah kepada udara atau cahaya matahari untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan ia mudah teroksida. Ditambah pula dengan proses memasak menyebabkan kita kehilangan nutrien tersebut. Dengan adanya pengambilan multivitamin dan multimineral, kita dapat kembali nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
Wanita digalakkan untuk mengambil suplemen bagi mencukupkan pengambilan kalsium, zat besi, asid folik dan vitamin-vitamin yang lain. Seperti yang kita tahu setiap bulan golongan ini akan mengalami kitaran haid di mana mereka akan kehilangan banyak zat besi. Selain itu, kebanyakan orang Asia tidak minum susu kerana masalah toleransi terhadap laktosa.
Untuk golongan lelaki, multivitamin, kalsium, omega-3 dan serat kerana kebanyakan lelaki gemar mengambil banyak daging dalam makanan mereka yang mana makanan tersebut tinggi kandungan protein. Mereka juga kurang mengambil ikan sebagai hidangan. Hal ini menambahkan risiko untuk mengalami masalah jantung terutama ketika menjelang andropaus.
Oleh sebab terdapat lambakan suplemen di pasaran, pastikan anda memilih syarikat yang benar-benar boleh dipercayai dan suplemen tersebut diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Artikel asal : iSihat Januari 2014
No comments:
Post a Comment